26 December 2017

Selamat Ulang Tahun yang ke 4

Assalamualaikum dan hai.

Beberapa minggu lepas ,kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4. 

Baru 4 tahun, masih panjang lagi langkah kami. Aku berdoa dan berharap semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhirnya. Punya suami yang aku rasa cukup kurang lebihnya untuk semua perkara, buatkan aku bersyukur dengan adanya dia di dalam hidup aku dan anak-anak. 

Kurang pada aku, dia cukupkan. Kurang pada dia, aku cukupkan. 
Manusia, tiada yang sempurna selain daripadaNya. 

Semoga rasa cinta, kasih dan sayang,pahit dan manis itu diizinkan Tuhan untuk lebih lama. 

Setiap tahun menjelang ulang tahun, kami selalu bercuti bersama. Tahun ni, dekat sahaja. Anak-anak pun kecil lagi, maka kita ke Bukit Tinggi, Pahang.

Jalan-jalan bersama, makan,gurau senda. Anak-anak gembira, apatah lagi Adra. Bebas berlari gembira, buat hati rasa bahagia. Kali pertama aku ke Bukit Tinggi. Menarik bagi yang suka bergambar, suka berjalan-macam aku. Kaki lenguh pun tidak mengapa.Untuk lari sebentar dari kesibukan kerja dan kesibukan kota-kotalah sangat kan haha, rasa seronok juga. 

Destinasi pertama di Bukit Tinggi adalah di Colmar Tropicale French Theme Resort. Tidak bermalam di sana, balik hari jurrrrrrrr. Dengan bayaran RM 15.00 untuk dewasa, korang boleh masuk ke dalam kawasan resort tu untuk bergambo sampai letih sebab bangunan lawa-lawa, boleh makan-makan, tengok show di sana. Jadual show ada tertera di sana, aku lupa. Show tu macam tarian dan juga show main api-api. Eh gelihati pulak aku dengan show last tu, boleh seorang dancer lelaki pakai costume macam baru balik site visit dengan topi oren. Hehe semangat betul dia.

Tempatnya kecik aje. Kalau korang jenis suka bergambar, suka tengok bangunan cantik,suka berjalan sesuai lah pergi.

Jom layan gambar. Banyak jugak gambar hehe.


Kami sampai dalam pukul 11 pagi.
Sejuk tu terasa lah sikit walaupun idakler sejuk bebeno


Tengok swan


Kemain lagi anak dara ni.
Suka sangat dengan swan. 
Mama pula risau panjang leher dia hehehe. 
Takut swan patuk hahaha.



Cubaan nak bergambar family. :p
Si Adra tu susah betul nak ajak bergambar sekarang.
Asyik lari, lari lepastu boleh dia cakap okey dah mama dah dah 
kalau nak snap gambar dia. 
Sabar aje lah.


Sekitar kawasan 


fefeeling dekat oversea tapi dekat Bukit tinggi je wakkk


Banyak hiasan sempena chrismas masa ni.


Anak dara ni request nak bergambar dengan snowman.
Pandai sekarang dia cakap.

Mama, mama Adra nak tangkap gambar kat sini. 
Gambar dia jelah banyak hehe


Nak tangkap kat kuda. 




Kesayangan-kesayangan mama


Adik ni memang seorang yang sangat serius. 
Susah nak senyum. Tapi sekali senyum,auwwww jatuh hati mama


Hai acik-acik semua. :)


Posing sikit hehe


Ni dari menara tinjau. Tak larat sebenonya nak naik sampai atas
Naik separuh je hehe


Lepak hi tea kejap. Untuk makan berat, dalam kereta ada bekalan nasik goreng udang,
sandwich,keropok lekor,nugget ayam.
Dak apple sejenis suka makan bekalan. 
Sebelum berjalan, dia mesti belikan bahan-bahan nak masak apa esoknya.
balik-balik tengok ada roti,ada salad,ada sardin.
Ha tu suruh buat sandwich sardin le tu hehe. 
Pepagi sebelum keluar berjalan, memang aku akan masak.

Selepas di Colmar tu, kami gerak ke Taman Jepun pula.
Untuk ke taman jepun, korang boleh drive naik kereta sendiri 
atau naik tram yang disediakan oleh pihak Colmar.
Tapi kalau ada anak kecil, better naik jelah kereta sendiri.
Bukit tinggi jugaklah nak sampai ke sana. 
Tulah dah namanya pun Bukit Tinggi kan hehe. 


Masuk percuma. Makan kat restorang jepun tu je tak percuma hehe.
Kena naik tangga sebanyak 88 anak tangga untuk ke sini.
Masa ni Alfina tido tak bangun-bangun.
Kemaen sedap dia tido dengan cuaca nyaman ni. 


Sejuknyaaa tengok air terjun ni. 
Rasa nak mandi hahaha. 


Dia pun nak juga bergambar dengan air terjun. Hehe


Aduh anak. Dia photobommmmm gambo mama.
Adoyai apa korek-korek hidung ni anakkkkk hahaha


Jernih airnya. 
Tapi ikan kap dia macam kurang je.
tengok dalam gambo kemaen banyak lagi gaya. 


Ni kat rumah jepun.Tak boleh masuk. 
Boleh masuk bagi yang sewa kimono je.
Sejam rm 20.00.
Aku tak sewa. Kalau sewa harus aku tepek gambar hahaha

Dah bergambo, sweet2 kat situ, kami pergi pulak ke taman Arnab.
Bayaran RM 5.00 dewasa. Adra Alfina free.


Anak dara ni suka sangat animal. 
Kucing,kuda, arnab, ikan.
Happy sangat dapat tengok rusa dekat-dekat,arnab dan kuda.




Punya suka dia bagi arnab makan.
Ayah pun berani-berani takut je hahaha. 

Balik, singgah Genting Sempah kejap, kemudian apaknya ajak ke destinasi seterusnya,
Genting Highland. Saja nak bawa kami naik cable car.
Aku tak pernah naik yang Genting, pernah naik yang Langkawi.
Bagi aku dua-dua gayat. Tapi Langkawi lagi takut sebab cable car mendaki.
Ahhh yang ni pun gayat juga hehe. 




Sampai je kat sana. jalan-jalan kejap meletihkan kaki haha.
Lepastu nak minum kejap. Sekali dak apple bawakkan cawan ni


Alalalala romantik hahahaha.


Okey itu sahajalah ceriteranya.

Doakan moga kami bahagian melayari bahtera perkahwinan ini bersama anak-anak kami

Amin.










12 December 2017

Kari Ayam Untuk Adra

Hai semua. Update sebulan sekali ok kan. Hehe

Semalam sempena cuti keputeraan Selangor, wahh seronok betul melayan dua orang princess tu dekat rumah. Semalam juga aku buatkan Adra lauk kegemaran dia, iaitu Kari Ayam. 

Banyak kali Adra cakap nak kari. Semenjak dah petah bercakap ni, seronok melayan dia. Walaupun kadang-kadang perangai dia tu buat mama jadi mak singa kelaparan! Tapi bab makan, anything for you sayang. Selagi mama boleh masak, mama masakkan. Sejak umur Adra 2y+ , dia memang makan makanan keluarga. Cuma kami kurang gula dan garam. Cuma makanan adik dia jelah berbeza sebab masih makan makanan bayi lagi. Untuk makanan Alfina, setiap hari mama dia ni memerah otak nak masak apa, bubur apa, buah apa untuk snack time dekat taska nanti. 

Aku ni sebenarnya tak reti pun masak kari sebelum ni. :p Tapi sebabkan anak dara aku ni suka beno kari. Maka, aku belajar masak kari. Dari mak aku, dari google. Maka, barulah terer masak kari. :)

Jadi, selalu lah aku buat kari telor lah, kari udang lah, kari ikan, kari ayam. Ikut mood. 

Semalam  kari ayam sama kentang. Punyalah excited Adra nak makan kari. Siap mintak dukung nak tengok kari ayam menggelegak kat dalam kuali. Bila aku dukung, dia tepuk tangan dan cakap. 

'Waaaaaa mama masak kari, yeyeyyyyy.'

Bayangkan perasaan mak-mak ni bila anak melonjak suka apa yang mama masak. 

Terharu okeh. 

Dah siap masak, ok tunggu jap ye anak. Mama nak tangkap gambo dulu. Hahaha #tipikalmakmakzamansekarang




2 kali menambah nasi Adra. 3 ketul ayam dia makan.
Berselera sungguh dia. 
Mama seronok sangat. Kentang pon habis dia makan. 

Nanti mama masakkan lagi tau. 
Balik keje, ayah dia pulak sambung makan.
Eh dia pun makan lagi. Berselera.


Kawan gaduh mama, kawan mama shopping.
Ada sekali dalam kereta, kami bergurau macam nak bergaduh.
Sekali apaknya cakap, mama ngan Adra ni asyik nak bergaduh jelah kejenya.
Sambil tergelak.

Eh sweet lah gaduh ngan anak. hahahaha. Lepastu gelak terkekek2.

Mama sayang Adra dan Alfina.
Dan juga ayah awak kahkahkah.

Bersweet sikitlah sebab esok annivesary kami yang ke 4.