02 November 2017

Private

Assalamualaikum dan hai semua.

2 bulan aku private blog. Entah. Aku rasa malas nak menulis. Lebih menumpukan perhatian kepada kerja, anak-anak dan suami. Lagi pulak bila makin tua, aku rasa aku perlukan lebih privacy. Tidaklah teruja untuk menulis seperti sebelumnya. Pada zaman serba serbi mencabar ini, macam-macam hal boleh berlaku. Jadi pada hemat aku, aku perlu untuk lebih perlahan geraknya.

Mungkin menulis secara asas sahaja.

Adakah yang rindu aku? Stalker pula bagaimana? Ada u masuk blog i? Hahaha whatever. tangan didada mata keatas. 

Sepanjang aku private, ada beberapa orang pm dan tanya. Kenapa private? Aku cuma boleh bilang, untuk sementara. Menapis entry-entry yang sedia ada.

Untuk pengetahuan, aku sihat-sihat sahaja. Baru sihat dari virus influenza A + mycoplasma minggu lepas. Nanti aku ceritakan pengalaman terkena virus itu. Adra dahulu pada mulanya terkena virus tersebut, kemudian aku pula dijangkiti.

Anak-anak aku pun sihat. Termasuk suamiku yang makin berisi itu.

Hari ini, aku cuba menulis. Tangan aku terasa seperti ingin menaip. Padahal aku hari-hari menaip report hahaha.

Rindu untuk menulis. Aku suka menulis untuk keselesaan. Menulis salah satu cara release tension. Sebab tu caption insta kemaen panjang macam menulis enty hahahah :p

Jumpa next entry, babai.

No comments: