28 August 2011

Biskut Corn Flakes Madu dan Suci Dalam Debu.....hihi

(apsal dashboard macam sunyi je...semua balik kampung dah yer)

Bila raya kan...biskut raya memang popular..kalau dulu mesti plan bajet nak pegi rumah yang anak-anak dia kerja jauh-jauh mesti bawak balik biskut raya yang sedap-sedap..hahaha..dengan bantuan kawan-kawan yang duduk sekampung,kita ikut je depa pegi mana-mana....budak-budak dulu selain nak makan kuih raya sedap-sedap mesti ada agenda lain..nak duit raya..hahahaha

Kat bawah ni eka nak bagi dua resepi biskut yang paling kerap habis dan mesti buat dua atau lapan belas balang.hahahahaha supaya nanti takde lah habis awal dua-dua biskut ni..macam tahun lepas....raya pertama dah licin..dapat sepupu-sepupu yang dah liat nak pergi beraya,kerja dorang nak tau apa??? mengunyah sambil tengok tv.....selain daripada kacang-kacang yang memang cepat terang..2 jenis ni pun sama....

Yang pertama..........................................

jatuh kepada


Honey Corn Flakes 


semalam eka buat biskut ni..
sebalang dapat hasil daripada menggunakan sekotak cornflakes 325 gram....
tapi malam tadi saja dalam 20 cup dah habis..
sebab sepupu eka yang awal balik raya datang nak merasa...
hahaha..konon eka suruh testing sedap ke tak...
last2 sebijik sebijik di ngap..
sedap le tuuuuuuuuu..hahaha


Resepi dia mudah je..dulu eka main humban je..
sekali terhangit..last2 rasa dia pahit sikit...
tu cita 3 tahun dulu..skang okey dah..hehehe
eka ikut bancuhan kat belakang kotak cornflakes..
cuma eka kurangkan sikit kuantiti gula..........
tak suka manis sangat...hehehe

Resepi Honey Cornflakes
kalau susah nak sebut ,sebut je konpleks madu...hahaha

Bahan A

200 g Mentega @ marjerin (eka guna buttercup) 
150 g gula ( eka bubuh 120 g jer)
4 Camca besar madu ( eka tak ingat semalam berapa camca..men humban je) haha...

Bahan B

Sekotak Corn Flakes jenama Nestle....hehe
kalau nak bubuh kacang badam ke,kismis ke boleh jugak..
Ceri

Cara-cara

Mula-mula cairkan bahan A..
sampai cair tau..kacau je atas api...tapi jangan sampai hangit..
eka buat selalu guna kuali besar tapi takdelah besar sangat...
kalau suka,masukkan ceri dalam bahan cair tu pon boleh.....
tapi eka suka taruk dua-dua...dalam bahan dicairkan dengan atas dia...

dah cair tu masukkan je cornflakes tu..gaul-gaul...
kendian letak dalam bekas besar,cepat-cepat masukkan dalam 
mangkuk kertas...dan boleh hias dengan ceri merah.....

dan langkah terakhir,bakar dengan oven..
tujuan kita bakar ni sebab nak bagi dia melekat dan padat..
madu sebagai agen pelekat tu nanti bila kita masukkan dalam oven,
dia akan mencair dan berupaya melekatkan cornlakes tu....
takdelah dia terburai..penah pegi rumah orang,cornflakes madu dia terburai..
rupanya dia tak bakar..sekejap je bakar tau..jangan lama-lama...

okey..tu je..mudah kan??? hehehe


biskut kedua jatuh kepada 

Chocolate Milky Oat 

atau nama betul dia
'suci dalam debu'..saje je ganti nama dia bagi sedap sikit..hahaha

biskut ni kegemaran budak-budak dan orang tua...
sebab dia tak manis sangat..rasa koko dan eka buat guna gula perang..
ni lagi senang gila....men humban lepastu uli-uli je......


Resepi Chocolate Milky Oat

Bahan-bahan utama

2 cawan oat..(kisar guna blender kering)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula perang
1/4 serbuk koko 
2 sudu besar minyak sapi
buttercup ikut kelembutan adunan,
tapi biasa eka guna sebuku buttercup....

kalau adunan lembut sangat,tambahkan sikit tepung jagung..
susu tepung sukati korang jenama apa..
eka guna Everyday....

cara dia mudah gila...
korang campurkan semua bahan utama tu.....
kemudian uli je semua tu.....kendian terapkan dengan pelbagai bentuk..eka kan,suka terap banyak-banyak bentuk...sampai mak kata macam main-main..
last2 tahun ni bentuk bulat ngan apa tah bentuk..macam daun..hehehehe
dan kemudian bakar mengkikut citarasa
biasa suhu buat biskut 170 Darjah Celcius....

dah masak salut dengan susu tepung..ada yang tak minat susu tepung takut nak makan
tapi bila dah ganding dengan oat dan rasa coklat tu,
tak perasan pun tu susu tepung..
cubalah..memang sedap..
lemak-lemak dan kurang manis sebab guna gula perang....

Selamat Mencuba.........


simple je biskut nya.......tapi sedap.....

p/s: semalam eka buat dua,mak buat dua..harini eka ulang balik biskut dua-dua ni...sebab nak bagi nenek,opah dan mak apple sikit..hehehehehehehe....................

jom sambung buat biskut balik.....................