27 September 2012

Cekodok Jagung

Selamat pagi.Harini tetiba je rasa lapar lepastu tengok instagram belek-belek ternampak pulak gambar cekodok jagung yang eka buat minggu lepas.Masa tu ada nenek,ada makteh ngan anak-anak,ada pakcik semua sarapan pagi kat rumah.Eka buat sampai 3 jenis cekodok.

Cekodok atau nama 'glamour' lain adalah cucur,atau macam opah eka cakap,jejemput @ jemput.

Eka buat cekodok pisang (tu nenek nak),lepastu cekodok jagung manis (bancuh dengan susu segar) Danial yang nak,lepastu cekodok jagung pedas (tu memang eka nak,sebab nak cicah sos cili).

Jadinya harini nak letak resepi yang pedas.sedapnya..rangup.

Resepi dia eka ikut anggaran jela ye.Sebab eka jenis tak sukat.letak-letak je bahan-bahan.

sebelum tu letak gambo dulu,penting.muahahaha.tapi gambo ni jela yang ada.Rasanya semua family dah faham,sebelum makan.errr tunggu kejap.nak tangkap gambar sikit..tapi sekeping je la,kang tangkap banyak-banyak,ade yang tercampak pinggan.. hahahaha


ha gitulah rupanya,penuh jagung.

Gigit je penuh jagung.gigit lagi sekali penuh bawang.hehehehe

Bahan-bahan:

1 mangkuk tepung gandum
2 tongkol jagung,parut guna pisau je.parut kasar-kasar
5 batang cili padi(ditumbuk halus)
1 biji bawang besar
air suam (ikut suka,nak lembut,lebihkan air)
garam(secukup rasa)

Cara-cara:

masukkan tepung,masuk jagung,masuk bawang,
masuk cili,masuk garam,letak air suam tu sedikit demi sedikit,
jangan cair sangat ye,pastikan dia tak berapa likat.
kacau bagi dia sebati.Jangan tak sebati,nanti liat pulak.
lepastu goreng,dan cicah sos cili.

Pastu ambik cerek,jerang air.
ambik kopi dengan teh,buat 2 jenis air,
dimakan bersama cekodok.lagi-lagi waktu hujan ni,
kompom meletup-letup jagung dalam mulut.

hahahahaha

selamat mencuba...

p/s: haishh lapo pulak rasanya.. hahahahha





26 September 2012

Sayang - SHAE

Pagi-pagi,dalam kereta housemates,dia pasang Suria FM.Pagi ni lagu nostalgia dah keluor.Lagu kumpulan NICO tu.Yang lirik dia bukalah jendela,jendela asmara,tajuknya Untukmu Sayang.(ni pun baru je aku google masa dengar lagu ni.muahahaha.. langsung tak ingat tajuk)

Bila dengar je kumpulan Nico,mesti duk teringat kenangan lama,makcik eka,makcik sue namanya,masa dia sekolah menengah,eka sekolah rendah.dia kemain punya suka kumpulan Nico,memalam dia pasang walkman,satu cucuk telinga dia,satu cucuk telinga eka,kami dengar lagu Nico sama-sama. Hahaha.

pastu lagu nico yang 'aku nico nak cerita,cerita rappers muda di kota,umur muda nak bercinta'
itu lagi fofuler... hehehe

Sambung semula cerita,dah lepas lagu nico,keluar pulak lagu catchy,sayang,sayang.Eh sedap pulak lagu ni,pe lagi,amek henpon,google je lirik dia sikit.. 'Sayang dengarlah permintaanku'..Sekali keluar nama Shae-Sayang.

Waaa lagu ini rupanya.hihihihi.

Sedap kot.

Korang,kalau nak cari lagu,tak tau tajuk,takpe,google je lirik yang ingat sikit tu,mesti ade yang sangkut.muahahaha..tu la cara eka nak tau lagu berkumandang tu lagu apa.Dan-dan tu cari.

nah,korang cer dengor... 




lirik dia sekali eka bagi.

lawa pulak Shae ni,kacukan Indonesia dan Inggeris.

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


Hujan pulak bagi ni,tido syok ni..muahahahahahaha...



24 September 2012

Maybank - Legoland Bloggers Contest

Selamat Petang buat semua.

Harini saya nak cuba pula untuk join 

Maybank - Legoland Bloggers Contest

nak join boleh klik sini


haaaaaaaa menarik kan.

"Mengapa Maybank harus memberi saya tiket ke Legoland" 
(kurang dari 500 patah perkataan).


Sejak dua menjak ini,kebanyakan cerita di laman sosial seperti Facebook,Blogspot,Instagram,Twitter,memang tak sah kalau tak ada cerita mengenai Legoland Malaysia.Malahan di media massa juga memang selalu ada iklan,wawancara mengenai Legoland Malaysia.

Memang menarik.

Dan sekaligus rasa sangat teruja dan bangga kerana Malaysia semakin menampakkan kemajuan sekaligus meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.dan Legoland Malaysia adalah TAMAN TEMA PERTAMA ANTARABANGSA DI MALAYSIA

Dulu,semasa kecil,saya selalu bermain LEGO.Lagi-lagi apabila LEGO yang diterima merupakan hadiah sewaktu saya menyertai Sukaneka di taman rumah saya.Seingat saya masa darjah 4 mungkin.Dan sangat seronok apatah lagi dapat membina bentuk yang pelbagai dan dikongsi bersama adik-adik saya.

Apabila adanya iklan mengenai Legoland akan dibuka di Malaysia pada 2-3 tahun lepas (maaf,kurang ingat) di Majalah 3,saya sangat teruja melihat arkitek Lego membina pelbagai bentuk bangunan dengan hanya menggunakan LEGO!!

Sangat menarik.

Sekarang,setelah beberapa tahun,yayyyyyyyyyyyyy sila lompat!

Legoland telah dibuka untuk kita-kita ke sana!!!



Lokasi Legoland Malaysia di Medini,Nusajaya,Johor.


dan ini antara section-section yang ada di Legoland Malaysia.

Excited!!



Ini adalah OLIE,maskot untuk Legoland Malaysia

dan ada banyak binaan-binaan menarik yang menjadi mercu tanda Malaysia...

contohnya KLCC


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dari LEGO sahaja binaan ini!!
kagum...!

ada juga Menara KL,Masjid Terapung Putrajaya,
Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Meredeka dan banyak lagi!!

untuk lebih banyak info,anda semua boleh ke 


dan 


Check It Out

Semua ni buat saya teruja.Yelah tiket free pulak tu.Dah la memang teringin sangat nak kesana..

Terima Kasih




Bukan Saya,Bukan..

Assalamualaikum.
dan selamat pagi.Selamat hari Isnin..Dah terkena Monday Fever dah rasanya harini.hahahaha.Teringat kat rumah.Semalam balik rumah sewa pun dah malam,sebab makcik ada balik dan dia pulak 'offer' nak hantar.Balik pun lepas Maghrib.Dan masa siang berlalu sangat cepat.Tau-tau dah malam dan kemas barang pastu balik.

Baiklah,saya nak membetulkan kekeliruan.Hehehe.Berikutan entry saya yang ini,bukan lah saya yang bakal berkahwin.Tetapi ADIK PEREMPUAN saya.

hehehehe

Dan saya akan dilangkah bendul,kata orang tua-tua.

Tahun lepas adik bertunang dahulu dari saya,kemudian tahun ini saya,dan akhirnya adik saya yang bakal menamatkan zaman bujangnyer.Saya amat berbesar hati dan gembire leee...adik saya nak kahwin dulu.

Tapi biasalah kan,orang sekeliling ni kadang-kadang bagi tekanan pun ada.Adik kahwin dulu pun kakak yang kena sindir..

'apela adik kawin dulu,patut kakak'

'eh tak malu ke adik kawen dulu...?

dari zaman adik bertunang dulu,asyik saye je kena tembak.Rimas pun ada.

Ape,dorang tak tahu ke soal jodoh,ajal,maut di tangan tuhan.

Kalau sekali sekala takpe,tapi bila mereka bertanya,aik adik kawen dulu?? gaya bahasanya nampak macam tak senang,pastu cebik2 bibir.apesal?

mentaliti orang sekarang tu la yang saye tak berape nak gemo ni..haish

Adoi mak ayah,keluarga sendiri pun tak kisah siapa yang kawin dulu.Sebab ini adalah Jodoh.Dah jodohnya awal,maka awal lah kejadiannya.Siapa kita untuk mempersoal siapa berkahwin dahulu.

Lagipun bukan kita tak nak kahwin.Eka pun nak berkahwin,dan eka dan bakal suami pun ada perancangan untuk masa depan kami.Lagi-lagi eka baru je dapat kerja tetap.lepastu duduk berjauhan pulak dengan keluarga,stabilkan kehidupan,ditambah pula bakal suami sambung belajar lagi lepas waktu kerja.Dan kesibukan tu berganda.Jumpa pun jarang sekali.

kesimpulannya,masih dalam perancangan.... :)
Doakan yang terbaik.




Hari Bahagia Bakal Berlaku...


Selamat malam.

Dah malam baru la terhegeh-hegeh menaip,lepastu dapat pulak netbook yang sensitif yang amat.Dah setting pun sama je.Sakit hati rasa nak campak longkang.Tapi apakan daya..

Hmmmm...

Sabtu haritu,kita pegi satu tempat..wakakakakakaka...


kita..eh kita ke? hahahahaha
kita pilih yang ini.Ribbon style....


Kita..eh kita ke?? hahaha
kita memerlukan ini...


bakal pengantin!!! hihihi

Dengan adik saya.
Nak tergelak,orang semua ingat saya adik,dia kakak.
Walaupun saya lagi tinggi dari dia..

Waaaaaaaaaaaaaaaaa memang nampak muda la saya rupanya.hahaha

ni penangan makan kapsul Virgin Coconut Oil (VCO) kot...


hahahahahahahahahahahaha

p/s : Semoga semua berjalan lancar.......



22 September 2012

Dari Mana Kitang Datang..


Awal kehidupan seorang manusia dalam rahim,

berselimutkan cinta dan kasih sayang




‎"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain, maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Terbaik". 
(Surah Al-Mukminun : Ayat 12 - 14)





Sebak..dan terus menangis....


20 September 2012

Baru Baru Baru Baru

Tak boleh nak cakap apa..
dashboard blogger telah bertukar kepada yang baru.

Tiada OLD BLOGGER INTERFACE lagi.

dari bulan April 2012 dia warning suruh tukar,
tapi ade kita kisah???

hahaha,tak kisah langsung.
ni cari nak publish komen pun kontang kanting,
biasa ar,baru.

Sekian.


* Menggagau weh..hahahahahaha


18 September 2012

Baru.

Assalamualaikum.Barulah ada mood nak cerita.

Entah,sejak dua menjak ni malas betul rasanya nak menaip.Macam malas sangat.Lagipun dah takde idea nak cerita pulak.Sebab saya melalui perkara yang sama setiap hari.

Semalam,saya dah mula pindah rumah ke rumah bujang-bujangan walaupun kami tak la single..ahaaa..Dan syukur alhamdulillah teman serumah okey,rumah pun okey cantik 3 bilik,2 bilik air dan ruang tamunya sangat luas.Boleh main lari-lari.Tapi kalau ada suami boleh la main lari-lari ye dak.. hahahaha..puihhhhh ni sapa la bagi perumpamaan kalau rumah besar boleh main lari-lari ni.

Alhamdulillah juga saya dah mula belajar memandu.

Nak mintak tolong sapa la ajar saya bawak kete ni..................

huhuhuhuhuhuhuhu

p/s: Malam tadi saya tidur nyenyak.Sangat nyenyak.Sejuk..tu yang lepas Isyak je saya terus tidur dengan jayanya.....




0


Kosong


Kosong


ooh ooh ooh


kosong

*penatla kemas barang semalam..Nanti kite cite lagi okey.


14 September 2012

Celebrate Motor Trader’s 600th Issue

Hai semua.Selamat Petang.Tadi bukak emel,ada pulak emel daripada Motor Trader untuk saya mempromosikan pertandingan ni dan menghebahkannya kepada anda semua!

Eh korang yang baca beli majalah ni,yang suka dengan motor-motor,kereta-kereta dan yang berkaitan  tu boleh la cepat-cepat ambil peluang keemasan ni!.Eh,sesiapa pun buleh join!!!!

Wei,sapa tak nak menang.Sempena Isu yang ke 600 Motor Trader ni.

RM 600.00 

Setiap pukul 6.00 PM

selama 6 minggu !!!!!!!!!!!!!!!!!

Whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaya wei kaya!

“Motor Trader is rewarding its readers with prizes worth over RM30,000 and a cash grand prize of RM10,000 to celebrate its 600th issue.


Win RM600





Cara dia senang je,

Ikut arahan macam kat atas tu.. Untuk LIKE  Page MotorTrader kat FB,klik kat sini

lepastu kepochi sikit bagitahu kat 6 orang kawan-kawan

dan jawab 1 je soalan mudah.1 Soalan je kan.Mudah la tu kan..

Jadinya,cepat,pergi jawab sekarang...

Terima Kasih.hewhewhew



Bodek




Kita hidup jangan kuat membodek..

kat mana kita kerja,kat mana kita hidup..

ikhlaskan hati.. 

Kalau kuat bodek,

maknanya perbuatan kita tak ikhlas.......



10 September 2012

Driving School


Masih belum terlambat untuk mengambil semula walaupun saya pernah masuk ke kelas ini sewaktu saya masih bersekolah pada Tahun 2005.Tetapi disebabkan saya malas nak sambung ambil P,maka lesen tersebut BATAL.

Reti bawa motor,tapi lesen tak ada,
Tak reti bawa kereta,sebab tu lesen tak ada

ngade kan,ayah suruh pegi,kita kata,okey nanti senang kita pegi,penyudahnya lebih dua tahun tak pegi,bebel-bebel ayah kite.Apa bole buat,ulang semula je la.

Lagi-lagi dah duduk tempat baru,kerja baru.MESTI kena ambik.

Jumaat lepas,saya pergi daftar memandu.Siap motor + kereta.Semalam punya kursus 5 jam.Ngantuk jangan citela,tah berapa kali saya duk menguap-nguap dalam tu.Nasibla Puan bagi ceramah tu kelakar.Bila mengantuk dia buat kelakar.

Ramai juga yang lebih berusia daripada saya,yang lain-lain semua adik-adik kecik.hehehehe

semoga saya dapat menyudahkan dalam urusan ini.Lepasni boleh la fikir nak pergi kerja guna tayar dua atau tayar  empat.Mana-mana pun boleh.


p/s: sakit tekak la harini,macam nak demam,kerja pun takde mood

Tebal,Kuat.


Bukan senang nak senang.

Muka kena TEBAL

Hati kena KUAT

Nanti dah senang,
senyum balik ingat macam mana kita susah,
walaupun masa susah tu kita menangis.

Peristiwa semalam benar-benar mengajar 

saya............................


:(






07 September 2012

Terima Kasih

Thank You Comments Pictures

Terima kasih semua

Terima kasih selalu baca blog saya

Terima kasih selalu komen di blog saya

Terima kasih sekali lagi

1600 Followers,terima kasih kerana menyokong Belog Cik Eka

Walaupun kadang-kadang saya busy,
kadang-kadang seminggu tak berupdate,
tapi kawan-kawan masih baca tulisan saya.

Thanks





06 September 2012

Jamuan Mesra Berhari Raya

Terima kasih la kat App Instagram,sejak ada app tersebut,nak edit punya senang,klik sekali dua dah siap,tak payah nak susah-susah..hehehehe.Nak upload pun senang.

Nak cerita pasal semalam,semalam Majlis Raya Pejabat saya,buat dekat pejabat cawangan Bagan Datoh,Perak.Kira-kira dalam 1 jam daripada Bandar.Sebelum ni tak pernah sampai sana,sejak kerja sini,saya baru dibiasakan ke tempat-tempat di Daerah Hilir Perak ini.

Yela,dulu duduk jauh dari sini walaupun perak jugak,tapi dah dekat dengan Selangor pun.Datang ke sini pun kalau raya setahun sekali..Ni kali pertama menyambut raya kat opis baru,suasana baru.Teringat jugak opis lama,dekat dihati.Cewahhhh...

Harap-harapla tahun depan dapat tukar kat memana..hehehe.Amin.
Semalam makanan memang banyak.Tapi ambik tak la terlampau banyak,tapi bila orang ni dah ambik sikit,orang tu ambik sikit,terus la jadi banyak.Sharing is caring kan..hewhew.

Ada mee kari,su ambik 2,bihun sup pun 2 mangkuk,saya makan bihun sup soto semangkuk,mee goreng campur bihun,lemang + rendang,kuih-muih,buah-buahan anggur,manggis dan mata kucing.Air kelapa,air asam boi,roti canai saya tak makan,lepastu ada kuih muih macam popia,seri muka,cok badak,dan ada popia mee segera,semua sedap-sedap belaka.


Makanan yang diambil.
saya makan agak banyak jugakla,lepastu malam tadi saya kepenatan,
lepas solat isyak saya terus tidur,dengan hujan,sejuk.Nyenyak saya tidur.
eh tu pun nak cita??? 
hahahaha


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
manggis,dah lama tak makan,
sedapnya..

hitam manis,hitam manis,walaupun hitam,(tapi macam ungu jer,kan)
tetap manis.. hehehehehehe

Tahun ni,saya rasa tak banyak saya pergi rumah terbuka.2 ke 3 jer....Tapi bagus kalau pergi rumah terbuka ke jamuan raya ke,memang mengeratkan silaturrahim serta kita boleh lihat bermacam-macam gaya serta bermacam-macam fesyen ada... hewhewhew....



05 September 2012

Wordless Weednesday Ke?? # Gambar Pasport


ni opismet tangkapkan,jadi takdola edit2 cam kat kodai.
tu segala eyebag,pastu parut jerawat bawah lobang hidung belah kiri 
pun ada..hahahaha


Jun 2012 punya gambar.
sebagai kakitangan baru di Jabatan P & S

Makin tahun,makin berubah muka kata orang,
mestila berubah ye dak,makin tua.

makin berubah ke makin comel tu yang nak dengar tu..
hahahahahaha



bukan WORDLESS WEDNESDAY # Edisi Diri Sendiri

Assalamulaikum dan selamat pagi.Korang dah bekpes ke belum? saya dah 3 hari makan roti calit Naturel Spread ngan Jem Strawberry,setiap pagi dua keping.Hewhewhew.Takdelah nak diet pun,jangan salah faham yer.Cuma dah jemu dengan masakan beli dekat kantin.Kot rindu,baru pergi balik.hehehehehehe

Eceh,konon sebenonyer nak update sekeping gambar,nak cakap pasal Wordless Wedensday,tapi saya mana la reti letak gambo sekeping pastu tak bercakap.hahaha

Kekadang buat jugak,ikut mood la,ni mood agak banyak,jadi baik la saye update je kan..hehehehe.

Nah,tengok ni dulu,pastu baca kat bawah pasal apa ni yer.


berat la.berat saya.hehehehe
Berat 58kg
Tinggi 165cm
BMI Normal

Sebenarnya saya tak pernah mencapai berat sebegini rupa.Teruja.hahaha.Takdelah teruja,dah lama tahu dah.sebenarnya haritu dah cecah 60 KG pun,tapi masa puasa tu,kurang sikitla,59 KG,lepastu lepas je raya terus jadi banyak gini.hehehehehehehehe

Yelah,mendadak naiknya,masa sakit haritu,berat turun sampai 50kg je tau.sedih sangat,Makan tak lalu masa tu,nak telan pun perut sakit.Tapi sekarang Alhamdulillah,saya sihat.Saya rasa nak maintain berat macamni,sesuai la dengan ketinggian saya.Cuma,saya kena beli baju kurung baru banyak-banyak dan seluar baru banyak-banyak.Sebab,kain baju kurung semua sendat tapi tang peha je la.Kesian saya,dulu baju saiz 36 dah muat,sekarang kena 38 tak pun 40.

p/s: Hati bahagia,tu badan naik.Tapi tu kata orang la,saya biasa-biasa je..hehehehehehe





04 September 2012

Tiada Tajuk

Assalamualaikum dan selamat petang.

Hujan kat luar,lebat sangat.

Jari jemari serasa ingin menulis meluahkan rasa di hati.

Tapi,

masih lagi rasa mahu atau tidak mahu menulis pada petang ini.

arghhhhhh serabut pula rasa hati.Semoga terlerai kekusutan ini.

p/s: Blur




03 September 2012

Rojak Buah Dan Bakso

Dey,dah 16 Syawal baru teringat juadah semasa hari raya itu hari.Sedap-sedap semua.Paling teringat Mee rebus rumah Pak Mertua Mak Jang.Tapi Makjang gak yang masak.Tanya resepi,dia cakap,tapi dia kata dia suka main campak-campak je,sebab tu dia takut nanti kami masak lain rasanya.

Setiap tahun diingati,macam biasa ar.Bakso kawan emak kita.

Ah malas la nak tulis,kome tengok la gambar jer.Tetiba takde mood pulak rasanya.


Rojak kat rumah Teh.
buah mangga dalam rojak tu,mak dia petik kat depan umah je

Bakso kat rumah Linda.
Kata Linda,kuah dia ni juga lada sulah,tapi bukan serbuk tu,yang biji tu ditumbuk.
rasa memang menyengat2...phewwwwww sedapnya
Teringat.Makan pulak panas-panas .Dengan kubis,taugeh..
terima kasih emak kawan saya,setiap tahu rasa baksonya sama je.
cuma pedas ngan kurang pedas je..hehehe


Cerita Si Tompok Pula

Assalamualaikum dan selamat pagi.Harini saya nak cerita pasal kucing saya lah..Asyik cite pasal diri sendiri je,kali ni bagila kucing ni interprem sekali sekala...muahahahaha..

Keluarga eka,dah lama tak bela kucing.Sejak kematian kucing kesayangan kita-kita semua,namanya 'CHEPIT',kita dah tak nak bela kucing dah.Yelah,dah kesedihan seminggu kami semua.Mana taknya,dah dia yang hari-hari ceriakan keluarga kita,sampai berak kencing semua pandai kat luar,makan pun friskies setiap hari.Senang nak layan,manja.Kita basuh pinggan dia teman,kalau nak makan pandai cakar pintu bilik eka,eh,pendek kata semua pandai la.Sampai bunyi kete & motor ayah kite pun dia tahu.

Tapi,sejak sebulan yang lepas.Eh sebulan ke dua bulan entah,lupa dah,yang penting masa tu saya dah pindah dah dari rumah.Tapi adik ada la mesej bagitahu dorang jumpa kucing.Unik katanya,macam bertopeng,lepastu ada macam tompok kat dagu dia,dah ala-ala cam janggut dah ha.tapi dia betina!! hikhikhik.

Lalu,dinamakan dia TOMPOK.Ha senang,klasik je namanya,takde mereben taban nama macam mat saleh.Senang nak panggil..hehehehehehehe.


Masa mula-mula datang,punya la kering je.Tapi kita bagi dia makan Friskies,badan terus gebu gebas,
memang seronok tengok dia lompat-lompat.Montel jer.hehehe
Setiap hari dia duduk dalam kurung ni.
Sebab dia agak agresif,tak reti lagi nak balik sendiri kalau keluar bersiar-siar.
Kena turut pulak baru reti balik.
Cuma tengahari,petang dan malam,kita lepas la dia,tapi dia suka masuk dalam rumah.
Tapi tak pernah lagi usik2 barang rumah,cuma dia suka main.

Main dengan bola.hewhewhew..

Haritu kita mandikan dia,diam jer.macam baby pulak rasa..hahaha

ish takut nak main ngan dia.terlampau la agresif..
kadang-kadang kalau datang agresif dia,gelabah lain macam.
rasa macam nak melompat je kerja dia.
Nampak lalat pun lompat,nampak cicak tepi dinding pun tak keruan,
nak main je keje

Malam haritu,malam Sabtu la rasanya.Kita bawak dia masuk rumah,ni la,malam dia main bola ni,terlompat-lompat main ngan dia.Pintu semua kunci,kami makan malam.Macam biasa,dia memang tak pernah kacau kami makan pun.Sampai makteh kita pelik,dia kata tak pernah jumpa kucing yang tak reti kacau bila orang makan.Kami pun buat biasa.Sekali dah dekat pukul 10,kami duk panggil,tompok tompok tompok.

Dia diam je,goncang balang friskies pun dia tak mari.Aik mana dia pegi ni,ingat dia nyuruk-nyuruk je dalam rumah.Lama cari tak jumpa.Mak ngan ayah dah risau,pergi cari kat luar.Makteh kata tadi tingkap tak tutup,pulak.mesti dia keluar,dia dah la tak tau jalan balik.Ayah pun cari kat luar,nampak nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuunnnn kat rumah jiran hujung,dia duk berlegar kat keliling pasu.Ish buat orang risau je si omey ni.Nasib jumpa.Pastu dia kena marah ngan Abah kita... hehehehe..Sian dia,


p/s: Korang suka kucing???? ke takut??ingat dah kahwin nanti nak meneruskan hobi bela kucing..muahahahaha






Copyright © 2012 | Reserved to Belog Cik Eka | Design By Kay SBK