15 May 2019

Resepi Kuih Ketayap Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Korang suka makan ketayap? Ketayap adalah salah satu kuih fav aku. Kalau kat kampung, ketayap maktam paling sedap sekali. Menjadi igauan betul ketayap dia tu. Tahun lepas aku ada buat jugak, tapi bukan resepi maktam. Sekali buat alahai tak menjadi. Dengan gemoknya ketayap aku tu, bancuhan dia pekat mungkin. Kali ini aku nak buat jugak sampai jadi. Kalau beli kadang-kadang alahai intinya sikit sangat, Buat sendiri, banyak boleh letak.

Jadi semalam cubalah buat. Gigih pagi-pagi dah call maktam nak tanya resepi.

Senang sangat rupanya.

Resepi kuih ketayap  

Bancuhan ini biasanya dapat 10 biji kuih ketayap.
Guna kuali non sticky ya 

Untuk kulitnya. 

1 cawan tepung gandum 
2 cawan air. 
Dua helai daun pandan
secubit garam
1 biji telor
sedikit pewarna hijau (kalau suka)

Mula-mula blend dua cawan air dengan daun pandan. Tapiskan. 
Kemudian kisar semula semua bahan tadi. 
Air pandan,tepung,secubit garam,pewarna hijau dan sebiji telor. 
Tak perlu lama sangat, asalkan dia sebati dah cukup.

Untuk Inti

1 biji kelapa parut
sedikit air
dua ketul gula melaka
sesudu tepung gandum
garam secubit

Masukkan semua bahan atas kuali. 
Kacau sehingga sebati dan masak sehingga tekstur inti jadi lembab dan sticky.
Jika ingin lebih lembab, masukkan lagi air mengikut kepada citarasa anda. 

Panaskan kuali. Sediakan semangkuk minyak berserta simpulan daun pandan.
Bila minyak dah panas, sapukan minyak sedikit di atas kuali, mulakan menuang aduan tadi. 
goyang-goyangkan kuali agar adunan memenuhi permukaan kuali. 
tunggu sampai masak. Bila dah masak, keliling adunan tu macam melengkuk sikit nampaknya.

Kemudian, letak inti dan gulung. 
Siap tu je 


Siap sedia nak menggulung


Semalam tu dapatla 10 ketui. 


Model ketayap.
Eiii tak poseeeee hehehehehe

Selamat mencuba.

Tata









No comments: