17 December 2018

Teaser @ Pullman Lakeside Putrajaya

Assalamualaikum dan hai.

Acara tahunan kami, berjalan hujung tahun. Dokek-dokek je tahun ni. Itu pun last minute booking. Apaknya lama bebeno mikio nak kat KL ke Putrajaya je. Kalau aku, memang nak Putrajaya je sebab dekat.

Up dulu sekeping dua tiga gambo.

Next kalau rajin aku update entry ye hehehe.


Pool Lakeside view


Cantik


View dari bilik kitorang. Dapat Lotus Wing


Sekian, tunggu i rajin ye haha.
Dah rajin baru update.

Seronok stay kat Pullman ni. View cantik, bilik cantik,staff friendly.
Anak-anak happy, mak pak extra happy.





12 December 2018

Kursus @ Felda Residence Hotspring Sungkai

Assalamualaikum dan hai. Dah bulan Disember dah kita kan. Kejap je masa berlalu. Boleh bilang dengan jari jemari debabku berapa kali je update tahun ni. Makin hari makin malas. Update ig story, update status wasap je ye banyak.

Kali ni cerita pasal kerja pulak. Ini merupakan kursus luar bermalam pertama buat aku sepanjang Alfina dah 1y9m ni. Kebetulan pulak ayahnya kursus juga dekat-dekat ngan area taska diorang. Memang sedang elok la,ayahnya pon izinkan. Memandangkan Alfina pon dah besar,senang dijaga. Ayah cakap takpe, ayah jaga. Thanks sayang. :)

Kursus 3 hari 2 malam di Sungkai. Rasa macam balik kampong je sebab rumah parent aku kan dekat-dekat je dengan Sungkai tu. Tapi tak dan nak jumpa family sebab jadual pack. 

Pergi sampai 2 bas, sesekali keluar jauh sikit seronok pulak kan. Geng-geng satu group pon ramai join, lagi seronok. 

Felda Residence Hotspring ni ada sekali taman rekreasi air panas atau dikenali sebagai TRAP (Taman Rekreasi Air Panas Sg Klah),siap ada hotel, villa kat dalam tu ataupun boleh je sewa homestay area felda sg klah tu. Seronok gile berendam kat kolam air panas dia.
Rasa fresh. Hihi.

Masa pembahagian bilik, aku and the gang dapat bilik jauh sebab bilik hotel tak cukup. Kami ramai dalam 60 orang. Jadi, kami dapat Villa. Nak ke dewan dan padang kena naik bas office. Bas akan ambil hantar kami. Mula-mula rasa macam frust sebab jauh dari dewan bagai, tapi bila sampai je villa. Fuhhhh, tak jadi frust hahaha sebab villa cantik, siap ada jacuzzi.
TQ Urusetia hehe


Luar Villa. Dalam ni ada 3 bilik,3 bilik air. Sebiji jacuzzi.
Kalau pergi dengan family boleh sewa villa ni.
Unlimited entry nak masuk dalam taman air panas tu. 
Berendam sampai puas. Hehe. 
Next time boleh la bawa family ramai-ramai. 
Kalau tengok harga dia rasanya dalam 700 ++ semalam ikut jenis villa berapa bilik kita nak.
Boleh la try tengok dekat website booking ke traveloka.


Ruang tamu dalam villa. Kami duduk dalam ni 6 orang.
Kelengkapan semua ada.
Selesa. Tapi kitorang banyak masa kat luar. Balik kejap kejap je.
Malam selepas aktiviti balik tido. 


Ruangan dapur.

Eh kelihatan bag pam aku hihi.
Masa mula-mula nak pergi kursus, risau ada ke peti ais.
Alhamdulillah ada peti ais. 
Untuk pengetahuan aku masih susukan Alfina.
Masih mengepam setiap hari. 
Walaupun takdela banyak mana susu tapi,
 Alhamdulillah cukup untuk Alfina. 
Turun naik breasfeeding tu biasa.
Bukan senang untuk sampai sejauh ni.
Susu kita tak perlu banyak tapi perlu cukup.
Alfina 1y9m bulan ni. 


Ruangan dapur 


Room nombor tiga. Share bilik ngan auntie sima adra panggil hihihi.


Ni jacuzzi dia. Buka sliding door,taraaa boleh berendam
Kalau nak panas, boleh call staff nanti dia akan panaskan siap-siap.
Kalau nak air sejuk biasa, boleh control sendiri ada button kat dinding.


Kursus hari kedua. Outdoor.
Memang banyak outdoor. Suka hehe sebab dapat memanaskan badan kat luar.
Dah lama rasa tak aktif. 



Petang hari kedua tu, kelas habis awal. Kami pergi la mandi kat dalam kolam mata air gunung ni. Sejukk. Best hehe
Best pulak aku and the gang main slide tu. Hihi rasa macam kanak-kanak kembali.
Siap entah berapa kali ulang alik turun naik slide. 
Masa tu orang tak ramai. Sebab dah nak tutup. Apa lagi. 
Pulunnnnnnn hahahaha. 


Ni sama jugak kat kawasan kolam mata air gunung.
Kawasan ni untuk dewasa. 
Kawasan air panas aku tak tangkap gambar sebab tak bawak hp.
Ni pon snap masa hari last hehehe

Tiket masuk dalam ni rasanya dewasa RM 15.00


Hari ketiga sebelum balik tu, pihak hotel ada buat aktiviti treasure hunt.
Aktiviti tu dibuat sekitar taman kolam air panas. 
Ada macam-macam task, antaranya task yang ni kena rebus telur hard boiled.
Nak dapatkan telur tu pun ada task jugak hahaha. 
Task dia kena rendam kaki semua ahli dalam kolam air panas sebelah kolam rebus telur tu yang suhu dia 42 c. Panas uii haha. 
Tapi ada seorang pakcik kat situ bagitahu dont worry. Rendam je kaki terus pijak batu. 
Enjoy the natural hot water.  
Memula semua macam takut menggelupur nak letak kaki. Bila letak terus eh betul la pakcik tu cakap.
Dah rendam kaki, terus siapkan task berikutnya.
Rebus telur kat situ. Suhu dia aku lupa
Masa kira-kira 7 minit untuk complete hard boiled


Gigih merebus hehe. Panas gila ayor dia tu. 
Menggelegak wei. Suhu dia dalam 92 darjah ke atas.
Bayangkan panas dia tu. Mengelegak.



Tapi memang sedap. Tak hanyir telur dia.
Dapat telur 3 suku tu, Taruk kicap, lada. Perghhhhhhhh.
Memang sedap. 

Tu aktiviti penutup tu. Petang tu selepas lunch, balik la semua menuju ke KL.
Dalam bas semua diam je. Kepenatan haha tidur semua. 
Tak sabor rasa nak jumpa anak-anak dan suami.

Alhamdulillah anak-anak baik-baik aje di bawah jagaan ayah diorang.


Kesayangan mama ayah
Adra dan Alfina

Next, pergi MAHA. Alfina kena hfmd.
:(