19 June 2019

Selamat Hari Raya 2019

Assalamualaikum semua.
Harini dah 13 Syawal, Sekejap je masa berlalu kan. Tahun ni turn aku pulak beraya di Perak. Senang dah siap-siap tetapkan giliran, takde nak berbalah giliran sapa tahun ni,sapa tahun depan. Tema tahun ni baby blue. Lagipun sepanjang 6 tahun ni takde lagi warna biru-biru gitu.

Balik kampung sehari sebelum raya. Tahun ni adik-adik semua giliran rumah mertua. Tinggal la kami je sekeluarga dengan mak abah.

Pagi raya ke rumah nenek aku. Kumpul semua di sana. Kemudian ke rumah opah aku yang jaraknya sebelah kampung nenek aku je. Tapi negeri lain. Selangor. Senang kampong mak abah dekat-dekat.

Pagi raya adoi hangen je dengan anak-anak. Rasanya semua mak pak mengalami masalah susah nak bergambar di pagi raya dengan anak-anak. Hahahaha jenuh weh berpeluh-peluh rasa nak tunggu mood diorang okey.

Yang kecik tu adui nak berdokong je kejenye. 
Tak larat mama, bukannye ringan. 



Si kakak Adra marah mama bergambar ngan ayahnya berdua hahahahahahahaha
Dia kata nape tangkap gambar berdua ngan ayah.
Ayah tu sayang Adra 

hahahahaha lawakla dia ni.
Tak boleh usik ayah dia tu


Riang la dapat duit raya.
Tanya dia dapat duit raya ni nak beli apa kakak?

Laju je jawab nak beli DAPUR MAINAN IKEA.

Diulangi DAPUR MAINAN IKEA



Hahahaha

alahai anak kalau rega berpuluh tu takpala.
Ni RM 300.00++ untuk dapur mainan tu
Tunggula ayah dapat seru nak belikan.


Dah petang baru mood baik sikit. 

Raya kedua masih berjalan-jalan sekitar kampung aku. 

Raya ketiga balik ke Nogori, lajak ke Port Dickson melawat sedara mara belah dak apple.


Siap tertidur la anak nombor dua tu. 
Tapi wajib Mama nak ohohtidi hahahaha

Sempat la kami ke beberapa buah rumah dah terus ke Pantai Cahaya. 

Sampai je kat sana,anak-anak amboi kemain suko laie nak main laut.
Cuaca pun cantik, lagi la suka.


Happy sungguh. Konon nak celup kaki je mama
Takde makna celup kaki. Basah habis.
Baju mandi lupa bawa pulak. 



Seronok ye kakak,senyum lebor dia dapat cecah kaki kat air laut tu. 
Sampai taknak naik. Nak main air lagi. 


Adik beradik. 
Mama ayah sayang awak berdua. 

Sambil main-main air tu, ada seseorang memandang aku dan memandang dak Apple.

Sekali, lahhhhhhh sepupu dak apple
Memang dia bisnes boat kat sana. Terus diajaknya kami naik boat round sekitar sana.


Memang seronokla hehe anak-anak dapat naik boat laju.
Gayat gila. Hihi tapi budak berdua ni tak reti takut langsung la hai. 
Lagi suka adalah bila boat tu sesekali macam melambung dek ombak.

Sekian, itu sahaja cerita raya kami.

Selamat hari raya untuk semua pembaca blog puan eka.

tatatatatata





15 May 2019

Resepi Kuih Ketayap Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Korang suka makan ketayap? Ketayap adalah salah satu kuih fav aku. Kalau kat kampung, ketayap maktam paling sedap sekali. Menjadi igauan betul ketayap dia tu. Tahun lepas aku ada buat jugak, tapi bukan resepi maktam. Sekali buat alahai tak menjadi. Dengan gemoknya ketayap aku tu, bancuhan dia pekat mungkin. Kali ini aku nak buat jugak sampai jadi. Kalau beli kadang-kadang alahai intinya sikit sangat, Buat sendiri, banyak boleh letak.

Jadi semalam cubalah buat. Gigih pagi-pagi dah call maktam nak tanya resepi.

Senang sangat rupanya.

Resepi kuih ketayap  

Bancuhan ini biasanya dapat 10 biji kuih ketayap.
Guna kuali non sticky ya 

Untuk kulitnya. 

1 cawan tepung gandum 
2 cawan air. 
Dua helai daun pandan
secubit garam
1 biji telor
sedikit pewarna hijau (kalau suka)

Mula-mula blend dua cawan air dengan daun pandan. Tapiskan. 
Kemudian kisar semula semua bahan tadi. 
Air pandan,tepung,secubit garam,pewarna hijau dan sebiji telor. 
Tak perlu lama sangat, asalkan dia sebati dah cukup.

Untuk Inti

1 biji kelapa parut
sedikit air
dua ketul gula melaka
sesudu tepung gandum
garam secubit

Masukkan semua bahan atas kuali. 
Kacau sehingga sebati dan masak sehingga tekstur inti jadi lembab dan sticky.
Jika ingin lebih lembab, masukkan lagi air mengikut kepada citarasa anda. 

Panaskan kuali. Sediakan semangkuk minyak berserta simpulan daun pandan.
Bila minyak dah panas, sapukan minyak sedikit di atas kuali, mulakan menuang aduan tadi. 
goyang-goyangkan kuali agar adunan memenuhi permukaan kuali. 
tunggu sampai masak. Bila dah masak, keliling adunan tu macam melengkuk sikit nampaknya.

Kemudian, letak inti dan gulung. 
Siap tu je 


Siap sedia nak menggulung


Semalam tu dapatla 10 ketui. 


Model ketayap.
Eiii tak poseeeee hehehehehe

Selamat mencuba.

Tata









08 May 2019

Bilik #adraalfina

Assalamualaikum dan hai semua.

Korang sahur apa harini? Aku terjaga awal subuh tadi, masak sambal telur, ulam timun cicah budu. Fav tuu rasa nak tambah banyak kali hahahaha. Biasanya sahur dan berbuka aku akan masak lain-lain. Walaupun satu jenis lauk. Dah terbiasa sebab mak aku pun macamtu. Jadi terikut.

Dah beberapa bulan duduk rumah baru, Alhamdulillah semua okey dan berjalan lancar setakat ni. Tapi masih dalam proses kemas sana sini sikit, drill sana sini. Ni pun baru je selesai part bilik air, bilik master 1,master 2 (bilik anak-anak) dan bilik tamu. Senang family dua-dua belah datang nanti kan.

Bilik Adraalfina ni hasil kreativiti mama ayah dia. Nak tidur bilik sendiri dah diorang sekarang. Seronok kot bilik dah cantik, tidur pon rasa semangat gamaknya.

Bilik dia takde tema khusus tapi langsir dia amboi kemain nak frozen. Kebetulan masa tempah langsir rumah haritu, ada pulak langsir fozen yang cantik ni. Mama ayah dia pun apa lagi, lagi excited dari anak-anak nak langsir ni haha.



Si Kakak nak frozen
Si adik nak hello kitty.

Jadi dua minat berbeza, cadar pon berbeza. 



Lepas main, mohon tolong kemas sendiri. 
Dah lama berkenan ikea trofast tu sebab senang dah main letak dalam tu. 
Jenis tarik ha simpan. Berkenan design macam tangga tapi tula tak muat pulak sebab macam besar. 
Akhirnya beli je yang single camni pon cantik kan. 
TQ ayahnya rajin melayan permintaan mama eh permintaan anak
Hehe.


Okey tu je, tatatititutu
selamat berpuasa uolsss.


06 May 2019

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah swt.

Subuh tadi masak biashe-biashe je. Apaknya senang je, apa kita makan, dia makan. 

Selit pasal baju raya la, boleh? :p

Baju raya awal-awal dah beli sebab pre order kan. Nak sedondon dengan anak-anak perempuanku hihihihihihihihi. Apaknya punya baju je kena cari senada dengan warna baju kami. 


Psttt, nak masak apa eh berbuka hari ini.
Rasa macam nak masak macam-macam tapi haraplah cepat sampai rumah.
Pagi tadi punya la jem kat highway, lewat juga sampai opis huhuhu.

tatatata

bye.






01 April 2019

Dinner Me'nate Steak House Bangi

Assalamualaikum dan hai.

Ni cerita awal bulan 3, baru update. :p malas kan sekarang nak update, aku jadi silent reader je. Tapi sesekali tu terasa jugak nak up entry baru kat blog. 

Apaknya la tiba-tiba terkenang, tak pernah makan Me'nate. Selalu lalu tapi tak pernah singgah. Jom. 


Gambar Google

Aku yang sedang mood berdiet ni pon , alahai pantang diajak. Jom aje lah hahahaha. Takut jugak nak masuk, dibantainya harga mahal kang camne? hahaha Gitu ketakutan sebelum makan. 

Masuk, ambik tempat. Waiter datang. Untuk daging, ayam, ikan kena ke kaunter yang ada peti ais. Jangan risau setiap daging ada harganya sekali masak la tu.

Apaknya order steak. Aku order chicken grill, untuk anak-anak aku ambilkan set kids meal. Spaghetti Carbonara free air. 

Tak lama dah pilih-pilih, sekejap je sampai order. 


Adra cakap sedap spaghetti ni. 
Dia memang gemar carbonara.
Tapi memang sedap. Murah pon murah 

Harga RM 10.00 satu set.


Yang ni apak punya. 
Feed Grass meat kot apa tah namanya.
Mula-mula dia ambil medium rare pastu dia pegi suruh staff 
jadikan daging tu medium well . Tak lalu la tu hahaha. 
Harga RM 50++ 
Untuk set steak, air free flow tau.
Pegi je tekan kat sudut hujung kedai.
Macam-macam ado. 

Juicy. Aku tak suka sangat daging2 ni tapi dah rasa okey la not bad.


aku punya Chicken Grill.
RM 19.00++ tapi takde air.

Chic grill ni aku rasa biasa-biasa je.
Kurang menepati selera aku. 
Kalau datang lagi, aku akan order kids menu je kot hihihihihi.

Okey tu aje review kali ni

Kite bagi 3.5 / 5

Thankyouuuuuuuuuuu



19 March 2019

Adra Turns 4 & Alfina Turns 2

Assalamualaikum dan hai semua. Alhamdulillah beberapa minggu lepas genap umur Adra 4 tahun, umur Alfina 2 tahun. Birthday mereka selang 2 hari dalam bulan yang sama. :p

Sambut kecil-kecilan aje di taska anak-anak. Aku goreng bihun, ada buah tembikai dan jugak kek.


Kek tempah dengan bff aku. 
Vanilla dan choc.
Kemain dua-dua pandai nak kek apa.
Adra kalau ditanya harusla kek frozen.
Yang Alfina bila ditanya kek Neyyyyy - merujuk kepada poney 
Hahahaha



Kepada anak-anak mama, 
Adra Safiyya dan Alfina Zuhra
Mama ayah doakan awak berdua moga jadi anak -anak yang solehah.
Amin



04 March 2019

Home Sweet Home

Assalamualaikum dan selamat petang uols.

Alhamdulillah. Awalan tahun yang manis. Setelah beberapa ketika, kami dapat memegang kunci rumah sendiri. Tidaklah besar mana tapi Alhamdulillah selesa apa adanya nanti. Baru je pindah hari Sabtu lepas. Itu pon selepas buat sedikit renovation, pasang grill, lampu kipas bagai.

Teringat kenangan booking rumah tu masa aku sarat mengandung Alfina. Dah 8 bulan rasanya masa tu. Kemudian sign snp masa dalam pantang. Tunggu punya tunggu, 2019 siap serah kunci. Rumah baru kan, perkara biasa ada defect sikit sana- sini. Tapi maleh la aku nak cerita pasal benda-benda tu. Haha. baik cerita benda lain.

Masa ambil kunci, bukan main excited lagi budak berdua tu.


Adra tanya, ma kita kena pindah rumah baru ke?
Adra nak bilik frozen.

Gitchuuuu permintan anak daro den yo.


Alfina pulak suka air. Dia tak habis-habis nak terjun dalam air.
Mama tak bagi mandi dulu hihi.

Hari pindah masuk, nervous juga rasanya nak mulakan hidup yang baru di rumah baru.
Alhamdulillah semua berjalan lancar dari part lori sampailah ke rumah baru. 
Ada jiran-jiran datang bantu angkat barang, 
Abang ipar dan biras pun datang sekeluarga ke rumah kami bantu proses pindah.
Terima kasih semua. Sedih sangat nak berpisah dengan jiran-jiran yang baik.

Sebut pasal rumah, kompem la mesti nak mendeco kan.
Aku pon baru nak mula deco-deco.
Masuk kelab deco itu ini, kelab deco ikea lah.
Saje cuci mata. Aku berkenan sungguh dengan tema scandinavian 
sebab simple tapi sejuk mata memandang.
Lebih kepada tema white,ada hijau-hijau sikit. Wood sikit. 

Sempat kemas meja makan je. Simple.
Berkenan cassa eames chair. 


Survey , add to chart, dah nak masuk rumah baru beli.
Geram hahaha. Meja tu memang dah lama beli. Dari rumah lama. 
Melltorp. Tahan sungguh. 


Lepastu kemas-kemas kitchen kabinet. 
Letak pokok daun seketul. Pokok epipremnum.
Pokok-pokok ni husband yang suka beli. Aku dulu tak suka sangat.
Tapi bila dah tengok lama-lama rasa macam menariknya letak pokok dekat sinki.
Berseri gitu disamping jadi penyaman udara semula jadi. 

Tu jelah yang sempat dikemas. Next time kita share lagi.

Banyak gila barang perlu dikemas. Dah sakit-sakit tangan dibuatnya 
Nak cuti, sayang cuti. Kerja jugakla. 

Okey korang. Bye.

11 February 2019

Lunch di KFRY URBAN KOREA IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan hai korang.

Lama dah rasa tak review food. Aku masih aktif lagi ye review tapi di IG dan wassap story hahahaha. Tapi kali ni nak buat kat blog sebab boleh membebel banyak. Untuk sesiapa nak buat paid review boleh emel aku ya di ekaseven@ymail.com. Harga masih berpatutan. Iklan sikit :P

Makan Kfry ni beberapa minggu lepas. Itupun selepas beberapa kali asyik tertunda. Kali ni aku makan dengan kawan-kawan office. Next nak bawa dak apple dengan anak-anak pulak. Dak apple dari tahun lepas nak makan kfry tapi tula benda tengah viral ni nak masuk restoran pun susah, dengan beraturnya,menunggu lamanya nak masuk. Sekarang dah banyak sangat improve dari segi sistem nombor giliran, tak payah tunggu lama. Booking boleh melalui call dan PM di Facebook jer. 

Lunch ni hari Jumaat. Rehat panjang, disebabkan semua malas nak drive, kita naik grab je. Kita ke KFRY URBAN KOREA IOI CITY MALL PUTRAJAYA Dekat je dari opis kitorang ioi putrajaya ni. Laluan aku pergi balik kerja. Sehari sebelum pergi kawan aku dah book di FB. 

Sampai-sampai je terus masuk. Staff sangat friendly, masuk duduk, ada la dalam 15 minit terus order satu satu sampai. 

Kami Order 

1. Nyangpa Blossom @ Onion 
2. Mango Bingsoo
3. Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom
4. Spaghetti Ramyeon 
5. Anchovies Tuna Rice Ball

Cukupla 5 menu berlima orang makan. Untuk drink, dapat sky juice with lemon slice free je. Boleh refill bila-bila korang nak. Tak teringin nak minum air fancy fancy sebab bila makan pedas-pedas gitu ayo sejuk aje sedappp ye dakkk kome. Haha ateee terkeluor loghat perak aye. 

Mari kita melihat menu-menu yang telah diorder. 


MANGO BINGSOO
RM 26.90

Besar. Kalau datang beramai-ramai, baru boleh habis sebab ye beso.
Sedappppp. Mangga dia manis sangat.
Mango + milk Ice + Ice cream vanilla
Perfect.


Dia ada banyak variasi bingsoo. 
Ada watermelon, melon
Yang mini, kecik sikit ada strawberry,oreo,green tea


Tuan tanah harus nak bergambo dengan bingsoo ni.
Manis macam i kahkahkahkah :p
Disebabkan menu tu sampai dulu, kami makan bingsoo tu sambil-sambil tunggu menu seterusnya.


NYANGPA BLOSSOM
RM 14.90

Ini adalah bawang holland yang telah digubah menjadi satu kelopak bunga yang cantik
Sedap,rangup. Dip dengan sos apa tah tu warna putih tu sedap.
Sour cream kot. 


ANCHOVIES TUNA RICE BALL
RM 20.90

Ini paling sedap. Paling aku suka. 
Aku ni kurang suka seaweed tapi yang ni bila dah digumpal-gumpal alamak sedap la pulak.
Rasa meletus-letus di dalam mulut.
Ikan bilis rangup, bawang goreng sedap, flying fish roe @ tobiko tu.
Meleleh air liur. :p


Tadaaa, setelah dibulat-bulatkan.
Untuk ia menjadi bulat bulat seperti ini,
Staff dia akan datang ke meja untuk bulat-bulatkan rice ball tu.


SPAGHETTI RAMYEON 
RM 15.90

Yang ni bagi aku biasyer-biasyer je. 
Mee dia tu ramyeon, digaulkan dengan kuah spaghetti
Kalau ikutkan ini kids fav. Kids mesti suka ni. 



CHEESY BUMBUK SPICY YANGNYEOM
RM 51.90

Amboi nama dia berbelit nak sebut yangyom tu :p
Yang ini la Hero ataupun best seller dekat KFRY
Tak bermakna kalau makan kfry tak makan benda ni :P 
Hahaha gurau jer. 
Tapi sedap. Portion dia besar yang ni.
Kami bahagi dua ayam ni, satu bahagian salut cheese,satu bahagian tak.


Setelah siap disalut dengan cheese.
Ralit perhati adik manis salut cheese ni.

Total kami makan pada hari tersebut 
RM 151.40 untuk 5 menu.

Okey itu sahaja pengalaman makan di KFRY URBAN KOREA
Korang boleh ke mana-mana cawangan KFRY yang terdekat dengan korang. 
Sekarang ni banyak dah branch dia 

KFRY OU 
KFRY HOLIDAY VILLA JB
KFRY SURIA KLCC
KFRY OLD STREET BATU PAHAT

Sekarang ni dekat ioi putrajaya tu kurang sikit sesaknya sebab dah banyak bukak kan 
Ku terpaksa cheatday pada hari kejadian.
Mood diet tengah on sekarang hehehe
Doakan aku dapat berat ideal

Sekian, terima kasih. 




07 February 2019

Tak Sangka Mudahnya Memborong Di China


Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

Kita ada sesuatu yang menarik sangat nak share hari ni. Sebelum tu, kita nak tanya, pernah tak terfikir untuk shopping di China tanpa perlu pergi ke China?

Alaaa….shopping online ala-ala kat Shopee tuuuuu…..


Tapi ni bukan Shopee tau, ni shopping kat website China terus!
Sebab apa yang best ni shopping kat website China terus ni? Selamat ke? Sampai ke barangnya? Harga murah sangat ke?


Haa…post ni akan menjawab semua soalan tu tau. Post ni sesuai untuk sesiapa yang suka membeli online nak dapatkan sumber yang pelbagai dan murah. Paling sesuaiiiiiii untuk sesiapa yang sedang berniaga dan sedang mencari-cari lubuk untuk dapatkan produk dgn harga kos lebih rendah dari ambil di Malaysia!


Percaya tak, memborong di China tak perlu lagi memborong sampai 500 - 1000pcs?
Nak membeli 1 unit pun boleh.
Beli 3-5 unit dan layak dapat harga borong seolah-olah kita order 100 pcs






Cuba tengok screenshot kat atas. Kita beli 1 unit, 3 unit. Stokin kita beli banyak sikit sebab sepasang tu dalam RM singgit lebih jerr…. hehe… beg sekolah Roblox tu trend budak-budak sekarang…market price dalam RM70-80 sebuah beg. Harga dari China 57 Yuan sahaja! Nak tahu harga Malaysia? Bahagi dengan 1.55 dapat harga dalam Ringgit Malaysia :)

Tak perlu beli banyak! Ada order dari customer, baru kita order di web China tersebut dan pos terus ke alamat customer. Piece of cake! Kita buat dropship terus….tak payah sibuk nak packing parcel lagi dah. Mudah kan?


Ada barang apa lagi?

Search je apa-apa pun insyaAllah ada kat Land of China yang besar tu… pelbagai jenis kualiti dan harga ada.

Ni contoh barang2 lain yang ada






Pokok pisang viral pun ada tau!

Barang2 Nordic pun ada. Search je.

Lepas dah pandai search, nak urus shipping macam mana pulak?

Ha, yang ini kita cuma guna satu apps khas utk create shipment, bayar shipment dan kita juga boleh check tracking perjalanan barang tu. Jadi takde la kita risau barang tu tkde khabar berita kan?Kalau customer tanya pun tak pening kita nak jawab. Ni contoh screenshot kat bahagian shipment.

Klik je VIEW untuk kita tengok barang kita di mana, kalau dah arrived Port, kita boleh tengok barang sedang di proses di kastam. Mudah sangat. Lagi, best, tak ada apa-apa caj @ tax lagi yang perlu di bayar untuk keluarkan barang kita tu!


M U D A H   S A N G A T  K A N ?


Nak belajar tak cara borong di China ni?

Boleh contact KakMunn di Whatsapp 017-2137897

Bukan setakat cara memborong, kita bagi sekali :
1) Katalog id/link supplier yang trusted..tak perlu susah2 nak search lagi
2) Panduan asas berniaga di Shopee A to Z
3) Ada support group di FB, Whatsapp dan telegram. Ketiga2nya aktif menjawab soalan. Jadi tak perlu risau kalau blur dan terkapai-kapai.


Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”.

ini antara contoh feedback dari customer. 



Berminat? 

Boleh contact KakMunn di Whatsapp 017-2137897

Thanks








Cameron Highland

Assalamualaikum dan hai.

Baru-baru ni aku dan bff ke Cameron Highland. Saja buat vacation bersama bff , suami serta anak-anak masing-masing. 

Tu nanti la rajin aku cerita lebih lanjut. Hehehe. Stay dekat Kea Garden Guest House. Cantik tempatnya. Tenang dan menarik. Dekat dengan pasar Kea Farm tu. Parking pon ada kat bawah. Senang.

Letak la dua tiga keping gambo pengenalan ye dak hehehe.


Cantik kan. Penuh Bunga.


masuk je alahai tenangnyaaaa 


Tunggu next entry ya. tatata

18 January 2019

#Dapurateqahberasap

Assalamualaikum dan hai. 

Dah lama tak cerita pasal masak-masak kan. Aku memang suka masak tapi ikut mood. Husband memang suka makan kat rumah dah suka jugak minta masak apa-apa makanan yang dia suka ataupun dia makan je apa yang aku masak. Nak kata pandai masak sangat tu tidak. Suka mencuba benda-benda baru. Masak benda yang simple tapi sedap.

Kat bawah ni ada la sikit gambar masak-masak tapi nak ingat balik resepi dia tu. Hehehe


RESEPI GULAI LEMAK SIPUT SEDUT DENGAN BUNGA KANTAN

Masakan ni fav kami. Memang sedap. 
Resepi makteh. 

Bahan-bahan 

1kg siput sedut. 
*Bersihkan dulu sebelum potong bontot dia.
Tips untuk basuh dan hilangkan segala tanah tu, lumur dengan kelapa parut 
atau cara mak mertua aku, ramaskan daun manggo muda kat siput tu. 
Lalukan kat bawah air, bersih jadinya.

*10 ulas cili api-nak pedas lebihkan
*2 inci kunyit hidup
*sebiji bawang besar 
*1 biji keledek oren saiz sederhana potong kecil
*1 batang bunga kantan(ambil part bunga)
1 lagi biji keledek oren saiz sederhana potong kecil 
1 batang serai diketuk
2 cawan santan

Cara-cara
Blend bahan bertanda *
Masukkan dalam periuk. Masukkan serai diketuk tadi. Letak sedikit air. 
Masukkan lagi sebiji keledek yang telah dipotong tadi tu.
Dah empuk keledek,masukkan siput sedut dan santan.
Kuah dia akan jadi pekat tau sebab kita ada blend sebiji keledek kat dalam tu tadi.
Bau dia umphh macam laksa sebab ada bunga kantan hihi. 
Kalau pekat tambah air sikit.
Perasakan dengan garam. Tutup api. Siap




Yang ni takyah resepi la sebab tauge tumis je.
Walaupun simple tapi fav sepanjang masa
nyummyyyyy


Yang ni aduiii fav jugak ni. Segala jenis masakan petai aku suka. 

RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan

1 genggam ikan bilis kopek,basuh, goreng dan ketepikan
1 Genggam petai kopek belah dua
*10 tangkai cili api
*1 biji Bawang besar 
*2 inci belacan
1 biji bawang holland hiris nipis
3 sudu air asam jawa

Cara-cara

Blend kering bertanda *
Tumiskan sampai naik bau dan garing.
Masukkan air asam jawa. Masukkan petai. Kacau sikit, 
Masukkan garam, bawang holland. Dah siap tutup api. 
Tabur ikan bilis goreng. Siap.


Yang ni pulak kegemaran Adra. Dia paling suka kalau aku buat ikan siakap stim limau ni.
Siap cakap Adra suka sangat mama masak ikan besar tu.
Seekor ikan siakap saiz sederhana ni licin dimakan oleh kami 4 beranak.
Mama cop kat kepala tu aummm hehehe.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU 

i. Siakap Kukus

1 ekor siakap saiz sederhana basuh bersih
*1 batang serai
*3 inci halia hiris nipis
*3 helai daun limau purut dikoyak koyak
Sedikit garam.

Sumbat yang bertanda * dalam perut ikan.
Lumur garam sikit dekat sekeliling ikan luar dalam ikan tu sekali.
Kukus separuh masak. 

ii. Kuah limau

*5 tangkai cili api
*1 tangkai cili besar
*5 ulas bawang putih
1 cawan air
5 biji limau kasturi ke limau nipis ikut suka korang,nak masam lebihkan limau
2 sudu sos ikan
3 batang daun ketumbar dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang merah @ holland dipotong bulat 

Cara-Cara

Blend kering bertanda * tu. Masukkan dalam mangkuk. 
Letak 1 cawan air,masukkan air perahan limau,
masukkan sos ikan,daun ketumbar tu tadi, masuk garam gula secukup rasa korang.

Kacau-kacau bagi sebati. Masukkan dalam ikan yang dalam kukus tadi. 
Tabur bawang beso. Kukus lagi dalam 3 minit gitu.
Resepi asal curah je terus dan makan. 
Tapi aku suka masakkan sikit kuah tu baru umphh. 

Dah keluarkan letak dalam pinggan.
Tabur segala maknike ketumbar ke daun bawang ke limau bagai ke. 
Siap.



Ni pulak mee goreng mamak.
Ingat-ingat lupa jugak mee goreng mamak ni
So takde resepi eh



Ni kuewtiow goreng fav Adra.
pon malas taip resepi boleh? hahahahaha 

okey bye.