17 December 2018

Teaser @ Pullman Lakeside Putrajaya

Assalamualaikum dan hai.

Acara tahunan kami, berjalan hujung tahun. Dokek-dokek je tahun ni. Itu pun last minute booking. Apaknya lama bebeno mikio nak kat KL ke Putrajaya je. Kalau aku, memang nak Putrajaya je sebab dekat.

Up dulu sekeping dua tiga gambo.

Next kalau rajin aku update entry ye hehehe.


Pool Lakeside view


Cantik


View dari bilik kitorang. Dapat Lotus Wing


Sekian, tunggu i rajin ye haha.
Dah rajin baru update.

Seronok stay kat Pullman ni. View cantik, bilik cantik,staff friendly.
Anak-anak happy, mak pak extra happy.





12 December 2018

Kursus @ Felda Residence Hotspring Sungkai

Assalamualaikum dan hai. Dah bulan Disember dah kita kan. Kejap je masa berlalu. Boleh bilang dengan jari jemari debabku berapa kali je update tahun ni. Makin hari makin malas. Update ig story, update status wasap je ye banyak.

Kali ni cerita pasal kerja pulak. Ini merupakan kursus luar bermalam pertama buat aku sepanjang Alfina dah 1y9m ni. Kebetulan pulak ayahnya kursus juga dekat-dekat ngan area taska diorang. Memang sedang elok la,ayahnya pon izinkan. Memandangkan Alfina pon dah besar,senang dijaga. Ayah cakap takpe, ayah jaga. Thanks sayang. :)

Kursus 3 hari 2 malam di Sungkai. Rasa macam balik kampong je sebab rumah parent aku kan dekat-dekat je dengan Sungkai tu. Tapi tak dan nak jumpa family sebab jadual pack. 

Pergi sampai 2 bas, sesekali keluar jauh sikit seronok pulak kan. Geng-geng satu group pon ramai join, lagi seronok. 

Felda Residence Hotspring ni ada sekali taman rekreasi air panas atau dikenali sebagai TRAP (Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah),siap ada hotel, villa kat dalam tu ataupun boleh je sewa homestay area felda sg klah tu. Seronok gile berendam kat kolam air panas dia.
Rasa fresh. Hihi.

Masa pembahagian bilik, aku and the gang dapat bilik jauh sebab bilik hotel tak cukup. Kami ramai dalam 60 orang. Jadi, kami dapat Villa. Nak ke dewan dan padang kena naik bas office. Bas akan ambil hantar kami. Mula-mula rasa macam frust sebab jauh dari dewan bagai, tapi bila sampai je villa. Fuhhhh, tak jadi frust hahaha sebab villa cantik, siap ada jacuzzi.
TQ Urusetia hehe


Luar Villa. Dalam ni ada 3 bilik,3 bilik air. Sebiji jacuzzi.
Kalau pergi dengan family boleh sewa villa ni.
Unlimited entry nak masuk dalam taman air panas tu. 
Berendam sampai puas. Hehe. 
Next time boleh la bawa family ramai-ramai. 
Kalau tengok harga dia rasanya dalam 700 ++ semalam ikut jenis villa berapa bilik kita nak.
Boleh la try tengok dekat website booking ke traveloka.


Ruang tamu dalam villa. Kami duduk dalam ni 6 orang.
Kelengkapan semua ada.
Selesa. Tapi kitorang banyak masa kat luar. Balik kejap kejap je.
Malam selepas aktiviti balik tido. 


Ruangan dapur.

Eh kelihatan bag pam aku hihi.
Masa mula-mula nak pergi kursus, risau ada ke peti ais.
Alhamdulillah ada peti ais. 
Untuk pengetahuan aku masih susukan Alfina.
Masih mengepam setiap hari. 
Walaupun takdela banyak mana susu tapi,
 Alhamdulillah cukup untuk Alfina. 
Turun naik breasfeeding tu biasa.
Bukan senang untuk sampai sejauh ni.
Susu kita tak perlu banyak tapi perlu cukup.
Alfina 1y9m bulan ni. 


Ruangan dapur 


Room nombor tiga. Share bilik ngan auntie sima adra panggil hihihi.


Ni jacuzzi dia. Buka sliding door,taraaa boleh berendam
Kalau nak panas, boleh call staff nanti dia akan panaskan siap-siap.
Kalau nak air sejuk biasa, boleh control sendiri ada button kat dinding.


Kursus hari kedua. Outdoor.
Memang banyak outdoor. Suka hehe sebab dapat memanaskan badan kat luar.
Dah lama rasa tak aktif. 



Petang hari kedua tu, kelas habis awal. Kami pergi la mandi kat dalam kolam mata air gunung ni. Sejukk. Best hehe
Best pulak aku and the gang main slide tu. Hihi rasa macam kanak-kanak kembali.
Siap entah berapa kali ulang alik turun naik slide. 
Masa tu orang tak ramai. Sebab dah nak tutup. Apa lagi. 
Pulunnnnnnn hahahaha. 


Ni sama jugak kat kawasan kolam mata air gunung.
Kawasan ni untuk dewasa. 
Kawasan air panas aku tak tangkap gambar sebab tak bawak hp.
Ni pon snap masa hari last hehehe

Tiket masuk dalam ni rasanya dewasa RM 15.00


Hari ketiga sebelum balik tu, pihak hotel ada buat aktiviti treasure hunt.
Aktiviti tu dibuat sekitar taman kolam air panas. 
Ada macam-macam task, antaranya task yang ni kena rebus telur hard boiled.
Nak dapatkan telur tu pun ada task jugak hahaha. 
Task dia kena rendam kaki semua ahli dalam kolam air panas sebelah kolam rebus telur tu yang suhu dia 42 c. Panas uii haha. 
Tapi ada seorang pakcik kat situ bagitahu dont worry. Rendam je kaki terus pijak batu. 
Enjoy the natural hot water.  
Memula semua macam takut menggelupur nak letak kaki. Bila letak terus eh betul la pakcik tu cakap.
Dah rendam kaki, terus siapkan task berikutnya.
Rebus telur kat situ. Suhu dia aku lupa
Masa kira-kira 7 minit untuk complete hard boiled


Gigih merebus hehe. Panas gila ayor dia tu. 
Menggelegak wei. Suhu dia dalam 92 darjah ke atas.
Bayangkan panas dia tu. Mengelegak.



Tapi memang sedap. Tak hanyir telur dia.
Dapat telur 3 suku tu, Taruk kicap, lada. Perghhhhhhhh.
Memang sedap. 

Tu aktiviti penutup tu. Petang tu selepas lunch, balik la semua menuju ke KL.
Dalam bas semua diam je. Kepenatan haha tidur semua. 
Tak sabor rasa nak jumpa anak-anak dan suami.

Alhamdulillah anak-anak baik-baik aje di bawah jagaan ayah diorang.


Kesayangan mama ayah
Adra dan Alfina

Next, pergi MAHA. Alfina kena hfmd.
:(





11 October 2018

Jalan-Jalan Ipoh #GunungLang

Assalamualaikum dan hai. Beberapa bulan lepas kami sekeluarga jalan-jalan ke Ipoh,Perak. Aku ni nama je orang Perak tapi negeri sendiri pon belum habis diterokai.

Hihi.

Menarik jugak Ipoh. Dulu masa kerja kat opis lama, Ipoh adalah tempat berkursus,bermesyuarat. 

Rancangannya, kami akan ke Tambun . Lost World Of Tambun (LWOT). Adra sebenarnya yang beria ajak nak ke Tambun gara-gara tengok Yusof anak Hanis Zalikha dengan Arrian anak Tomok ke sana. Dia memang excited sangat. Jadi awal tahun haritu apaknya beli tiket dekat Matta Fair. Maka ke sana lah kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Pertama kali jejak LWOT tu.

Hari pertama di Ipoh, kami menginap kat Hotel disekitar Sunway Ipoh. Dekat je dengan Lost World tu. Cadangannya ingatkan kami nak masuk Lost World hari kami sampai di Ipoh tu. Tapi tukar plan. Hari pertama tu kami jalan-jalan disekitar Ipoh. Destinasi pertama kami petang itu adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh. Pertama kali aku jejak sini. Tempatnya menarik bagi yang sukakan taman, sukakan kehijauan especially apaknya dari zaman bercinta lagi dia suka betul pergi taman. Tenang katanya. Sekarang anak-anak pun dah mengikut suka jalan-jalan taman. Berlari-lari bebas, gelak ketawa riang.  Berbalik ke Gunung Lang tu, nak ke taman seberang tu, kena naik boat bayar RM 3.00 untuk dewasa, RM 1.50 untuk kanak-kanak atas 3 tahun.

Lepastu boleh la jenjalan kat taman tu. Nanti boat ada je dalam 15 minit sekali datang untuk kita balik ke Jeti.

View menarik. Tapi takdelah besar mana. Jom tengok gambar.

 Kakak seronok nak naik boat


Ni kat jeti.
Ada air terjun buatan kat situ.
Port terbaik nak ambik gambo hehehehe


Boat bawa penumpang untuk ke taman seberang sana. 


Tak jauh pon taman seberang tu.
Naik boat dalam 10 minit sampai dah kesana.
Gunung Lang, Ipoh
Kalau nak tahu serba sedikit sejarah Gunung Lang ni,
boleh KLIK SINI untuk baca.


Sampai dah. Kat dalam taman tu boleh sewa basikal.
Ada menara tinjau, ada mini zoo.
Paling aku suka, dia ada rumah-rumah lama Perak.



Cantik kan.
Aku suka rumah kampung yang begini.
Rasa tenang, rasa macam best sangat.
Petang-petang duduk kat beranda tu minum kopi panas, Makan lempeng pulak.
Bestnyaaa. Berangan kejap hehehe


Ini pun cantik jugak, lagi-lagi part dapur dia yang open tu.

bawah rumah siap ada tempayan


 Sampai terpejam biji mata mama hahahahaha
sabo jela apaknya kalau nangkap gambo.


Sayang menyayang sampai bila-bila okey anak-anak mama ayah.
:)


Tengok ayam.
Anak-anak memang suka sangat tengok haiwan.
Sampai tak nak balik sebab nak tengok ayam je hehehe
Dua beradik kesayangan 




:)


:)

Balik dari Tasik. 
Lapo ler pulak. Ke Bando Ipoh cari makan.
Kebetulan masa tu hujan gerimis, jadi tak bolehlah makan kat tempat yang open.
Google google jumpa la MIKER FOOD.


MIKER FOOD dekat dengan padang ipoh.
Signature mereka tomyam nyor dan chik pizza


Memang sedap tomyam dia secukup rasa
Semua sedap.
Portion je kecik sikit ye. 
Satu portion makan sorang.

Tapi secara keseluruhannya semua sedap. 
Kedai pon senang cari.
Selesa, owner,staff semua baik dan ramah tamah.

Okey tu je. Next LWOT ya.







04 October 2018

Laksam Mama

Assalamualaikum.

Jom kita cerita pasal memasak pulak lah hari ini. Ada juga modal nak dibuat entry. Cerita mengenai laksam. Laksam kegemaran anak-anak, aku dan husband sekali. Teringin nak buat. Kalau beli selalunya tak menepati citarasa. Jadi aku bertekad nak buat sendiri. Hehehe. Semalam kebetulan anak-anak ada check up kat klinik. Aku ambil half day. Balik dari klinik dalam pukul 4.00 pm tu terus je ke dapur buat laksam sambil anak-anak main bersama berdua di ruang tamu.

Resepi aku ambil dari sini. TQ kak.

Ini adalah pertama kali aku buat makanan pantai timur iaitu laksam ni. Disebabkan aku takut tak menjadi, dengan tudung periuk pon tak ada. Aku cuba bancuh,kukus dengan rice cooker yang ada steamer sekali tu,pastu dahla tudung periuk takde, aku kukus dengan loyang@lengat. Bila dah dapat dalam 4-5 gulungan, baru aku buat kuahnya. Risau tak menjadi kan,langkah berjaga-jaga la tu buat isi laksam dulu hehehe.

Kuahnya aku guna ikan sardin fresh, kebetulan stok ikan sardin ada lagi dalam peti. Senang je rupanya. 

Dan menjadilah laksam aku semalam, buat untuk dinner, bertambah-tambah dak apple makan.
Sedap katanya. Macam-macam dia tanya macam mana buat laksam ni bergulung-gulung. Heheheh


Untuk sayuran, kat rumah hanya ada taugeh, timun dan bawang jer.
Malas pulak nak beli kacang panjang, bunga kantan semua tu.

Aku makan 3 kali hahahaha. 
Anak-anak pon kemain suka lagi habis licin mangkuk.

Nanti bolehlah buat kuantiti banyak sikit.

Sekian.

p/s: Sebenarnya banyak entry aku nak taip tapi ia memerlukan kerajinan yang tinggi.
Tunggulah kalau rajin. Stalker aku mesti tertunggu-tunggu kan aku update apa
#tangandibahumatakeatas


28 August 2018

Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan hai semua. 

Punya lah lama dah raya puasa,baru nak update gambo raya anak-anak. Tahun ni kami sekeluarga tema maroon. Bila anak sulung dah pandai nak request warna apa. Apaknya plan nak warna biru. Adra cakap biru tak cantiklah ayah, Adra nak red. Mama pon nak ala-ala kumpulan red. Kebetulan nampak comel pulaknya peplum tu. Warna maroon. Bolehla tu. Bukan selalu nak pakai baju kurung ni. Rasanya baru dua kali pakai semenjak raya ni. 


Bila ada anak perempuan, paling seronok sedondonkan diorang.
Ia mengingatkan kembali kenangan aku bersama adik perempuan aku.
Kami pada waktu kecilnya, semuanya sama. 
Berbeza cuma saiz dan kadang kala warna.
Apabila menginjak dewasa, kami mula hendak yang berbeza. Hehehe.
Tapi sesekali,hingga sekarang. Pasti hendak yang sama jenisnya.


Alfina si adik yang tak banyak kerenah. Buat setakat ini.
Adra pula dah faham bahasa. Senang kerja mama ayah.
Semoga Allah swt memberikan aku dan suami lebih peluang untuk bersama-sama membesarkan amanah-amanah dari Allah swt ini.
Demi tuhan, aku sayang anak-anakku ini.


Untuk mengabadikan sebuah memori, ia ada cerita dibelakangnya.
Haih, susahnya ya nak tangkap gambar sekeluarga. :p

Apa lagi yang mama bebelkan ini. 

Next.

Gambar hari raya Aidiladha baru-baru ini.
Turn kampung aku.

Macam tak percaya je aku mak anak dua. 


Mana ayahnya? Tuuu ada atas beranda memerhatikan kami tangkap gambo. 
Dah kepanasan dia. Memang sejak pagi, terik benar cuaca semasa hari raya aidiladha.

Pergi beraya,dihidangkan air berais batu. Rasanya seperti nak telan satu jug air hahaha.

Nanti kalau rajin, kita update gambar pergi jalan Lost World baru-baru ni.
Kalau rajin lah ya.

Okey, bye.










10 August 2018

Hakeem

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak ceritakan mengenai Hakeem. Hakeem anak sahabatku, kawan satu taska Adra. Hakeem dan Adra membesar bersama. Aku bersama mama Hakeem ditakdirkan bersahabat baik apabila kami selalu bertemu bersama jika ada apa-apa event melibatkan office ayah Adra. Mama Hakeem satu batch dengan ayahnya. Mamanya Hakeem, baik orangnya. Kemana dia pergi, tidak pernah lupa kami anak-beranak. Ada sahaja tanda ingatannya buat kami. 

Semasa aku mengandungkan Adra 3 bulan, Mama Hakeem mengandungkan Hakeem juga waktu itu. Kami selalu berborak bersama-sama mengenai kandungan kami, Share macam-macam cerita. Sehinggalah waktu melahirkan Adra pada Bulan 3, Hakeem pada bulan 5. Kemudian Adra ke taska. Hakeem juga masuk taska yang sama,buat aktiviti bersama. Setiap hari, nama Hakeem akan selalu meniti di bibir anakku Adra. Setiap hari juga,kata papa Hakeem, Adra akan menanti di pintu taska apabila Hakeem datang. Setiap kali pulang pula, aku dan Mamanya akan sampai pada waktu lebih kurang sama. Kami sama satu jalan ke tempat kerja. Bila sampai saja, berlari Adra,Hakeem dan Alfina mengejar kami. 

Tapi kini, tidak lagi. Minggu lepas aku terbayang-bayang kelibat Hakeem di sebalik pintu melompat-lompat bersama Adra. Aku seolah mencari, kelibat bayang yang aku tahu,aku pasti tidak akan ada,tapi aku tercari-cari bayang dia. Bagaimana perasan itu? 

Hakeem, anak kecil itu. Usia 3 tahun 3 bulan, disahkan menghidap kanser Nefroblastoma @  Kanser Wilms @ tumor wilms . Kanser buah pinggang. Kanser yang aku sendiri baru tahu tentangnya. 

Allah. 

Allah swt tidak akan menguji  jika kita tidak mampu menerimanya. 

Setiap kali mamanya khabarkan sebarang berita mengenainya, hati kecil ku pasti akan menangis.
Hati kecil ku pasti akan hiba.
Setiap kali.
Sedang aku menaip ini jua, aku tidak mampu menahan perasaan. Ku terbayang anak-anakku.

Sebelum ini hanya dengar tentang kanser. Kanser itu dan ini. Tetapi kini,ia terjadi pada anak kenalan rapatku sendiri. :(

Selepas dimasukkan ke ward sewaktu sebelum dia disahkan kanser,aku sekeluarga ada melawat Hakeem. Sungguh ceria dia melihat Adra datang. Mereka main bersama. Kubawakan sedikit mainan untuknya. Bermain mereka bersama-sama. Gelak ketawa seperti mereka main di taska.

:)


Gambar ini diambil sewaktu Hakeem kali pertama dimasukkan ke ward
dan belum lagi disahkan menghidap kanser 

Berita ini sebenarnya terlalu pantas,terlalu cepat. Hakeem mula menunjukkan susuk tubuh tidak sihat seingat aku sewaktu seusai Aidilfitri. Fikirku mungkin hanya sakit biasa sepertinya anakku Adra juga yang kadangkala selera makannya turun naik. Rupanya dia kanser. Hakeem telah menjalani pembedahan membuang tumor, serta beberapa organ yang telah dijangkiti kanser itu. :(

Moga sahabatku Ain serta suami tabah dan terus kuat untuk Hakeem. Hakeem anak yang kuat. Melihat Ain dan suaminya Fizie, ya Allah mereka sangat kuat dan tabah. Moga mereka terus kuat dan kuat berjuang bersama-sama Hakeem.

Sabtu lepas,kami ziarahi lagi Hakeem yang kini tinggal di rumah neneknya. Kubawa sekali teacher taska mereka. Teacher Z. Allah, berubah sungguh keadaan fizikal Hakeem. Aku,teacher Z tak dapat menahan sebak sewaktu melihatnya. Kami sama-sama menangis. Sungguh. Beza. Merengek dia tidak selesa. Sakit perut katanya. Sayu hati.

Minggu depan , Hakeem akan menjalani rawatan Chemo pertama. Moga Hakeem terus kuat. Terus sihat dan berjuang melawan kanser itu. InshaAllah.





30

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.

Bulan Mei, ulang tahun kelahiran aku yang ke 30. Bulan Ogos baru publish hahaha. Lambat gila.

Alahai rasa macam tak percaya, umur sudah menginjak ke 30. Ingat kan depannya masih 20 hahaha.


Terima kasih semua yang wish. 

Haritu dak apple buat surprise. Hadiah dalam dashboard. 

Kali ni, aku pun tak tahu bila dia masukkan hadiah dalam dashboard kereta. Pagi tu aku dah sampai office, dak apple wasap bagitahu suruh snap gambar geran kereta,ada urusan katanya. Aku pun okey jelah. Nanti aku tengokkan. Takdelah excited sangat nak turun sebab tak terfikir kan. Tengahari gitu baru turun,sambil mengomel membebel jugaklah aku haha. Geran apa ada dalam dashboard. Rasanya takde geran dalam tu. Aku yang bawa kereta hari-hari takde pulak nampak geran. Takdelah syak apa-apa pun. Masuk kereta, kuterus buka dashboard. Sekali, tadaaaa.

Ada hadiah rupanya.



yayy dapat henpon baru
hihihi.


Balik rumah, sampai je. Tengok ada sepotong cake. Hihi
Sebabkan bulan puasa kan, takdelah beria nak nyambutnya.





Esoknya dapat surprise lagi
tapi bukan dak apple bagi. My bff bagi. 
So sweet lah awak ni hehehe. 

Alhamdulillah. Feeling blessed
Terima kasih Allah swt kerana menghadirkan insan-insan yang sayang pada aku.

Semoga Allah swt memberikan aku kesihatan yang baik, 
dipermudahkan segala urusanku.

Okey, tu jer.




20 June 2018

Adra Alfina

Assalamualaikum. Hai semua, selamat hari raya. Tahun ni kami beraya kat Negeri Sembilan dulu baru raya kat Perak. Entry raya nantilah update. Saje nak update gambar anak-anak je dulu hehehe

Ada anak perempuan dua orang ni, seronok sedondon. Teringat aku dengan adik aku dulu,memang mak selalu sedondonkan kami. Takdelah bergaduh. Sampaila besar sikit, dah taknak dah sama ngan dia hahaha. Nak warna lain kalau boleh tapi design sama boleh tahan lagi.

Rindu pulak.

Sekarang giliran Adra dengan Alfina pula. Adra pon tahu nak baju sama macam adik.  

 Nak snap gambar kena ikut mood. Biasanya kalau pagi-pagi tu mood baik.
Segar dan ceria.
 Eh adik nak buat peace jugakla hehehe macam kakak
 Prop tambahan, jumpa pulak belon kihkih
 Bukan main lagi adik ya.
<3 nbsp="" p="">

Semoga anak-anak mama sihat-sihat selalu, sentiasa berada dibawah lindunganNya.
Walapun kadang-kadang mama garang macam singa, tapi mama sayang sangat awak berdua.

Jadi, 
awak berdua ni nak adik lagi ke tak?????????????????

Tiber. :p

hahahahahahahahahahahahaha tahun depan lah eh. 
Eh tahun lagi satu lah eh keluar adik hahahah


11 June 2018

Iftar Di Le Meridien, Putrajaya

Salam semua. Selamat tengahari. Waktu lunch now, terkebil-kebil pandang pc. Update la satu entry. nanti update entry birthday pulak. Harini 26 ramadhan,kejap je dah nak raya kan. Rasanya baru je 1 hari puasa. Tahun ni boleh kira berapa kali berbuka kat luar. Syiok masak-masak kat rumah, dak apple pun suka makan kat rumah walaupun aku masak simple je tu pun kemaen bertambah-tambah dia makan. Sedap kan i masak. Sebab tu perut u makin buncit. Hahahahahahahahahaha.

Lepastu masak jadi lagi mudah, aku dah blend dan masak siap-siap cili kering, dah basuh segala ikan, ayam,udang. Nak masak senang walaupun nak balik kerja ya Allah jem gila gila lagi teruk dari jem hari biasa. Keluar opis 4.30 sampai taska anak-anak dekat 5.30, sampai rumah dekat 6.30. Ada sekali tu pukul 7 ya sampai. Blur. Nasib dah mintak dak apple belikan kat luar je. 

Last week, dapat jemputan berbuka. Dah orang pelawa, join. Thaks yang jemput. 

Menarik dan banyak sangat pilihan menu kat Le Meridien ni. Semua sedap. Tapi tak mampu le hakak nak merasai semuanya. Banyak jer yang tak rasa, Tank kecil kikikikiki.

Tengok ler gambo sikit. Thanks dak apple jagakan anak-anak semasa mama pergi berbuka hehehehe. 


Buah-buah. Lama tak makan buah salak. Sedap


Seafood banyak. Tapi aku takut nak makan. 
Karang allergic. :p


aku makan udang jerr hehehe



Kuih muih pun banyak sangat 


Dessert apatah lagi 


dan lagi


Dengan choc fountain 


Dah, aku amik ni jer. Lepas solat sambung lagi makan ringan-ringan.
Ada sushi.

Okeylah, tu ajer. Baju raya dah beli. Malam tadi gigih lagi pi Bangi Sentral.
Mujur dak apple melayakan aje i nak pergi cari baju raya hihihi.
Dapatlah kurung radiusite satu. 
Theme kami tahun ni Maroon. Sapa geng?

Sepppppppppppppppppppp

p/s: Tahun ni giliran rumah mertua.