Showing posts with label jangan makan fast food nanti gemuk. Show all posts
Showing posts with label jangan makan fast food nanti gemuk. Show all posts

13 December 2012

Berskipping

Selamat pagi semua.

Harini tup tup dah 13 haribulan 12 kan.Sekejap je masa berlalu dah nak habis satu tahun 2012,tahun depan dah masuk tahun baru 2013 maka umur pun akan bertambah ke 25 tahun.

Dedulu seingatnya masa darjah enam,penah tercita-cita nak berkahwin umur 25.Memang plan awal2 kan?? hahahaha.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan sehingga ke umur 24 tahun ini.Sekejap je masa berlalu dari budak kecik kencah-kencah main pasir tanah bagai,sampailah dah berubah muka makin shomell uwekkk,makin tinggi,makin boncet akibat banyak makan paspud,makin tua ni kenyataan,hehehehe.

Alhamdulillah dikurniakan rezeki yang baik juga.

Alhamdulillah semakin hampir untuk ke fasa seterusnya

Alhamdulillah dapat bagi duit gaji dekat mak abah

Alhamdulillah kesihatan juga semakin hari semakin baik

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Syukur padaMu.

Walaupun masih ada beberapa hasrat hati belum tertunai,tapi saya masih lagi berusaha.Walaluun apa rintangan dan halangan,berusaha tetap berusaha.

Semalam saye dah start main skipping.hihi.hosmet punya.




Hari pertama try memang berpeluh satu badan,jantung dup dap 

Bukan takat tu je,kaki,betis dengan punggung rasa sakit amat sangat.Huhuhuhu.Ni jalan ni pun rasa sakit.Tekanan sungguh kat kaki. hehehehehe

Tapi,demi semangat yang jitu,gagahkan jua untuk berskipping lagi..hihi...

best pulak rasa bila berpeluh-peluh.Rasa segar dan sihat gitu.ihiks..

Ni antara kebaikan berskipping.Credit untuk tuan blog..tq awak



1 . Lompat 10 minit bersamaan dengan apabila berjalan selama 8 minit 

2 . Lompat selama 1 jam boleh membakar sampai 1000 kalori . 
Kalau dah lompat dua jam Boleh bakar sampai 2000 kalori 

3. Boleh kuatkan hati , jantung dan dapat turunkan kolestrol 

4 . Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung


5 . Untuk mengatur pernafasan 

6. Menurunkan berat badan dengan cepat.
Sangat terbaik la buat yang nak kurus tu 

7. Melatih otot kaki , dada , tangan dan bahu 



Disebabkan eka mempunya masalah perut yang agak buncit..argghh i dont know why.tapi sekarang eka dah tau kenapa,eka suka makan paspud..okey diulangi fast food.huhuhuhu,nyesal sungguh..

Jadinya eka makin bersemangat nak skipping.Kenyit-kenyit kat encit tunang,nak beli skipping jugak.hehehehehe..

p/s: Fellina inchloss dah ada dah ni.Tak sabo nak sapu.wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii giler...hikhikhik.