17 May 2018

Aqiqah Alfina Zuhra

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terajin nak update lagi satu entry hihihi. Update pasal Aqiqah Alfina pula. Beberapa minggu lepas kami buat Aqiqah untuk Alfina. Sekali untuk sambut puasa. Buat di rumah mertua Negeri Sembilan. Buat sederhana sahaja, korban 1 ekor kambing dan lauk pauk semua dimasak sendiri secara gotong royong. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat semua ahli keluarga yang membantu kami sebelum , semasa dan selepas majlis tersebut. Sebenarnya ada cerita selepas kenduri tersebut. 

Takpe, up dulu potret keluarga kecil kami.

Adra sedang tidak sihat.
Alfina baru bangun tidur.
Ayah senyum riang.
Mama tidak lupa hendak silang kaki supaya nampak slim.

:P


Adra,Alfina dan sepupu mereka, Hayfa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa hari sebelum kenduri, Adra demam selepas balik taska. Esoknya kami bawa ke klinik. Doc bagi ubat. Kalau masih demam lagi, bawa semula untuk blood test. Hari Khamis, okey. Jumaat demam balik on off. Kejap lemah,kejap aktif, tapi masih nak minum air mineyel dia tu. Pastu dia asyik nak mama atau ayah depan mata dia. Kami bergilir tolong family buat kerja kenduri kendara. Kejap kang nangis,hilang mama nangis, hilang ayah nangis. Dia memang kuat nangis masa demam ni. Sebiji macam mama. 

Pagi kenduri Adra aktif. Tengahari dia mula demam balik. Tak boleh jadi. Memang kena bawa hospital cepat. Siap-siap selepas Zohor, kenduri pun dah reda, kami minta izin semua untuk keluar ke hospital bawa Adra sebab badan dia panas sangat. Alfina kutinggalkan di rumah, mintak mak aku dan keluarga lain tolong tengokkan Alfina. 

Sampai hospital, terus ke ED. Cek suhu, 40. Huwaaa takut. Terus makan pcm syrup. Terus ke zon kuning. Nadi dia laju sangat. 180+. Aku dengar doc cakap redzone. Doc cakap mama bertenang ya. Doc bagi masa Adra bertenang kejap. Dalam 15 minit. Okey nadi turun sikitlah. tapi terus ke yellow zone. Ambik darah, rehat. Suhu turun sikit. Rasanya dalam 4 jam kat situ.  Doc cakap, suhu dan nadi masih lagi on off. Result darah ada infections. Doc suruh duduk kat wad pemerhatian sementara nak tunggu suhu ok. Malam tu masih sama gak demam on off. Masuk air. Esoknya baru tolak ward. 


Kesian dia. 

Alhamdulillah selepas keluar ward, Adra dah sihat.


Siap minta ice cream minggu lepas.

Okeyla sayang, cheat day tau. Hehehe.

Moga anak-anak mama ayah sihat sihat selalu.
Sekali diorang demam, jemmm mama ayah. 
Melepek sagu kata orang Perak.

Sekian, nanti cerita lagi.
Pasal baju raya tau,tau tau.
Hahahaha





No comments: