01 April 2019

Dinner Me'nate Steak House Bangi

Assalamualaikum dan hai.

Ni cerita awal bulan 3, baru update. :p malas kan sekarang nak update, aku jadi silent reader je. Tapi sesekali tu terasa jugak nak up entry baru kat blog. 

Apaknya la tiba-tiba terkenang, tak pernah makan Me'nate. Selalu lalu tapi tak pernah singgah. Jom. 


Gambar Google

Aku yang sedang mood berdiet ni pon , alahai pantang diajak. Jom aje lah hahahaha. Takut jugak nak masuk, dibantainya harga mahal kang camne? hahaha Gitu ketakutan sebelum makan. 

Masuk, ambik tempat. Waiter datang. Untuk daging, ayam, ikan kena ke kaunter yang ada peti ais. Jangan risau setiap daging ada harganya sekali masak la tu.

Apaknya order steak. Aku order chicken grill, untuk anak-anak aku ambilkan set kids meal. Spaghetti Carbonara free air. 

Tak lama dah pilih-pilih, sekejap je sampai order. 


Adra cakap sedap spaghetti ni. 
Dia memang gemar carbonara.
Tapi memang sedap. Murah pon murah 

Harga RM 10.00 satu set.


Yang ni apak punya. 
Feed Grass meat kot apa tah namanya.
Mula-mula dia ambil medium rare pastu dia pegi suruh staff 
jadikan daging tu medium well . Tak lalu la tu hahaha. 
Harga RM 50++ 
Untuk set steak, air free flow tau.
Pegi je tekan kat sudut hujung kedai.
Macam-macam ado. 

Juicy. Aku tak suka sangat daging2 ni tapi dah rasa okey la not bad.


aku punya Chicken Grill.
RM 19.00++ tapi takde air.

Chic grill ni aku rasa biasa-biasa je.
Kurang menepati selera aku. 
Kalau datang lagi, aku akan order kids menu je kot hihihihihi.

Okey tu aje review kali ni

Kite bagi 3.5 / 5

Thankyouuuuuuuuuuu



3 comments:

Siti Yang Menaip said...

samala dok lalu jeee kedai ni kat Bandar Baru tu.. bila tah nak singgah. time2 occasion penting boleh la demand nak makan steak mahai.. besday nanti nak mintak mak banje la =D

abuikhwan said...

Assalamualaikum, salam blogger moga sentiasa di dalam kesihatan yang baik
pertama kali singgah ke sini..

Siti Awadah said...

1st time dtg sini terus follow blog cik eka. Sebut tentang steak, sama saya lebih prefer ayam. ntah tak tau pasai apa. :D