19 June 2019

Selamat Hari Raya 2019

Assalamualaikum semua.
Harini dah 13 Syawal, Sekejap je masa berlalu kan. Tahun ni turn aku pulak beraya di Perak. Senang dah siap-siap tetapkan giliran, takde nak berbalah giliran sapa tahun ni,sapa tahun depan. Tema tahun ni baby blue. Lagipun sepanjang 6 tahun ni takde lagi warna biru-biru gitu.

Balik kampung sehari sebelum raya. Tahun ni adik-adik semua giliran rumah mertua. Tinggal la kami je sekeluarga dengan mak abah.

Pagi raya ke rumah nenek aku. Kumpul semua di sana. Kemudian ke rumah opah aku yang jaraknya sebelah kampung nenek aku je. Tapi negeri lain. Selangor. Senang kampong mak abah dekat-dekat.

Pagi raya adoi hangen je dengan anak-anak. Rasanya semua mak pak mengalami masalah susah nak bergambar di pagi raya dengan anak-anak. Hahahaha jenuh weh berpeluh-peluh rasa nak tunggu mood diorang okey.

Yang kecik tu adui nak berdokong je kejenye. 
Tak larat mama, bukannye ringan. 



Si kakak Adra marah mama bergambar ngan ayahnya berdua hahahahahahahaha
Dia kata nape tangkap gambar berdua ngan ayah.
Ayah tu sayang Adra 

hahahahaha lawakla dia ni.
Tak boleh usik ayah dia tu


Riang la dapat duit raya.
Tanya dia dapat duit raya ni nak beli apa kakak?

Laju je jawab nak beli DAPUR MAINAN IKEA.

Diulangi DAPUR MAINAN IKEA



Hahahaha

alahai anak kalau rega berpuluh tu takpala.
Ni RM 300.00++ untuk dapur mainan tu
Tunggula ayah dapat seru nak belikan.


Dah petang baru mood baik sikit. 

Raya kedua masih berjalan-jalan sekitar kampung aku. 

Raya ketiga balik ke Nogori, lajak ke Port Dickson melawat sedara mara belah dak apple.


Siap tertidur la anak nombor dua tu. 
Tapi wajib Mama nak ohohtidi hahahaha

Sempat la kami ke beberapa buah rumah dah terus ke Pantai Cahaya. 

Sampai je kat sana,anak-anak amboi kemain suko laie nak main laut.
Cuaca pun cantik, lagi la suka.


Happy sungguh. Konon nak celup kaki je mama
Takde makna celup kaki. Basah habis.
Baju mandi lupa bawa pulak. 



Seronok ye kakak,senyum lebor dia dapat cecah kaki kat air laut tu. 
Sampai taknak naik. Nak main air lagi. 


Adik beradik. 
Mama ayah sayang awak berdua. 

Sambil main-main air tu, ada seseorang memandang aku dan memandang dak Apple.

Sekali, lahhhhhhh sepupu dak apple
Memang dia bisnes boat kat sana. Terus diajaknya kami naik boat round sekitar sana.


Memang seronokla hehe anak-anak dapat naik boat laju.
Gayat gila. Hihi tapi budak berdua ni tak reti takut langsung la hai. 
Lagi suka adalah bila boat tu sesekali macam melambung dek ombak.

Sekian, itu sahaja cerita raya kami.

Selamat hari raya untuk semua pembaca blog puan eka.

tatatatatata





4 comments:

Ezy Loy said...

selamat hari raya! =)

MizzTina said...

selamat hari raya ika n fizi

Inani Hazwani said...

Cantiknyaaa baju kak! Selamat Hari Raya :)

FIZA AZIZ said...

Selamat Hari Raya Cik Puan Eka =)