23 May 2013

Birthday Cake.

Semalam kan birthday saya, tak sambut ape-ape pun. Nasibla duduk jauh dengan orang-orang tersayang. Rasanya kali terakhir saya menyambut birthday masa tahun 2011. Hehehe tu pun menumpang majlis budak kecik. Hahahaha

Tadi, kak faish comel, pengedar Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) Teluk Intan datang opis eka, eka nak bagi dia sagun. Masa pergi Kelantan haritu kak Faish kirim sagun. Anak-anaknya suka makan sagun tu. Hehehe. Lepastu kak Faish bawakkan kita EMCC tu. Special untuk birthday katanya. Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee suka suka suka suka.

Taraaaa,



Ahaaaaaaaaaaaa comel dan sedap nie.
Dah lama tak makan.
Wiwiwiwiwiwiwiwi
Terima kasih akak :)


Semalam kita jumpa akak kat TF tu, nampak dalam bakul akak  ada strawberry.. hihihihi. 

p/s : malam tadi rasa marah sangat. sangat marah. Mood tak stabil nie. Huh.



22 May 2013

Selamat Hari Lahir

25 tahun dahulu di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, tak ingat la pulak pagi ke petang ke subuh ke, tapi yang saya tau, masa tu Bulan Syawal. Mood raya kata emak. Seorang emak, bertungkus-lumus melahirkan seorang bayi perempuan yang agak comel. Ala baby, mestila comel kan. Hahahaha. Kemudian seorang ayah pula mundar mandir di luar bilik bersalin sampai nak pengsan menanti emak itu selamat melahirkan bayi sulungnya.Seorang emak itu selamat melahirkannya secara normal. Alhamdulillah. bayi itu selamat dibebaskan daripada 'biliknya' selama 9 bulan lebih beberapa hari.

Kenapa lebih beberapa hari? Kerana memang saya terlebih hari pun duduk dalam perut mak saya. Hihihihi. Anak sulung pulak kan, takde pengalaman kata emak. Dikelilingi oleh Doktor Pelatih membuatkan emak semakin cuak sewaktu proses mengeluarkan saya. Dah la saya agak besar,dan panjang. 

Emak, saya sayang Emak. Yang bertungkus lumus membawa saya setiap hari sepanjang 9 bulan terlebih beberapa hari itu. Jasanya tidak dapat terbalas sampai bila-bila. Retiss nama Are-pix Moishhh tu cer fikir emak mung mengandungkan mung. Opsssss terkeluar tajuk pulak. Hahahahahaha.

Kemudian membesarlah saya se galah panjang ini, sebesar ini,seberat ini. Doa emak mengiringi perjalanan hidup saya, hingga kini sampai lah keahirnya nanti. Kasih ayah pula mengiringi keberkatan hidup saya, hingga kini sampai lah keakhirnya nanti juga. 

Saya punya 3 orang adik beradik. Saya si sulung yang garang, tegas tapi hati sensitif serta manja. Hahaha. Adik nombor 2 saya perempuan, dah berkahwin. Saya punya seorang adik ipar lelaki. Adik bongsu pula lelaki. Makin menggalah kan dirinya juga. Tinggi dari saya. Mereka asyik tanya je, bila nak bagi abang ipar lagi sorang. Nanti laaa. Hujung tahun nanti. Peluk lah abang ipar kome tu nanti. Hahahaha

Saya masih teringat kenangan kecil-kecil saya. Masih segar dalam ingatan. Rasa macam baru lagi saya kecil, tapi tiba-tiba sudah jadi sebesar ini. Macam magic kan. Syukur. Alhamdulillah

Harapan saya, moga saya dapat mengharungi hidup ini dengan jayanya. Walaupun hidup ini banyak cabaran dan dugaanya, tapi sebagai manusia biasa. Kita harunginya.

*Nanges* :p

Banyak yang saya ingin capai lagi. Antaranya menjadi seorang yang lebih baik daripada ini. 

Terima kasih yang memberi ucapan, Facebook, WhatsApps, WeChat, SMS. Ingat juga ya ke saya ini. Si tunang pula berusaha menjadi penghantar ucapan yang pertama. Saya ingat dia lupa. Hahahaha. Sebab kesian dia sibuk, sibuk sekarang ni dengan kelas, dengan Kursus lagi. Tu yang ingat dia lupa. Hihi. Suka suka. 

Berebut pula dengan BFF saya, Lynda untuk menjadi yang terawal. Hihihihi. 

Terima kasih mendoakan yang terbaik untuk saya, panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu (walaupun baru je jadi superman terbaring atas lantai sampai kaki injured kaki gemok macam gout, pastu wedges shoes tengah MC skang. Hahahaha. Lusa mula pakai balik ). Dan juga mendoakan saya semoga cepat kahwin. Waaaa terharu uolss semua. In Sha Allah memang sedang merancang nie. Terima kasih atas doa-doanya ya kawan-kawan. 


 Ini saya, saya sudah tua. 
Ini di Medini Mall, Legoland, Nusajaya, Johor, Malaysia

Hadiah, saya tak ada. Tapi kalau nak bagi, apalah salahnya kan. Hahaha. Jam saya baru je ghosak masa pegi berkayak kat Pulau Pangkor itu hari. Handphone saya pulak tetiba je kejap-kejap hank, kejap-kejap memori full padahal dah padam dah yang tak berkenaan. Eh apa ni, masuk bab henpon bab jam nie? hahahahahahahahahaha :p 

Tapi saya nak kek. Tak dapat seketoi, dapat sepotong pun jadik. Hahahaha. Padahal semalam dah beli kek sendiri kat Secret Recipe. Sepotong je pun. Terlalu kat situ. Beli la satu.Hehehehehe

Nak kek gini, nah untuk diri sendiri.


Sumber gambar dari sini dengan keyword Rainbow Birthday Cake

p/s : Tak sabo tunggu hujung minggu ni. Nak celebrate sesama kekdahnya. Hehehe. Lama tak jumpa dak demokkk itu. Hehehe






Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK