18 January 2019

#Dapurateqahberasap

Assalamualaikum dan hai. 

Dah lama tak cerita pasal masak-masak kan. Aku memang suka masak tapi ikut mood. Husband memang suka makan kat rumah dah suka jugak minta masak apa-apa makanan yang dia suka ataupun dia makan je apa yang aku masak. Nak kata pandai masak sangat tu tidak. Suka mencuba benda-benda baru. Masak benda yang simple tapi sedap.

Kat bawah ni ada la sikit gambar masak-masak tapi nak ingat balik resepi dia tu. Hehehe


RESEPI GULAI LEMAK SIPUT SEDUT DENGAN BUNGA KANTAN

Masakan ni fav kami. Memang sedap. 
Resepi makteh. 

Bahan-bahan 

1kg siput sedut. 
*Bersihkan dulu sebelum potong bontot dia.
Tips untuk basuh dan hilangkan segala tanah tu, lumur dengan kelapa parut 
atau cara mak mertua aku, ramaskan daun manggo muda kat siput tu. 
Lalukan kat bawah air, bersih jadinya.

*10 ulas cili api-nak pedas lebihkan
*2 inci kunyit hidup
*sebiji bawang besar 
*1 biji keledek oren saiz sederhana potong kecil
*1 batang bunga kantan(ambil part bunga)
1 lagi biji keledek oren saiz sederhana potong kecil 
1 batang serai diketuk
2 cawan santan

Cara-cara
Blend bahan bertanda *
Masukkan dalam periuk. Masukkan serai diketuk tadi. Letak sedikit air. 
Masukkan lagi sebiji keledek yang telah dipotong tadi tu.
Dah empuk keledek,masukkan siput sedut dan santan.
Kuah dia akan jadi pekat tau sebab kita ada blend sebiji keledek kat dalam tu tadi.
Bau dia umphh macam laksa sebab ada bunga kantan hihi. 
Kalau pekat tambah air sikit.
Perasakan dengan garam. Tutup api. Siap




Yang ni takyah resepi la sebab tauge tumis je.
Walaupun simple tapi fav sepanjang masa
nyummyyyyy


Yang ni aduiii fav jugak ni. Segala jenis masakan petai aku suka. 

RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan

1 genggam ikan bilis kopek,basuh, goreng dan ketepikan
1 Genggam petai kopek belah dua
*10 tangkai cili api
*1 biji Bawang besar 
*2 inci belacan
1 biji bawang holland hiris nipis
3 sudu air asam jawa

Cara-cara

Blend kering bertanda *
Tumiskan sampai naik bau dan garing.
Masukkan air asam jawa. Masukkan petai. Kacau sikit, 
Masukkan garam, bawang holland. Dah siap tutup api. 
Tabur ikan bilis goreng. Siap.


Yang ni pulak kegemaran Adra. Dia paling suka kalau aku buat ikan siakap stim limau ni.
Siap cakap Adra suka sangat mama masak ikan besar tu.
Seekor ikan siakap saiz sederhana ni licin dimakan oleh kami 4 beranak.
Mama cop kat kepala tu aummm hehehe.

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU 

i. Siakap Kukus

1 ekor siakap saiz sederhana basuh bersih
*1 batang serai
*3 inci halia hiris nipis
*3 helai daun limau purut dikoyak koyak
Sedikit garam.

Sumbat yang bertanda * dalam perut ikan.
Lumur garam sikit dekat sekeliling ikan luar dalam ikan tu sekali.
Kukus separuh masak. 

ii. Kuah limau

*5 tangkai cili api
*1 tangkai cili besar
*5 ulas bawang putih
1 cawan air
5 biji limau kasturi ke limau nipis ikut suka korang,nak masam lebihkan limau
2 sudu sos ikan
3 batang daun ketumbar dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang merah @ holland dipotong bulat 

Cara-Cara

Blend kering bertanda * tu. Masukkan dalam mangkuk. 
Letak 1 cawan air,masukkan air perahan limau,
masukkan sos ikan,daun ketumbar tu tadi, masuk garam gula secukup rasa korang.

Kacau-kacau bagi sebati. Masukkan dalam ikan yang dalam kukus tadi. 
Tabur bawang beso. Kukus lagi dalam 3 minit gitu.
Resepi asal curah je terus dan makan. 
Tapi aku suka masakkan sikit kuah tu baru umphh. 

Dah keluarkan letak dalam pinggan.
Tabur segala maknike ketumbar ke daun bawang ke limau bagai ke. 
Siap.



Ni pulak mee goreng mamak.
Ingat-ingat lupa jugak mee goreng mamak ni
So takde resepi eh



Ni kuewtiow goreng fav Adra.
pon malas taip resepi boleh? hahahahaha 

okey bye.



16 January 2019

Jalan Jalan Aquaria KLCC

Assalamualaikum semua.  Baru berkesempatan nak update pergi Aquaria. Aku pergi tahun lepas. Adra suka fish. Lepastu dia tengok pulak Yusof anak Hanis Zalikha pergi, ha lagi la dia suka. Pada yang ada anak kecil, aku suggest korang pergi Aquaria KLCC ni. Memang menarik. Banyak gila spesis ikan-ikan yang kita tak pernah tahu dan dan tak pernah nampak pun. Ikan kembung,ikan siakap, ikan mata besar, ikan kerisi tu tahu lah hahaha sebab selalu makan.  Bila masuk tu, bukan anak-anak je suka, Mama ayah pun teruja sama hihihi.

Bila ada anak kecik ni, memang sesuai la ke sini,antara one of top places to visit in Malaysia yang korang tak payah pon pergi jauh-jauh. KLCC jer. Korang boleh search kat website untuk compare sebab banyak pakej tau untuk korang berjimat. Untuk kanak-kanak ada special rate,termasuklah warga emas. Kalau nak pergi tu, baik pergi weekdays atau waktu pagi. Takde sesak sangat. Macam kami haritu awal-awal pagi dah sampai. Selesa la tak sesak sangat. Nak jimat dan elak kesesakan, korang boleh naik MRT ke LRT ke. Sambil-sambil bawa anak naik public transpot sesekali best kan. 



Jom tengok gambar. Tapi tak banyak pun snap sebab masing-masing nak menikmati keindahan ikan-ikan tu (padahal sibuk dukung anak tak dan nak snap gambo banyak-banyak hahahahahahaha).


Mula-mula masuk je ada interactive pool. Ada pelbagai spesis sea animals. Lepastu boleh sentuh tapak sulaiman atau adra panggil tapak tok man sebab atok dia nama sulaiman hehehehe.  Ada baby shark, staff akan pantau dan bantu kita untuk pegang sea animals.Bila jalan lagi, ada piranha pulak. Terkedu jap Adra tengok ikan-ikan tu kejap kesana-kejap kesini. Adik dia masa tu belum dapat kaki. Dia tengok dari dalam stroller dengan suara excited kemudian senyum-senyum hihi. Dia pun suka.
Ada banyak section, setiap laluan tu ada akuarium ikan yang dari spesis yang rare siap ada macam cacing meliuk lentok bergerak, ada tiger fish,ada nemo,ada kuda laut comell. Menarik sangat.


Jalan depan lagi ada jelly fish. Tu jelly fish tank kat belakang. Macam-macam saiz ada. Teruja tengok jelly fish dekat-dekat. 



Mama dengan Alfina. Motif nak bergambo dekat belakang jala kikikikiki. Baru la ada feel pergi tengok ikan bila bergambar dengan jala. Adra dah kedepan tak sabo nak jalan. :p


Yang ni bamboo shark. Jinak sangat ikan ni dan kita boleh sentuh dia. Adra nak sentuh tapi takut. Biar mama jela yang sentuh hahahaha. Badan dia kasar kasar soft. Macam rasa cicak tu hihi. 


Paling jadi tarikan tentulah dalam tunnel ni. Sea Tunnel namanya. Kat sini ada beberapa jenis shark,ada stingray Bila masuk je tengok atas korang akan nampak macam-macam jenis ikan. Ada turtle juga. Ada ikan pari macam tengah tersenyum kat atas tu. Fuhh terkujat mak nak. Haha. 
Kemudian tetiba lalu pulak shark. Slow je. Tapi mak ai beso gila shark dia.

Kat tunnel tu ada jadual feeding fish show tau. Kebetulan masa tu staff tengah bagi makan ikan-ikan dalam tu. Amboi kemaen seronok lagi ikan tu makan. Ada juga staff dekat bahagian lain tengah cuci-cuci bahagian dalam tunnel tu. Adra takut mula-mula masa masuk ni. Siap teriak. Hahahahaha takut la tu. Padahal masa sebelum datang, bukan main seronok lagi nak tengok shark sebab dia kan suka lagu baby shark sangat-sangat.  Dah lama sikit dalam tunnel tu ,barulah dia okey. 


Ikan tengah makan. Ngap ngap. Blurpp blurpp. Best tengok diorang bagi makan sebab semua ikan akan berbondong-bondong datang kerumun lepastu ngap ngap la. Hihi. Masa tu tetiba ada shark datang makan lepastu dia terus macam terdampar je kat bawah. Adra sibuk tanya shark tido ke tuuuuu. 

Korang jangan lepaskan peluang nak pergi aquaria bawa anak-anak. Bagi aku, menarik la sebab kita boleh tahu macam-macam pasal hidupan dalam laut kan. Sesambil tu boleh support tourism industry kita kan. 

Okey tu aje. Jumpa lagi. 
Untuk keterangan lanjut korang boleh visit web dia next time sebab tengah under maintanance

Bye








10 January 2019

Keisha Amanda

Assalamualaikum dan hai semua. Eh rajin pulak aku update kan hehehe. Tahun baru azam baru. 

Ni baby terbaru dalam keluarga kami. 

Tapi bukan anak aku hahaha. Tapi anak adik lelaki aku. Keisha Amanda nama dia. Pertama kali bersua masa dia baru beberapa hari lahir, alahai comelnya putih gebu. Halus je orangnya. Kebetulan kali ni adik aku bawa anak dia balik terus majlis aqiqah dia sekali kat rumah nenek aku, alahai beso dah dia. Dah nak masuk 4 bulan ke dah 4 bulan. Alamak lupa :p


Keisha dengan maklong. 
Comel macam maklong kan. 
Hahahaha


Geram.

Bila tengok baby, rasa macam nak ada baby lagi.
Tapi takpela dulu wak. Sekarang dua beradik tu kan baru nak membeso.
Adra okey dah paham, adik tu baru fasa-fasa tantrum. 
Nak makan pon boleh tercekik mama ayah. Baik tunggu dia beso dulu.

Malam tadi Adra cakap camni.

'ma, Adra nak adik boy macam Addeen. 
Cepatla mama letak baby dalam perut mama'

terkuzat mama nak hahaha.

Masa tu mama mampu cakap nanti tau. 

Reaksi Alfina plak. Dia macam menjeling je aku weh. Hahahahaha seram mak. 
Bapak dia pulak terbuntang biji mata hahahahahahahahahaha

:p



08 January 2019

Jalan-Jalan Fraser Hill

Assalamualaikum dan hai semua. Tahun baru haritu kami ke bukit fraser. Apak deme ler puncanya.  Masa nak balik, ikut jalan dalam, sebelum sampai Kuala Kubu Bharu (KKB) nak mengimbau kenangan lama ke apaknya tu :p, kan ada je sign board Bukit Fraser. Sekali apaknya offer. Jom naik Bukit Fraser. Aku pon jom kan ajer. :) Kebetulan gerak pagi dalam 9.30 gitu. Konon dalam hati nak sampai rumah awal, nak siap-siap barang anak-anak nak ke taska, kemas-kemas rumah sebab 5 hari cuti kan balik kampung. 

Ke Bukit Fraser tu, naik ikut KKB. Lalu Sg Chilling, teringin pulak nak pergi sebab haritu apaknya pernah kesana. Dia cerita seronok. Ada santuari ikan kelah,tengas. Nak ke air terjun pon boleh tapi kena seberang beberapa anak sungai. Nak masuk tu kena ada permit, tapi sekarang santuari tu ditutup untuk tujuan penambahbaikan. Bulan Feb 2019 rasanya baru buka semula. 

Mula-mula jalan dia okey jela, pusing-pusing. Sekali bila dah makin jauh, alamak makin kecik pulak jalannya. Seram pulak rasa :p Aku kecik beso kecik beso je buka mata. Kereta tak banyak sangat naik masa tu. Kereta yang turun tu ada la beberapa biji. Selepas melalui selekoh tajam simpang siur, sampailah kat bukit fraser 1 atau orang panggil The Gap. 


Ini kan kali pertama aku naik ke Fraser Hill ni. Aku ingatkan dah sampai hahaha rupanya nak naik atas lagi dalam beberapa kilo lagi. Laluan untuk naik ke pekan Fraser Hill tu untuk naik lain, untuk turun lain, selamat rasanya. Dulu-dulu tak ada macam ni,ada tempoh masa untuk kereta naik dan kereta turun, sebab tu ada The Gap ni untuk ruangan menunggu. Aku pon baru tahu cerita ni semalam selepas menggoogle maklumat fraser hill. :p 
Masa tu ramai gak abang-abang motor, abang-abang basikal naik. 
Seriau tengok.Konar perghhh lipat hehehe


Pejabat pos Fraser Hill
Suka bangunan disana. 
Ala perkampungan scotland. Padahal aku scotland pun tak pernah pergi :p


Balai Polis Fraser Hill
Tahun 1919 tu


Bila ada anak-anak ni, mak ayah malas bergambor.
Anak-anak je digambokan hehehe
Suasana kat sana sejuk, nyaman.
Masa kami pergi tu sesekali matahari memancar terik tapi dia berangin dan sejuk.
Tenang,tak sesak pun masa tu.
Memang Fraser Hill tak semeriah Genting ke Cameron ke tapi aku suka. 



Kakak dan adik. Kalau bergaduh, pening mama nengok deme berdua ni.
Tapi tak apalah nak. Mama layankan aje kome. 


Atas jam ni wajib bagi yang naik ke Fraser Hill.

Masa singgah di toilet, aku duk sembang dengan abang jaga toilet tu.
Apa lagi menarik kat sini. Abang tu peramah. Macam-macam dia cerita. 
Suruh naik atas lagi. Ada la food court,masjid,taman-taman,strawberry farm. 

Kemudian,kami pon naik atas lagi. 
Singgah makan jap kat Taman Awam di Jalan Pokok Pine. 
Kat situ ada food court,kedai cenderahati
Kami singgah di Arzed Restaurant. Makanan sedap jugak.

Dah kenyang baru lah jalan-jalan. 

Antara tempatnya ni la, Aida Daniya Strawberry Garden.


Kat sini kami makan wafer dan strawberry choc je. 


Amboi Alfina kemain lagi memandang buah strawberry tu :p

Selepas itu, kami ke air terjun jeriau. Nak ke air terjun ni pon mak oi jalan dia.
Mengucap panjang mak, kecik dan pusing pusing.
Masa tu apaknya memang kena hon la di setiap selekoh tajam tu.
Sekali, Adra cakap.
Ayah, kenapa ayah asyik tekan hon je? Telinga Adra macam pekak.

Hahahaha 
Adoi anak. Kita cakapla kat dia kena bunyi hon,nanti tak nampak kereta depan. 
Tiba-tiba ada kereta dari bawah nak naik dia pun hon hon
Adra cakap oooo macamtu. Diam terus selepas dah bagi penjelasan. 


Sampai dah. 
Haih sapa tu suka buang sampah merata-rata tu.
Cacat gambo aku.

Nak sampai ke air terjun tu kena berjalan. 
Jauh jugak adoi mengah weh. Semput rasa. Tapi tak sampai pun kebawah.
Cukuplah sampai kat sini je.
Anak-anak main buaian kejap. 


Buaian di kawasan air terjun. 


Tenang je kan. Cantik, sejuk, hijau. 

Last sebelum turun, kami ke Allans Water


Kat sini pulak boleh bagi ikan makan, naik pedal boat.
Apaknya ingat nak naik pedal boat dengan Adra
Tapi Adra tak lepas. Rendah lagi. 
130 cm baru lepas rasanya. Takpela, bagi je ikan makan. 


Ikan dia mak ai gelojoh pulak aku rasa. Hahaha.
Aku duk tabur-tabur makanan, ikan berkerumun sampai sesekali terpercik air tasik tu. 
Suka sangat Adra dan Alfina bagi fish makan.



Tu orang kayuh pedal boat.

Sekian, itu sahaja cerita Fraser Hill.