11 June 2018

Iftar Di Le Meridien, Putrajaya

Salam semua. Selamat tengahari. Waktu lunch now, terkebil-kebil pandang pc. Update la satu entry. nanti update entry birthday pulak. Harini 26 ramadhan,kejap je dah nak raya kan. Rasanya baru je 1 hari puasa. Tahun ni boleh kira berapa kali berbuka kat luar. Syiok masak-masak kat rumah, dak apple pun suka makan kat rumah walaupun aku masak simple je tu pun kemaen bertambah-tambah dia makan. Sedap kan i masak. Sebab tu perut u makin buncit. Hahahahahahahahahaha.

Lepastu masak jadi lagi mudah, aku dah blend dan masak siap-siap cili kering, dah basuh segala ikan, ayam,udang. Nak masak senang walaupun nak balik kerja ya Allah jem gila gila lagi teruk dari jem hari biasa. Keluar opis 4.30 sampai taska anak-anak dekat 5.30, sampai rumah dekat 6.30. Ada sekali tu pukul 7 ya sampai. Blur. Nasib dah mintak dak apple belikan kat luar je. 

Last week, dapat jemputan berbuka. Dah orang pelawa, join. Thaks yang jemput. 

Menarik dan banyak sangat pilihan menu kat Le Meridien ni. Semua sedap. Tapi tak mampu le hakak nak merasai semuanya. Banyak jer yang tak rasa, Tank kecil kikikikiki.

Tengok ler gambo sikit. Thanks dak apple jagakan anak-anak semasa mama pergi berbuka hehehehe. 


Buah-buah. Lama tak makan buah salak. Sedap


Seafood banyak. Tapi aku takut nak makan. 
Karang allergic. :p


aku makan udang jerr hehehe



Kuih muih pun banyak sangat 


Dessert apatah lagi 


dan lagi


Dengan choc fountain 


Dah, aku amik ni jer. Lepas solat sambung lagi makan ringan-ringan.
Ada sushi.

Okeylah, tu ajer. Baju raya dah beli. Malam tadi gigih lagi pi Bangi Sentral.
Mujur dak apple melayakan aje i nak pergi cari baju raya hihihi.
Dapatlah kurung radiusite satu. 
Theme kami tahun ni Maroon. Sapa geng?

Sepppppppppppppppppppp

p/s: Tahun ni giliran rumah mertua. 







No comments: