28 August 2018

Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan hai semua. 

Punya lah lama dah raya puasa,baru nak update gambo raya anak-anak. Tahun ni kami sekeluarga tema maroon. Bila anak sulung dah pandai nak request warna apa. Apaknya plan nak warna biru. Adra cakap biru tak cantiklah ayah, Adra nak red. Mama pon nak ala-ala kumpulan red. Kebetulan nampak comel pulaknya peplum tu. Warna maroon. Bolehla tu. Bukan selalu nak pakai baju kurung ni. Rasanya baru dua kali pakai semenjak raya ni. 


Bila ada anak perempuan, paling seronok sedondonkan diorang.
Ia mengingatkan kembali kenangan aku bersama adik perempuan aku.
Kami pada waktu kecilnya, semuanya sama. 
Berbeza cuma saiz dan kadang kala warna.
Apabila menginjak dewasa, kami mula hendak yang berbeza. Hehehe.
Tapi sesekali,hingga sekarang. Pasti hendak yang sama jenisnya.


Alfina si adik yang tak banyak kerenah. Buat setakat ini.
Adra pula dah faham bahasa. Senang kerja mama ayah.
Semoga Allah swt memberikan aku dan suami lebih peluang untuk bersama-sama membesarkan amanah-amanah dari Allah swt ini.
Demi tuhan, aku sayang anak-anakku ini.


Untuk mengabadikan sebuah memori, ia ada cerita dibelakangnya.
Haih, susahnya ya nak tangkap gambar sekeluarga. :p

Apa lagi yang mama bebelkan ini. 

Next.

Gambar hari raya Aidiladha baru-baru ini.
Turn kampung aku.

Macam tak percaya je aku mak anak dua. 


Mana ayahnya? Tuuu ada atas beranda memerhatikan kami tangkap gambo. 
Dah kepanasan dia. Memang sejak pagi, terik benar cuaca semasa hari raya aidiladha.

Pergi beraya,dihidangkan air berais batu. Rasanya seperti nak telan satu jug air hahaha.

Nanti kalau rajin, kita update gambar pergi jalan Lost World baru-baru ni.
Kalau rajin lah ya.

Okey, bye.










4 comments:

Sunah Sakura said...

sekejap je masa berlalu kan...agaknya kalo akak ada anak dua gak, mesti sama umur dengan anak eka..hahaha

Inani Hazwani said...

Wahh kak sekali kan terus entry Raya tahun ni. Hahha! Selamat Hari Raya Aidiladha. Dah besar dua beradik tu, comel 😍

Cik Puan Eka said...

kak sunah. Ika doakan semoga akak dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Amin Amin

Cik Puan Eka said...

nani hehe tulah punya pemalas kan hahaha siap gabung entry raya