Assalamualaikum.........
aduhai dua tiga hari ini keadaan perasaan/mood saya agak jatuh menjunam..dengan ketidakselesaan akibat selsema yang tiba-tiba datang selepas balik bercuti itu hari membuatkan saya segera mengambil cuti selama 2 hari..haha..saja membazir cuti kan..padahal boleh je ambik MC..tapi malas menguasai..sudahnya 2 hari terperuk dalam bilik..pandang atas siling,pandang tepi,kiri,kanan,on netbook main facebook,bukak handphone,main plant vs zombies,tunggu apple balik keje...nak mesej le konon...lepastu baca MASTIKA keluaran Mac 2012,baca surat khabar lama-lama...ha... terisi masa luang.......
kemudian memasak untuk perut sendiri..sebab emak ayah sibuk pulak semenjak dua menjak ni..entah apa pulak rancangan mereka...saya duduk dalam bilik je tak tahu apa-apa..macam katak bawak tempurung jer...hoho.Disebabkan saya sudah mendapat gastrik semula,jadi perut kecil ini sering meminta-minta....
'hoi,lapar la,cepatla cari makan,kenyangkan aku ni.....' ... mungkin itu kata si perut
'aduhai,jangan kau makan pedas-pedas..luka urat perut kau ini...'.... ya,mungkin...
perut tank kecik,tapi selera besar..cuba masuk bilik saya,biskut,dan roti ada,selain daripada sebotol besar air kosong untuk menghilangkan kehausan tatkala akal dan fikiran serta mata melayani untuk melayari internet...
tak ada internet mati kutu...ini pun ada niat nak memotong perkhidmatan internet ini dengan alasan nak berjimat cermat..hoho..ayat nak kawen ke apa ni????
ah boleh la....
*eh ada ke yang baca coretan aku ni???
kang ada yang tak baca terus je komen entah apa-apa...haha
oh,pada dasarnya saya nak cerita pasal biskut kegemaran saya..haha..dah jadi biskut kegemaran..selalu sebelum ni makan oat jenama lain...bukan apa,kalau makan oat segera yang bancuh air tu,adohai muak la kalau nak makan,jadinya nak sihat,nak kenyang perut,makan lah yang dah jadi produk akhir iaitu biskut ni..
cicah air kosong pun sedap macam mana ni??? dalam seminggu 3 paket beli...hoii selera apa pulak la kan...
nah,ini adalah biskutnya
satu peket ini harga di tempat saya,adalah RM 3.60 + +
dalam dia ada enam paket...
satu paket ada 2 keping biskut..
jadinya total semua 12 keping..
laaaa 12 keping 'jew'???????
ada dua perisa...satu aprikot,satu apple
pilih antara dua ini...
tapi saya suka apple..bukan sebab nama dia sama dengan nickname
bakal tunang saya.....tapi sebab apple dia sedap...
disini ada kebaikan oat...antaranya ialah
*dapat merendahkan kolesterol dalam darah
*oat mengandungi 'beta glucan' yang merupakan satu serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman...
* Kandungan karbohidrat yang dipanggil "fructo -Oligosaccharide" menggalakkan pertumbuhan bakteria yang perlu untuk menggalakkan persekitaran usus yang sihat....
nak makan oat ni banyak cara dia kan,so,ni yang paling senang..beli je biskut oat..hehehe
sekian,untuk info hari ini..selamat malam... :)