Dulu kan,selalu membayangkan..andaikata lah tercampak,terkerja mahupun terkursus di luar negeri perak ini,selalu membayangkan seorang diri terkial-kial bawak beg berat dan besar kehulu kehilir mencari jalan...
sejak dah ada blog ni,eh seronok pulak sebab ada ramai blogger dari pelbagai negeri..sekaligus memudahkan kita apabila mereka membantu kita dengan ikhlas..Bila ada masalah,pertanyaan mahupun perkara meragukan,letak aje dalam blog..tentu ada yang nak bantu....
itu mukadimah..ini situasi yang sebetulnya...
dan entry ini agak panjang... bagi sesiapa yang nak tengok gambar boleh jer...
Hari ape tah tak ingat..minggu lopeh lah den ghaso eh..adelah eka mempublish satu entry di blog ini bertajuk
meminta tolong....kusut jugak kepala ni..dah la masa sangat-sangat padat woi...letih betul nak fikir..Alhamdulillah...ada seorang blogger yang kerja di Pulau Pinang sanggup menolong eka...
akak tu nak tolong ambil dan hantarkan eka ke jeti...Alhamdulillah....
Ya Allah terharu sangat wei..bayangkanlah tengah kusut kepala hotak ni memikirkan nak naik apelah dari hotel ke jeti,berapa lah rega teksi kalau nak naik,feri tu lambat tak nak seberang pulau,berapa jam lah dari sebelah sini nak ke sebelah sana,keretapi tu pukul berapa lah pulak..pergi pulak KTM kat sini,tanya dari Butterwotrh pukul berapa,pukul 2 katanya.dah tu fikir pulak,sempat ke seberang laut tu sebelum pukul 2..eh macam-macam lah kepala otak ni fikir..
serabut....grrrr
Sebab kan hari rabu nak Interview..Ya Allah dugaannya semua ni...sampai je jejak Pulau Pinang,fikir lagi..adoi jauh pulak tu rupanya dari jeti nak ke Batu Feringgi tu..terus jadi blurr gila...sampai nampak riak muka cuak eka sampai ada beberapa orang menegur....
'ka,sakit ker??
'ate kamu ni ngape eka oi monyok aje muke kamu..cer senyum..'
hakikatnya hati risau camne nak balik....huhuhu...
malam tu mesej dengan
kak niza yang kerja dekat Pulau Pinang..sambil tu mesej jugak dengan sepupu eka yang belajar kat Politeknik Seberang Perai...Minta dia belikan tiket untuk eka balik... masa pegi KTM Jumaat lepas tanya orang tu kata pukul 2 petang dari Butterworth.....tapi mesej-mesej tak balas...nak call takut tengah study.yelah orang nak exam...
Lepas mesej kak Niza,rasa lega bila kak Niza kata jangan risau,dia nak tolong hantar kan..Alhamdulilah lega rasa...fikir-fikir nanti mau jugak balik naik feri ni..berserah jerlah...
sampai pagi esoknya sempat masuk kelas kedua je pasal persaraan awam..lepastu mintak balik kat Urusetia.sepatutnya kursus habis rabu...eka sorang je balik awal...pukul 9.30 siap-siap..sepupu eka kat seberang sana call dia dah belikan tiket... pukul 10.30 kak Niza sampai kat lobby Hotel Hydro tu..terharu wei...ada yang bantu waktu eka tengah kusut2 ni...dan tak sangka dapat jumpa kak niza..sebelum ni komen-komen kat blog jer..hihi....

tahdaaaaaaaaaa..kak niza yang comel..
ni gambar ni tak bajet pun nak tangkap..nak test guna flash jer...hehe
eka teka umur kak niza ni muda lagi..dalam 26,27..
sebab memang nampak muda..kecik je orangnyer..eka pulak tetibe terlonjong
bergambar kat sebelah kak niza..hihihi
dah sampai kat jeti tu,melilau cari orang nak suruh tangkap gambar berdua.hihi
alih-alih nampak la seorang abang yang tengah beli surat khabar..
minta dia tangkapkan...dua tiga kali snap dan kakniza pun snap jugak pakai hp dia..
nanti upload eh kak..hehehehe..
baik hati kak niza ni..tengah kerja pun boleh minta izin boss dia keluar kejap..
nanti ada peluang,ada masa,panjang umur,dimurahkan rezeki kalau ke Penang,
musti nak call Kak Niza..hehehe..nak ajak jalan-jalan...hihi...
terima kasih akak....
Lepas kak Niza balik,tu eka jalan-jalan nak beli buah tangan sebelum gerak naik atas jeti tu..sekali sepupu eka call,dia kata dia takut feri eka lambat sebab tiket KTM beli pukul dua pm...jadinya dia nak datang Pulau ambik eka..dia baru habis exam pun sanggupdatang ambik eka dekat Pulau..terharu sangat weh....
senang jer perjalanan eka hari tu... sorang-sorang datang tolong eka....sementara tunggu dia,eka jalan-jalan sikit dekat situ....beli buah tangan...ecehhh............
Biasa kalau pegi Penang,mestilah beli jeruk buah pala atau jeruk mangga ke kan..
Fuhhhhhhhhhhh jeruk dia memang memasamkan hati betol ah wei..!
geram sangat tengok dia punya jeruk...
habis jugak RM 30.00 untuk beli-beli jeruk tu untuk keluarga kat Perak..
warna dia semua menarik...ada merah,hijau,oren,pelik-pelik punya asam pun ada....
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
packaging dia walau takde illustrasi grafik mahupun warna plastik yang menarik,
cuma plastik putih jer,tapi warna jeruk tu menarik hati betol la..
ada jeruk mempelam ke mangga eh??
jeruk betik
jeruk cermai
jeruk ambra/kedondong
jeruk ceri
buah pala
jeruk buah asam merah
jeruk buah sengkuang
ada buah kabung atau orang panggil buah nau...
dan lain-lain yang tak tahu nama nya
eh jakun lah aihhh tengok jeruk-jeruk semua ni..gerem
beli untuk keluarga,kawan dan pejabat punya sekali...
Call sepupu eka,Lokman namenyer...dia kata masih atas Jambatan Pulau Pinang..katanya lagi 15 minit ke 20 minit dia sampai....ohhh lambat lagila..jeruk dah beli...lepastu kaki gatal kotnya nak berjalan..hangpa tau eka pi jalan mana????
Nunnnnnnnnn naik atas jeti buat tak malu muka macam nak naik feri...bajet pelancong lah kunon..hahahaha... orang naik,eka naik..lepastu eka turun,orang naik...ha camne tu?? sebab dia ada dua lorong..naik dan turun..tapi dipisahkan dengan besi-besi..nak panjat agak tinggi..jadinya eka melawan arus turun..pelik kot tengok eka buat muke tak bersalah jer..hihi...sampai atas jeti tu ha eka naik nyer pun... sempat snap satu gambar...hehe............
ha sempat lagi snap gambar.....
melilau mata menyaksikan ramai orang beratur,kereta pun beratur naik feri..
agak-agak letih,eka pun turun....
takut lama tunggu sepupu eka,eka lepak sekejap kat cafe ni..
minum teh o ais kejap sambil baca surat khabar..
cafe ni cantik walaupun simple..bersih jer cafe dia..
tak lapar pulak masa ni..sebab sarapan pagi kat hotel Hydro tu sedap pulak ...
pepagi makan nasik beriani kat hotel...
dalam 10 minit macamtu,sepupu eka datang...dia datang ngan kawan dia..
terus gerak balik seberang sana...ajak dorang pegi makan..
pukul 1 gerak ke KTM Butterworth .... sampai depan KTM sepupu eka hantarkan..
time kasih sangat....dia nak balik kampung hari rabu sebab exam dia habis rabu..
kalau tak,boleh gerak balik sama-sama jer...
menyaksikan..KTM Butterworth..
dapat pulak Gerabak/Koc no 1 daripada 8 + 3 gerabak khas..
jauh gile bawak beg dari koc 8,beg dah la berat...
lepastu kira lah 7,6,5,4,sampai dah koc 3..tapi setiap no 3 ada pulak simbol 3 X...
ehhh sampai lah jumpa no 2..
dan akhirnya sampai no1......fuhhhhhhhhhhhh.....
tiket saye...........hihi..
saye mampu ambek Kelas biase jer..hehehe.
tak mampu ambek kelas yang mahal tu..
janji dapat balik jerrrrr.hehehe................harga tiket RM 27.00
Dalam keretapi........
masa ni tak ramai lagi naik...
lepastu ramai pulak..sampai Ipoh,lagi ramai naik....
Bye Pulau Pinang..nanti jumpa lagi naaaaaaaaaaaaaa....
eh lama betol perjalanan..6 jam tau!!
kebas buntot ni ha duduk lama benor....
nak honeymoon kat penang jugak ah lepas kahwin nanti...
eh???
seronok lah naik keretapi... hijau je..lalu kat hutan,kat Bukit Berapit,masuk terowong,
lalu Bukit Merah,nampak abang-abang buat stesen keretapi..lambai-lambai..
nampak pokok hijau-hijau..nampak tasik...nampak rumah orang..nampak best jer...
lepastu tertidur sampai la kat stesen Parit Buntar,ade budak lelaki naik...
dia punya seat sebelah eka...duduk lah dia..alahai segan pulak nak tidur..
kang ternganga ke,terkeluar air liur basi ke,buat malu jer..hahaha....
terus tak tidur..................
lalu lah semua... erm Parit Buntar,Bagan Serai,lepastu tak ingat stesen ape..
tau-tau sampai Ipoh,sampai Kampar..
sampai Kampar petugas KTM bagitahu...
stesen eka nak turun lagi dua jer..lepastu dah sampai..
hehehe..memang dah tau..tapi bagusla dia bagi tahu....bagus tau pekerja KTM..
semua mesra-mesra
sampailah Sungkai kemudian last sekali sampailah Sungai Ramping..
macam penulis blog ini..ehhhhhhhhh..hahaha
eh dah sampai lah wei..6 jam wei duduk..lenguh...
dah la kerusi dia dapat yang terbalik..lenguh kepala duduk teleng-teleng...
sampai jugak..hari pun dah gelap...........
Alhamdulillah.........
Keseluruhannya..tak sia-sia datang ke Penang..sekurang-kuranngya dah ada pengalaman baru..hihihihi...
p/s: seronoknya berblogging......