20 June 2018

Adra Alfina

Assalamualaikum. Hai semua, selamat hari raya. Tahun ni kami beraya kat Negeri Sembilan dulu baru raya kat Perak. Entry raya nantilah update. Saje nak update gambar anak-anak je dulu hehehe

Ada anak perempuan dua orang ni, seronok sedondon. Teringat aku dengan adik aku dulu,memang mak selalu sedondonkan kami. Takdelah bergaduh. Sampaila besar sikit, dah taknak dah sama ngan dia hahaha. Nak warna lain kalau boleh tapi design sama boleh tahan lagi.

Rindu pulak.

Sekarang giliran Adra dengan Alfina pula. Adra pon tahu nak baju sama macam adik.  

 Nak snap gambar kena ikut mood. Biasanya kalau pagi-pagi tu mood baik.
Segar dan ceria.
 Eh adik nak buat peace jugakla hehehe macam kakak
 Prop tambahan, jumpa pulak belon kihkih
 Bukan main lagi adik ya.
<3 nbsp="" p="">

Semoga anak-anak mama sihat-sihat selalu, sentiasa berada dibawah lindunganNya.
Walapun kadang-kadang mama garang macam singa, tapi mama sayang sangat awak berdua.

Jadi, 
awak berdua ni nak adik lagi ke tak?????????????????

Tiber. :p

hahahahahahahahahahahahaha tahun depan lah eh. 
Eh tahun lagi satu lah eh keluar adik hahahah


11 June 2018

Iftar Di Le Meridien, Putrajaya

Salam semua. Selamat tengahari. Waktu lunch now, terkebil-kebil pandang pc. Update la satu entry. nanti update entry birthday pulak. Harini 26 ramadhan,kejap je dah nak raya kan. Rasanya baru je 1 hari puasa. Tahun ni boleh kira berapa kali berbuka kat luar. Syiok masak-masak kat rumah, dak apple pun suka makan kat rumah walaupun aku masak simple je tu pun kemaen bertambah-tambah dia makan. Sedap kan i masak. Sebab tu perut u makin buncit. Hahahahahahahahahaha.

Lepastu masak jadi lagi mudah, aku dah blend dan masak siap-siap cili kering, dah basuh segala ikan, ayam,udang. Nak masak senang walaupun nak balik kerja ya Allah jem gila gila lagi teruk dari jem hari biasa. Keluar opis 4.30 sampai taska anak-anak dekat 5.30, sampai rumah dekat 6.30. Ada sekali tu pukul 7 ya sampai. Blur. Nasib dah mintak dak apple belikan kat luar je. 

Last week, dapat jemputan berbuka. Dah orang pelawa, join. Thaks yang jemput. 

Menarik dan banyak sangat pilihan menu kat Le Meridien ni. Semua sedap. Tapi tak mampu le hakak nak merasai semuanya. Banyak jer yang tak rasa, Tank kecil kikikikiki.

Tengok ler gambo sikit. Thanks dak apple jagakan anak-anak semasa mama pergi berbuka hehehehe. 


Buah-buah. Lama tak makan buah salak. Sedap


Seafood banyak. Tapi aku takut nak makan. 
Karang allergic. :p


aku makan udang jerr hehehe



Kuih muih pun banyak sangat 


Dessert apatah lagi 


dan lagi


Dengan choc fountain 


Dah, aku amik ni jer. Lepas solat sambung lagi makan ringan-ringan.
Ada sushi.

Okeylah, tu ajer. Baju raya dah beli. Malam tadi gigih lagi pi Bangi Sentral.
Mujur dak apple melayakan aje i nak pergi cari baju raya hihihi.
Dapatlah kurung radiusite satu. 
Theme kami tahun ni Maroon. Sapa geng?

Sepppppppppppppppppppp

p/s: Tahun ni giliran rumah mertua.