11 February 2019

Lunch di KFRY URBAN KOREA IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Assalamualaikum dan hai korang.

Lama dah rasa tak review food. Aku masih aktif lagi ye review tapi di IG dan wassap story hahahaha. Tapi kali ni nak buat kat blog sebab boleh membebel banyak. Untuk sesiapa nak buat paid review boleh emel aku ya di ekaseven@ymail.com. Harga masih berpatutan. Iklan sikit :P

Makan Kfry ni beberapa minggu lepas. Itupun selepas beberapa kali asyik tertunda. Kali ni aku makan dengan kawan-kawan office. Next nak bawa dak apple dengan anak-anak pulak. Dak apple dari tahun lepas nak makan kfry tapi tula benda tengah viral ni nak masuk restoran pun susah, dengan beraturnya,menunggu lamanya nak masuk. Sekarang dah banyak sangat improve dari segi sistem nombor giliran, tak payah tunggu lama. Booking boleh melalui call dan PM di Facebook jer. 

Lunch ni hari Jumaat. Rehat panjang, disebabkan semua malas nak drive, kita naik grab je. Kita ke KFRY URBAN KOREA IOI CITY MALL PUTRAJAYA Dekat je dari opis kitorang ioi putrajaya ni. Laluan aku pergi balik kerja. Sehari sebelum pergi kawan aku dah book di FB. 

Sampai-sampai je terus masuk. Staff sangat friendly, masuk duduk, ada la dalam 15 minit terus order satu satu sampai. 

Kami Order 

1. Nyangpa Blossom @ Onion 
2. Mango Bingsoo
3. Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom
4. Spaghetti Ramyeon 
5. Anchovies Tuna Rice Ball

Cukupla 5 menu berlima orang makan. Untuk drink, dapat sky juice with lemon slice free je. Boleh refill bila-bila korang nak. Tak teringin nak minum air fancy fancy sebab bila makan pedas-pedas gitu ayo sejuk aje sedappp ye dakkk kome. Haha ateee terkeluor loghat perak aye. 

Mari kita melihat menu-menu yang telah diorder. 


MANGO BINGSOO
RM 26.90

Besar. Kalau datang beramai-ramai, baru boleh habis sebab ye beso.
Sedappppp. Mangga dia manis sangat.
Mango + milk Ice + Ice cream vanilla
Perfect.


Dia ada banyak variasi bingsoo. 
Ada watermelon, melon
Yang mini, kecik sikit ada strawberry,oreo,green tea


Tuan tanah harus nak bergambo dengan bingsoo ni.
Manis macam i kahkahkahkah :p
Disebabkan menu tu sampai dulu, kami makan bingsoo tu sambil-sambil tunggu menu seterusnya.


NYANGPA BLOSSOM
RM 14.90

Ini adalah bawang holland yang telah digubah menjadi satu kelopak bunga yang cantik
Sedap,rangup. Dip dengan sos apa tah tu warna putih tu sedap.
Sour cream kot. 


ANCHOVIES TUNA RICE BALL
RM 20.90

Ini paling sedap. Paling aku suka. 
Aku ni kurang suka seaweed tapi yang ni bila dah digumpal-gumpal alamak sedap la pulak.
Rasa meletus-letus di dalam mulut.
Ikan bilis rangup, bawang goreng sedap, flying fish roe @ tobiko tu.
Meleleh air liur. :p


Tadaaa, setelah dibulat-bulatkan.
Untuk ia menjadi bulat bulat seperti ini,
Staff dia akan datang ke meja untuk bulat-bulatkan rice ball tu.


SPAGHETTI RAMYEON 
RM 15.90

Yang ni bagi aku biasyer-biasyer je. 
Mee dia tu ramyeon, digaulkan dengan kuah spaghetti
Kalau ikutkan ini kids fav. Kids mesti suka ni. 



CHEESY BUMBUK SPICY YANGNYEOM
RM 51.90

Amboi nama dia berbelit nak sebut yangyom tu :p
Yang ini la Hero ataupun best seller dekat KFRY
Tak bermakna kalau makan kfry tak makan benda ni :P 
Hahaha gurau jer. 
Tapi sedap. Portion dia besar yang ni.
Kami bahagi dua ayam ni, satu bahagian salut cheese,satu bahagian tak.


Setelah siap disalut dengan cheese.
Ralit perhati adik manis salut cheese ni.

Total kami makan pada hari tersebut 
RM 151.40 untuk 5 menu.

Okey itu sahaja pengalaman makan di KFRY URBAN KOREA
Korang boleh ke mana-mana cawangan KFRY yang terdekat dengan korang. 
Sekarang ni banyak dah branch dia 

KFRY OU 
KFRY HOLIDAY VILLA JB
KFRY SURIA KLCC
KFRY OLD STREET BATU PAHAT

Sekarang ni dekat ioi putrajaya tu kurang sikit sesaknya sebab dah banyak bukak kan 
Ku terpaksa cheatday pada hari kejadian.
Mood diet tengah on sekarang hehehe
Doakan aku dapat berat ideal

Sekian, terima kasih. 




1 comment:

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa nampak semua makanan tu. Nani teringin jugak nak makan dekat sini tapi tiap kali lalu yang dekat KLCC tu mesti panjang kemain q. Tak sanggup rasa nak join berbaris. Hahah!