26 July 2017

Hello, Office!

Assalamualaikum dan hai semua.
Harini hari pertama aku mula kerja setelah 5 bulan aku cuti bersalin + cuti jaga anak. Sekali masuk office amekaw berabuk segala otak yang penuh lumut ditambah pulak dengan urat-urat yang telah putus semasa bersalin tempoh hari. Makanya hari ini aku perlu refresher segala kerja aku.

Ada yang ingat, ada yang tak ingat. Patutnya aku kena masuk office hari Isnin haritu. Tapi malang yang tidak berbau, aku kena allergic selepas pekena Lokan Bakar kat Sekinchan. Kebetulan Ahad tu pergi kenduri kahwin kawan dak apple kat Sg Besar. Alang-alang singgah la makan mentarang la, lokan la. Gila bengkak bijik mata aku. Menangis-nangis mintak dak apple bawak ke klinik. :p Pertama kali seafood lover terkena begitu.

Ditambah pulak harini hari pertama Alfina kat taska tetiba taknak botol. Jenuh ngajor dekat 1 bulan. Bermula dengan botol Pigeon Slim Neck, pastu tukar pulak puting fiffy, tak nak jugak. Beli pulak puting disney, pon tolak. Kemudian beli botol Pigeon peristaltic plus wide neck yang diperkatakan bagus itu. Okey dia nak setelah berhari-hari cuba walaupun kadang-kadang main-main. Harini kat taska, teacher wasap kata dia macam tak pandai botol. Dia taknak botol. OMG anak oii. Takutnya mama. Mujurlah owner taska, kita panggil Bonda, nak cuba guna puting MAM. Alhamdulillah Alfina nak minum guna MAM. Ya Allah leganyaaaaa hati mama ni nakkkkkk.

Balik karang nak singgah cari puting MAM pulak.

Yang kakak biasa berdrama pagi-pagi buta. Minggu lepas Adra batuk dan demam. Kena neb dua kali. Malam tadi nampak macam ada ulcer pulak kat tekak dia. Tu merengek tak ketahuan hala. Harapla tak merebak2. Lepasni kita kena keluar lagi awal lagi anak-anak oi. Ayah dapat tukar office. Agak bercinta la pepagi nanti.Harap semoga semua dipermudahkan. Amin


Rindu anak-anak mama. 
Semoga awak berdua dilindungi oleh Allah swt

---------------------------------------------




2 comments:

Syazwani Mohdnoor said...

sy follow blog akak dari masa akak belum kahwin. gara2 resepi ayam masak kicap. pastu terus baca dan follow. heeee :)
follow blog akak sampai akak dapat adra.
pastu busy sikit masa belajar. terstop blogwalking.
baru2 ni baca entri dkt blog mizztina pasal ujian bertulis uitm, ternampak komen akak. terus teringat, dah lama tak baca blog akak.
harini bukak nak baca, tengok dah ada baby alfina pulak.. :)

Cik Puan Eka said...

wanii. Ya allah terharunya akak. Akak ingat takde org pon nak baca dah sejak akak jarang update ni. update syiok sendiri je heheh. mekaseh tauuu