23 March 2017

Berpantang #44hari

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah tinggal suku je lagi pantang hehe. Kejap je hari berlalu. Alfina pun makin bambam.  Rutin berpantang kali ni sama je macam dulu cuma kena lebih kuat sikitla sebab kita ada anak sulung yang perlu diuruskan walaupun ada suami,mak ayah dan adik2 tolong. 

Pagi-pagi bangun mandi. Paling bagus mandi sewaktu waktu Dhuha.Antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Awal sangat pun tak boleh takut gigil kang. Dalam pantang ni lain macam sikit. Dah mandi  ,bertungku,berbengkung,ikat rambut ketat-ketat. Baru tahu kebaikan ikat rambut ketat2 ni antaranya untuk elak sakit kepala,dan juga tegangkan muka.  Lepastu sarapan. Pagi biasanya aku makan biskut dengan kopi o panas. Dah cuba minum milo,adoi angin pulak datang menjengah. Minum la kopi sampai sekarang.

Set berpantang pulak aku pilih NR sama macam akaknya jugak. Pagi telan phytonatal 3 biji + air akar herbanika campur madu. Fuhh ringan badan dan Cik D laju je keluar berketul.  #harapbolehkurusbanyak #misikerengga heheheh Membuang pon lawas. Tu penting. Selepas bersalin memang itula paling dirisaukan. 

Bab makan pulak,mak yang masakkan.  Kalau mak sibuk siapkan tempahan makanan,aku masak sendiri. Tukar2 kejap ikan bilis,kejap ikan merah,ikan tenggiri. Sayur pulak sawi jela sepanjang berpantang ni.

Tengok jela gambo ye kan.
Nak taip panjang-panjang pun malas haha.

  Suka bila bertungku. Bau daun mengkudu tu semerbak baunya. Ni kakak pun sibuk nak bertungku. Duduk sebelah mama sambil mama bertungku. Hehe. Adra pon dah pandai dah. Setiap pagi laju je ambilkan tong biskut mama kalau nampak mama bawak mug berisi kopi O.  Antara makanan-makanan aku sepanjang dalam pantang ni. Menu atas kiri tu tengok tray pon tahu kan hospital punya hehe. Hospital skarang pon buat lauk bilis dan lada hitam + sawi rebus. Tapi serius sedap bilis dia. Macam dia bakar dalam oven sebab takde minyak. Masa adra dulu pun lauk ni gak hospital hidang.  Sebelah lauk hospital tu ikan tenggiri asam jawa dan sawi tumis mak aku buat. Bawahnya buah oren sunkist yang satu satunya buah yang aku makan masa dalam pantang ni Sebelahnya bilis masak sahang. Sahang ni masak tradisi orang banjar. Resepinya nanti aku up sebab mak aku yang masak hihihi. Memang sedap sebab lepas makan rasa hangat je badan. Ni aku yang masak. Singgang tenggiri + sawi rebus. Sawiiiiii sawiiii sawiiii everyday dan aku rasa sampai 44 hari atau lebih aku akan mengadap sawi bunga ni hahah. Sampai lebammmm makan sawi tapi nasib sedap.  Alhamdulillah rezeki Alfina pun masih bf. Harap macam kakak Adra. Adra haritu sampai 1 tahun 3 bulan full bf sampailah aku ngandung Alfina. 

 Hokey sekian tu jelah entry harini. Bye.
Jumpa lagi nanti next entry.

Happy Birthday Adra (2y/o)

Assalamualaikum. Haritu birthday Adra jatuh hari Jumaat. Ayah adra cakap boleh tak kalau kita sambut birthday adra. Buat kecik2 je. Aku cakap boleh. Nanti aku orderkan kek dekat kawan aku merangkap akak yang buat kek kawen kami haritu. Sebelum tu Merasa la duduk sehari dalam ward kuning tu masa hari kedua.  Alfina ada kuning sikit 7.3 tapi doc minta jugak masuk ward duduk bawah lampu. Nanti kita cerita yang tu.  Maka hari Jumaat,kami pun celebrate birthday Adra yang kedua. Buat kecik2 panggil onyang Adra,makcik2 aku yang dekat. Ayahnya beli KFC,aku belikan kek Hello Kitty fav dia. Sabo jela mak kamu adra tercium bau kfc,bau kek hahaha.  Selamat ulangtahun kelahiran yang kedua untuk anakku sayang Adra Safiyya. Moga kamu membesar jadi anak yang solehah,anak yang bijak,anak yang menghormati orang tua. Mama ayah sayangkan kamu sangat-sangat. Maafkan mama kalau kadang2 mama termarah kamu. Bermula dengan kamu lah mama dan ayah belajar menguruskan anak kecil dan macam2 lagi.  Nanti mama dah habis pantang,dah sihat. Kita pergi jalan2 tauuuuuuuuu dengan adik Alfina. #mamakamunakjalan hahahaha 

09 March 2017

Pengalaman Bersalin #myAlfina

Assalamualaikum semua. Okey sementara tengah free ni Alfina tidor,semua dah tidor tinggal aku je terkebil-kebil. Jadi ada baiknya aku taip pengalaman bersalin kedua aku untuk tatapan pembaca sekalian. Eceh mukadimah tak menahan. :p  Yelah nanti takut lupa. Mak anak dua ni  urat dah banyak sangat putus. Pelupa tahap otomen dah.  Pertamanya aku disahkan mengandung anak kedua semasa lagi sehari aku berpindah dari tempat lama. Dalam bulan Ramadhan yang mulia aku dapat berita mengandung ni. Tapi cerita mengandung lain kali lah cerita. Hehe.

Sepanjang mengandung Alhamdulillah dipermudahkan cuma biasalah aku kalau mengandung je berat naik. Minum air gula sampai dua kali tapi result normal. Masa mengandung jugak aku pernah tertonggeng selepas keluar bilik air. Memang macam nangka gedebuk. Terpana ayah adra ngan adra haha. Nampak nangka gemok tertonggeng. :p  Tapi Alhamdulillah takde apa-apa selepas pegi klinik. Impaknya cuma aku yang sakit lutut sebab menahan perut. Badan pun sengal sikit. Yang lain semua okey.

Aku mula bercuti 14 hari sebelum tarikh EDD. Sebab aku nak balik kampong,nak bersalin kat kampong. Jadi sebelum terbersalin kat sana,baik aku cuti awal sikit. Adra pon cuti awal dari Taska. Sepanjang cuti tu memikir bila la nak bersalin. Dari sehari ke sehari geng-geng yang sama EDD dah selamat bersalin. Aku antara yang belum. Adra dulu memang keluar ikut due date. Adakah adik juga sama??? Hah nebes mak nakkkkk.

 Sepanjang menanti hari tu,dua kali jugak sikecik ni main cak2. Kemaen aku sakit pinggang,sakit ari-ari bagai tapi kejap je lepastu hilang. Bertuah betul. Grrrrrr.

 Hari Isnin, 39 weeks 4 days.aku mula rasa macam tak sedap badan. Letih. Adra pulak buat hal,macam-macam hal merengek,menangis,merajuk. Termarah jugakla dia. Huhu sian anak mama.  Malam tu kami berdua dah siap masuk bilik,kami baring berdua anak beranak,yelah apak dah balik. Kami menyanyi berdua lah,bergurau-gurau. Siap video call ayah Adra lagi. Masa tu macam sakit ari2 tapi light2 je. Selepas tu Adra cakap,mama nak susu. Okey. Jom keluar, mama buatkan susu.  Sampai kat dapur,tengah bancuh susu,rasa macam ada benda keluar. Eh lain macam. Aku pun bergegas buat susu. Bagi Adra. Aku masuk toilet.  Memang betul,tanda bersalin! Darah! Cepat-cepat aku keluar. Panggil adik aku,wei aku keluar darah. Mak abah pon apa lagi. Hah cepatla siap. Jom pegi Hospital. Alamak,apa aku nak buat ni. Adra baru nak minum susu.

Aku pun cepat-cepat tukar baju. Sementara tukar baju,pakai tudung. Adra dengan botol susu kat mulut,selamba bawak keluar beg didi and friends dia tunggu depan pintu. Allah sedihnya hati aku. Dia ingat mama nak bawa pegi keluar sebab aku siap pakai tudung. Yang si Zara pulak siap menangis depan pintu sambil cakap ''maklong,kakak sedih tengok maklong,maklong nak keluarkan baby ke??  " sambil menangis. Eh zara ni kamu pun buat maklong sedih tau dakkkk.. :(  Maka meraung-raunglah deme berdua sambil menyaksikan aku masuk kereta.

 Sampai hospital,cek semua terus nurse cakap dah 3cm. Gulp. Dah nak bersalin rupanya aku ni. Terus call dak apple bagitau suruh balik sebab doc cakap mesti bersalin malam ni jugak.  Aku pon ditolak masuk ward selepas dah monitor CTG semua. Pukul 1.35am. Masa tu contraction tak kuat lagi. Aku bawak tidur dan mengiring. Mengiring tu tips nurse masa bersalin adra. Kalau mengiring sakit,stay je mengiring sebab bukaan akan lagi cepat. Tips ni,cubalah. Masa mengiring tu memang sakit gile. Aku kunyah kurma,minum air mineral sambil zikir nabi yunus.

Pukul 2.00 pagi dak apple sampai depan labour room. Dia nak tunggu sampai aku bersalin katanya. Taknak balik rumah. Dah niat nak sambut anak no 2. Hihi yayy.

 Tengah melayan contraction tu,sambil wasap dak apple. Tapi lama-lama makin kerap. 5 minit sekali. Aku rasa nak terberak. Sama macam Adra dulu. Aku pun apa lagi. Bangun terus mintak nurse cek. Masa tu pukul 4.00 pagi. Bila nurse cek,dah 8cm. Wahhhhh dah nak bersalin. Naik wheelcair ke labour room. Sebab aku dah rasa nak teran sesangat. Tarik napas dalam2.

Kat pintu masuk labour room aku nampak dak apple.  Bila nurse dah standby semua,air ketuban tak pecah lagi. Tapi aku dah rasa nak teran gilerrrrrrr. Nurse pecahkan air ketuban. Panggil dak apple masuk labour room,doc dan dua orang nurse termasuk dak apple jadi pompom girl kat aku. Dengan bismillah aku mula teran. Ya Allah memang teruk gile aku meneran. Bagai nak rak. Nak muntah,penat semua ada. EditDak apple suruh push sambil cium aku kot haha aku pon teran. Lagi sayang lagi. Curi nafas,teran teran. Doc ngan nurse pun cakap tutup mulut,buka mata,pandang perut. Geram puan geram. Lagi puan lagi. Curi nafas puan.  Puan,anak puan dah tertelan najis ni. Cepat push puan. Aku dengar je gitu,lagi kuat teran.  Tetibe plupppppp gedebuk selambak bunyinya. Alhamdulillah fuhh lega. Doc tunjuk girl. Dak apple cakap syg tengok tu,Alfina. Aku angguk. Legaaaaaa sungguh la.

 Lepastu kena jahit. Bab jahit tu la yang aku paling seriau. Tapi tak sesakit masa Adra dulu.  Dah selesai semua,aku ditolak masuk ward. Berehat. Petangnya aku dan Baby boleh keluar.

 Itulah pengalaman bersalin aku yang kedua. Adra dan Alfina. Berkongsi bulan yang sama. Tahun yang berbeza. Tahun depan sambut birthday sama-sama sebab dekat-dekat hehe.

Masa mula-mula Adra cemburu dekat adiknya. Lagi2 bila ayah atau mama pegang. Tapi tak lama,lepastu dah okey semula dah. Tak sabo mama nak sedondonkan kamu berdua. Mesti bff sangat kita kan anak-anak hihi.

Terima kasih semua yang mendoakan. Terima kasih doc,nurse semua.

Terima kasih. Semuanya dipermudahkan.

Love uolssss.

08 March 2017

Assalamualaikum, Alfina

Assalamualaikum semua. Lama aku menyepi. Menyepi la sangat pon kan haha. Say hello to stalker yang mesti lama masuk belog i tapi takde update :p

Sebenarnya aku busy sikit. Alhamdulillah aku baru je bersalinkan anak kedua kami. Perempuan juga. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Nanti nanti aku cerita pengalaman bersalin anak nombor 2 dan kalau rajin aku update la pengalaman mengandung sekali.

Memperkenalkan puteri kedua aku. Namanya Alfina yang bermaksud Kasih Sayang Kami.
Alfina dilahirkan pada pukul 4.36am dengat berat 3.28kg. Teruk jugaklah nak meneran haha. Rasa nak muntah. Tapi kali ni rezeki dak apple dapat teman aku bersalin. Alhamdulillah dengan adanya dia,aku lebih bersemangat nak push.

Nanti aku cerita lebih lanjut lagi kalau ada masa. Adra pula mula-mula ada adik,dia nangis cemburu. Tapi lama kelamaan dia tahu dia ada adik,dia tetap manja aku. Hehe.

Tak sabar rasa nak sedondon dengan princess2 i tau.

Belanja satu gambo Alfina.

 

Hepp jari tu,jari tuuu. Hehe Adra dan Alfina Okey babai jumpa lagi next entry