17 November 2017

Konvo Husband

Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah haritu husband ku dah konvo. Tahniah to you sayang. Lama jugaklah aku tunggu dak apple ni habis study. Dia mula sambung belajar semasa kami tengah bertunang.
Anak 2 baru konvo :p
Pengajian luar kampus dan course dia tu memang makan masa sikit nak habis. 

Mencabar jugaklah study sambil bekerja ditambah dengan family lagi. Dulu dak apple pernah cakap, manalah tahu anak kita dah dua, masa tu dia konvo. Masinlah mulut dia tu. Alfina pun join sekali konvo apaknya. Kihkihkih.

Dari selepas kahwin, aku selalu menapak kat kampus dia, tunggu dia habis kelas. Kampus nun kat belakang tasik titiwangsa, berdekatan dengan Istana Budaya. Bila kami dah ada Adra, pun kami menapak menunggu bersama-sama sementara ayahnya habis kelas. Kelas, kelas,kelas. Masa mengandung Alfina pun kerap jugakla kami menapak kat sana.

Hari biasa pulak terkejar-kejar nak ke kelas. Balik kerja, kelam kabut nak bersiap ke kelas. Tinggal ler aku berdua ngan Adra kat rumah. Ayah balik karang, Adra dah tidur. Kekadang Adra terjaga. Main-main dengan ayah baru tidur. Adra memang rapat sangat dengan ayahnya sampailah sekarang bila bangun tidur, soalan pertama dia akan tanya kalau ayah takde kat sebelah:'

' Mama, ayah mana?'

' Mama, sapa mandi tu?' - padahal ayah dia. Saje dia suka tanya, hahaha.

Ni kalau ayah pergi kursus nanti ni, macam manalah dia. Mesti asyik tanya je ayah pergi mana. Mama pun kekadang tak dapat nak pegang tangan ayah kalau Adra nampak. Karang dia cakap, mama jangan pegang ayah, ni adra punya ayah! Sambil peluk ayah.

omg.

hahahahaha.

Hari konvo, mak ayah mertua,kak ipar, mak ayah aku pun ada sekali termasuklah Zara dan dua puteriku. Dulu, konvo pertama masa kami bujangan hehe. Sekarang konvo dah kahwin. Feel dia tu lain sikit :p

So, selepas ni boleh lah aku pulak sambung study. Dak apple pun dah bagi green light untuk aku sambung lagi. Harap semoga semua dipermudahkan. InshaAllah.

Happy je dak dua orang ni.
Hehehe
Adra belikan ayah bunga, terharu ayah.
:)


Congratulations Saiyanggg
I LOVE YOU

~~~~~~~~~~~~~~





02 November 2017

Private

Assalamualaikum dan hai semua.

2 bulan aku private blog. Entah. Aku rasa malas nak menulis. Lebih menumpukan perhatian kepada kerja, anak-anak dan suami. Lagi pulak bila makin tua, aku rasa aku perlukan lebih privacy. Tidaklah teruja untuk menulis seperti sebelumnya. Pada zaman serba serbi mencabar ini, macam-macam hal boleh berlaku. Jadi pada hemat aku, aku perlu untuk lebih perlahan geraknya.

Mungkin menulis secara asas sahaja.

Adakah yang rindu aku? Stalker pula bagaimana? Ada u masuk blog i? Hahaha whatever. tangan didada mata keatas. 

Sepanjang aku private, ada beberapa orang pm dan tanya. Kenapa private? Aku cuma boleh bilang, untuk sementara. Menapis entry-entry yang sedia ada.

Untuk pengetahuan, aku sihat-sihat sahaja. Baru sihat dari virus influenza A + mycoplasma minggu lepas. Nanti aku ceritakan pengalaman terkena virus itu. Adra dahulu pada mulanya terkena virus tersebut, kemudian aku pula dijangkiti.

Anak-anak aku pun sihat. Termasuk suamiku yang makin berisi itu.

Hari ini, aku cuba menulis. Tangan aku terasa seperti ingin menaip. Padahal aku hari-hari menaip report hahaha.

Rindu untuk menulis. Aku suka menulis untuk keselesaan. Menulis salah satu cara release tension. Sebab tu caption insta kemaen panjang macam menulis enty hahahah :p

Jumpa next entry, babai.