04 March 2019

Home Sweet Home

Assalamualaikum dan selamat petang uols.

Alhamdulillah. Awalan tahun yang manis. Setelah beberapa ketika, kami dapat memegang kunci rumah sendiri. Tidaklah besar mana tapi Alhamdulillah selesa apa adanya nanti. Baru je pindah hari Sabtu lepas. Itu pon selepas buat sedikit renovation, pasang grill, lampu kipas bagai.

Teringat kenangan booking rumah tu masa aku sarat mengandung Alfina. Dah 8 bulan rasanya masa tu. Kemudian sign snp masa dalam pantang. Tunggu punya tunggu, 2019 siap serah kunci. Rumah baru kan, perkara biasa ada defect sikit sana- sini. Tapi maleh la aku nak cerita pasal benda-benda tu. Haha. baik cerita benda lain.

Masa ambil kunci, bukan main excited lagi budak berdua tu.


Adra tanya, ma kita kena pindah rumah baru ke?
Adra nak bilik frozen.

Gitchuuuu permintan anak daro den yo.


Alfina pulak suka air. Dia tak habis-habis nak terjun dalam air.
Mama tak bagi mandi dulu hihi.

Hari pindah masuk, nervous juga rasanya nak mulakan hidup yang baru di rumah baru.
Alhamdulillah semua berjalan lancar dari part lori sampailah ke rumah baru. 
Ada jiran-jiran datang bantu angkat barang, 
Abang ipar dan biras pun datang sekeluarga ke rumah kami bantu proses pindah.
Terima kasih semua. Sedih sangat nak berpisah dengan jiran-jiran yang baik.

Sebut pasal rumah, kompem la mesti nak mendeco kan.
Aku pon baru nak mula deco-deco.
Masuk kelab deco itu ini, kelab deco ikea lah.
Saje cuci mata. Aku berkenan sungguh dengan tema scandinavian 
sebab simple tapi sejuk mata memandang.
Lebih kepada tema white,ada hijau-hijau sikit. Wood sikit. 

Sempat kemas meja makan je. Simple.
Berkenan cassa eames chair. 


Survey , add to chart, dah nak masuk rumah baru beli.
Geram hahaha. Meja tu memang dah lama beli. Dari rumah lama. 
Melltorp. Tahan sungguh. 


Lepastu kemas-kemas kitchen kabinet. 
Letak pokok daun seketul. Pokok epipremnum.
Pokok-pokok ni husband yang suka beli. Aku dulu tak suka sangat.
Tapi bila dah tengok lama-lama rasa macam menariknya letak pokok dekat sinki.
Berseri gitu disamping jadi penyaman udara semula jadi. 

Tu jelah yang sempat dikemas. Next time kita share lagi.

Banyak gila barang perlu dikemas. Dah sakit-sakit tangan dibuatnya 
Nak cuti, sayang cuti. Kerja jugakla. 

Okey korang. Bye.

No comments: