11 October 2018

Jalan-Jalan Ipoh #GunungLang

Assalamualaikum dan hai. Beberapa bulan lepas kami sekeluarga jalan-jalan ke Ipoh,Perak. Aku ni nama je orang Perak tapi negeri sendiri pon belum habis diterokai.

Hihi.

Menarik jugak Ipoh. Dulu masa kerja kat opis lama, Ipoh adalah tempat berkursus,bermesyuarat. 

Rancangannya, kami akan ke Tambun . Lost World Of Tambun (LWOT). Adra sebenarnya yang beria ajak nak ke Tambun gara-gara tengok Yusof anak Hanis Zalikha dengan Arrian anak Tomok ke sana. Dia memang excited sangat. Jadi awal tahun haritu apaknya beli tiket dekat Matta Fair. Maka ke sana lah kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam. Pertama kali jejak LWOT tu.

Hari pertama di Ipoh, kami menginap kat Hotel disekitar Sunway Ipoh. Dekat je dengan Lost World tu. Cadangannya ingatkan kami nak masuk Lost World hari kami sampai di Ipoh tu. Tapi tukar plan. Hari pertama tu kami jalan-jalan disekitar Ipoh. Destinasi pertama kami petang itu adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang,Ipoh. Pertama kali aku jejak sini. Tempatnya menarik bagi yang sukakan taman, sukakan kehijauan especially apaknya dari zaman bercinta lagi dia suka betul pergi taman. Tenang katanya. Sekarang anak-anak pun dah mengikut suka jalan-jalan taman. Berlari-lari bebas, gelak ketawa riang.  Berbalik ke Gunung Lang tu, nak ke taman seberang tu, kena naik boat bayar RM 3.00 untuk dewasa, RM 1.50 untuk kanak-kanak atas 3 tahun.

Lepastu boleh la jenjalan kat taman tu. Nanti boat ada je dalam 15 minit sekali datang untuk kita balik ke Jeti.

View menarik. Tapi takdelah besar mana. Jom tengok gambar.

 Kakak seronok nak naik boat


Ni kat jeti.
Ada air terjun buatan kat situ.
Port terbaik nak ambik gambo hehehehe


Boat bawa penumpang untuk ke taman seberang sana. 


Tak jauh pon taman seberang tu.
Naik boat dalam 10 minit sampai dah kesana.
Gunung Lang, Ipoh
Kalau nak tahu serba sedikit sejarah Gunung Lang ni,
boleh KLIK SINI untuk baca.


Sampai dah. Kat dalam taman tu boleh sewa basikal.
Ada menara tinjau, ada mini zoo.
Paling aku suka, dia ada rumah-rumah lama Perak.



Cantik kan.
Aku suka rumah kampung yang begini.
Rasa tenang, rasa macam best sangat.
Petang-petang duduk kat beranda tu minum kopi panas, Makan lempeng pulak.
Bestnyaaa. Berangan kejap hehehe


Ini pun cantik jugak, lagi-lagi part dapur dia yang open tu.

bawah rumah siap ada tempayan


 Sampai terpejam biji mata mama hahahahaha
sabo jela apaknya kalau nangkap gambo.


Sayang menyayang sampai bila-bila okey anak-anak mama ayah.
:)


Tengok ayam.
Anak-anak memang suka sangat tengok haiwan.
Sampai tak nak balik sebab nak tengok ayam je hehehe
Dua beradik kesayangan 




:)


:)

Balik dari Tasik. 
Lapo ler pulak. Ke Bando Ipoh cari makan.
Kebetulan masa tu hujan gerimis, jadi tak bolehlah makan kat tempat yang open.
Google google jumpa la MIKER FOOD.


MIKER FOOD dekat dengan padang ipoh.
Signature mereka tomyam nyor dan chik pizza


Memang sedap tomyam dia secukup rasa
Semua sedap.
Portion je kecik sikit ye. 
Satu portion makan sorang.

Tapi secara keseluruhannya semua sedap. 
Kedai pon senang cari.
Selesa, owner,staff semua baik dan ramah tamah.

Okey tu je. Next LWOT ya.







1 comment:

wahida said...

cantik2 gambar u sis...clear...

i dah pernah sampai sini, mmg best, anak2 pun suka...tapi sayang air terjun tu dia tak pasang all the time kan...ada waktu2 tertentu je dia pasang...pukul 11 dan pukul 1 je kalau tak silap...