23 March 2017

Berpantang #44hari

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah tinggal suku je lagi pantang hehe. Kejap je hari berlalu. Alfina pun makin bambam.  Rutin berpantang kali ni sama je macam dulu cuma kena lebih kuat sikitla sebab kita ada anak sulung yang perlu diuruskan walaupun ada suami,mak ayah dan adik2 tolong. 

Pagi-pagi bangun mandi. Paling bagus mandi sewaktu waktu Dhuha.Antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Awal sangat pun tak boleh takut gigil kang. Dalam pantang ni lain macam sikit. Dah mandi  ,bertungku,berbengkung,ikat rambut ketat-ketat. Baru tahu kebaikan ikat rambut ketat2 ni antaranya untuk elak sakit kepala,dan juga tegangkan muka.  Lepastu sarapan. Pagi biasanya aku makan biskut dengan kopi o panas. Dah cuba minum milo,adoi angin pulak datang menjengah. Minum la kopi sampai sekarang.

Set berpantang pulak aku pilih NR sama macam akaknya jugak. Pagi telan phytonatal 3 biji + air akar herbanika campur madu. Fuhh ringan badan dan Cik D laju je keluar berketul.  #harapbolehkurusbanyak #misikerengga heheheh Membuang pon lawas. Tu penting. Selepas bersalin memang itula paling dirisaukan. 

Bab makan pulak,mak yang masakkan.  Kalau mak sibuk siapkan tempahan makanan,aku masak sendiri. Tukar2 kejap ikan bilis,kejap ikan merah,ikan tenggiri. Sayur pulak sawi jela sepanjang berpantang ni.

Tengok jela gambo ye kan.
Nak taip panjang-panjang pun malas haha.

  Suka bila bertungku. Bau daun mengkudu tu semerbak baunya. Ni kakak pun sibuk nak bertungku. Duduk sebelah mama sambil mama bertungku. Hehe. Adra pon dah pandai dah. Setiap pagi laju je ambilkan tong biskut mama kalau nampak mama bawak mug berisi kopi O.  Antara makanan-makanan aku sepanjang dalam pantang ni. Menu atas kiri tu tengok tray pon tahu kan hospital punya hehe. Hospital skarang pon buat lauk bilis dan lada hitam + sawi rebus. Tapi serius sedap bilis dia. Macam dia bakar dalam oven sebab takde minyak. Masa adra dulu pun lauk ni gak hospital hidang.  Sebelah lauk hospital tu ikan tenggiri asam jawa dan sawi tumis mak aku buat. Bawahnya buah oren sunkist yang satu satunya buah yang aku makan masa dalam pantang ni Sebelahnya bilis masak sahang. Sahang ni masak tradisi orang banjar. Resepinya nanti aku up sebab mak aku yang masak hihihi. Memang sedap sebab lepas makan rasa hangat je badan. Ni aku yang masak. Singgang tenggiri + sawi rebus. Sawiiiiii sawiiii sawiiii everyday dan aku rasa sampai 44 hari atau lebih aku akan mengadap sawi bunga ni hahah. Sampai lebammmm makan sawi tapi nasib sedap.  Alhamdulillah rezeki Alfina pun masih bf. Harap macam kakak Adra. Adra haritu sampai 1 tahun 3 bulan full bf sampailah aku ngandung Alfina. 

 Hokey sekian tu jelah entry harini. Bye.
Jumpa lagi nanti next entry.

10 comments:

eima said...

alhamdulillah ... tak sabarnye nk berpantang juga .... tak sabar nk jumpa baby ....
dah ank abis dah pas ni bleh pi berjalan dah bw kakak adara dan alfina jln ...

Inani Hazwani said...

Terliur pulak tengok singgang ikan tu. Heheh. Selamat berpantang kak :)

ezan idma said...

sedap pulak tengok lauk2 pantang ni. go go lagi sikit hari jeee

ezan idma said...

lupa nak kaboo. kita tuka url blog baru hehe

ezanidmaa.blogspot.my

tiga lalat said...

selamat berpantang mkcik tuu., ;p

Orked V. said...

fuhh. xsabar nak berpantang jugak. eh!
hahaha

sya mase pantang dulu kan, makan ape pon sedap.
orang kate bosan singgang, sya rase sedap je. kadang2 mak x sempat nak masak tp dah lapa, nasik dengan ikan bilis pon sedap. haruuuu.. hahahahaha
nasib kurus balik lepas tu.

harap time bakal pantang nanti boleh cpt2 slim la. hehehehehe (berangann...)

merahitujambu said...

samalah sy dpt fully bf sampai sy pregy blk setahun 6 bulan je harap kali ni sampai ke 2 thn si adiknya..selamat menguruskan bdn blk ya hehehe

wan norasiah said...

Nikmati saat berpantang dgn betul2..

panphila said...

Hari ni dah masuk 57 hari saya berpantang... dulu memang menu masakan sama je: sawi, bayam, tenggiri, ikan merah. Tapi alhamdulillah tak muak. Lapar betul... semuanya telan.

http://panphila.blogspot.my

Mar Mansor said...

Selamat berpantang he..jaga diri.tahniah.