19 December 2013

Honeymoon yang Ekspress

Assalamualaikum sume. Disebabkan demam ngan selsema yang baru kebah,maka hari rabu iaitu semalam la punye cite. Barula kitorang pegi hanimun muahaha. Hanimun yg gile tak dirancang.
Plan mase balik nganto baju pengantin. Tetibe je shuben ckp nak jalan2. 

Ehhh kite dah ade shuben aa. Hihi cam tak caye jew. Cam mimpi jew. 

Kite pun terus je cakap Cameron! Haha terpilih cameron. Shuben cakap ok set kul 2.00 ptg kita gerak. Kite pon erkk seriyes ni . Tengok jam baru pukul 11 lebih. Sampai umah bitau mak. Mak pon suruh pegi bejalan tenangkan fikiran. Hihi.

Naik cameron dari Tapah. Dalam dua jam dah sampai cameron. Hotel pon tak booking. Teringat plak office lame eka penah buat meeting kat Rosa Passadena ,Brinchang. Pe lagi terus masuk seb bek ada kosong. Risau gak kot takde bilik sebab cuti skolah ni cameron mesti ramai org.

Malam tu pegi Pasar malam brinchang. Skang ni kalu musim cuti skolah ade paso malam. Best gak macam2 ado. Makanan ade mcm2 brokoli goreng,udang goreng,ketam goreng,cendawan goreng,benda2 bergoreng,stoberi celop coklat,ada teh,keychain,baju bla bla bla.

Siang tadi plak kitorang ronda satu cameron. Singgah kat Raju strawberry farm,pastu kat ladang teh boh,pegi Kea farm,somi isteri gile shopping sayur,buah. Hihi sampai lenguh tangan bawak barang untuk dua2 belah family. 

Balik tadi singgah mee rebus tapah. Jumpe lak member opis lama. Borak2. Sampai umah mak pukul 6. Fuhhhh instant betul honeymoon kitorang huahuahua.

Next year, Krabi. InshaAllah.

P/s : curi2 masa nak update otw balik umah mak mertua. 

Kasi gambo sekeping. Peluk segan2 ahahaha


Malu kot lagi. Hahaha

        

Hehe sejukkkk betul kat ladang boh sungei palas ni..
       

Madu cameron sedap gile. Nyesal plak beli satu tiub. Berebut ngan shuben. Yang eka makan ni ngan sarang dia rm 2.00.


Tuje nak update hehe..



16 December 2013

Cik Eka dah kahwin!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah dah selesai majlis perkahwinan eka ngan dak apple. Tak sangka dah kawen wiwiwi. Walopon banyak dugaan yang datang. Orang ayam golek tersalah alamat, Goodies habis langsung dalam pukul 1.00 tengahari. Tapi alhamdulillah berjaya diatasi. Terima kasih buat keluarga kedua2 belah pihak,kawan2,boss n opismet yang sudi hadir dari jauh dan dekat. Blogger yg datang, kak fad. Tq so much. Walaupun banyak kekurangan. Maaf ye semua. Terharu gila kawan dr jauh datang malam lepas nikah sebab nak anta adiah,dengan kawan2 yang ramai.

Yang tak bestnya,lepas je majlis sanding,eka demam. Demam panas lak tu. Semalam pegi klinik doc kata suhu naik tinggi. Yang dak apple plak demam campak,mak mertua plak demam sampai duduk kat emergency hospital Slim masa hari sanding kami. 

Memang musim demam gaknye.

Ni eka tengah berehat je kat umah. Periuk belanga tak sempat sental lagi huahuahuahua.

Agak2 pasni nak tuko nama belog tak?

Belog Puan Eka ? Haha

Eka letak satu gambar

Photographer by Amin (ADM photographer)



Outdoor dekat tasik balun je,sebab kami berdua dah tak larat nak jalan jauh sebab demam huaaaaaaaaa sodehhhhh





06 December 2013

Seminggu Lagi

Assalamualaikum. Salam jumaat. Akhirnya, tinggal lagi 7 hari sebelum majlis eka bermula. Debaran makin kuat terasa. Hehehe. tanye kat dak apple, dak apple kata macam biasa je sebab belum salam ayah sebab ayah yang nikahkan, cuma debar jumpa tok kadi. Hahaha.. Oooo.. Macam biasa ye. Kite tengok nanti. Biasa ke tak biasa bila da ada kat depan tok kadi. 

Eka dah buat bunting baru. Tapi dekat orang lain lah. Ni yang design bunting adik eka kawen tahun lepas. Order guna emel je. Tapi cantik2 dia buat.

Elok je tak de plak pecah2 macam yang haritu tuuuu


Simple tapi cantik.
Siap 3 design dia bagi. 

Eka last keje harini. Hehe best plak rasa. Pasni siap-siap nak balik umah mak ayah. Minggu depan la lagi sibok. Butik nak datang pasang pelamin, khemah bagai. Nak baking muffin sikit. Berinai. Dan macam-macam lagi. Ni pun mata asyik nak jeling2 je jam. Baru 4.20 pm. Ohhh cepatlah masa berlalu. Hahaha

Dikesempatan ini, eka nak semua pembaca belog cik eka, mendoakan semoga majlis perkahwinan eka berjalan lancar nanti. Debaran pun makin kuat. Meja kat opis pun eka dah clearkan, dah kemas elok2 sebab dah nak mula cuti.Pastu minggu depan ada audit 5s. Tu yang eka siapkan awal2 kemas apa yang patut. Buang yang menyemak sume tu. 

Lepas majlis, eka akan review. 

Ada yang tanya, bulan madu kat mana. Sebenonyer honeymoon tak tau kat mana nak pegi. Sebab yang tu eka bagi kat dak apple yang pilihkan. Ikut je kemana dia nak bawak, hehehehehehehe. 


Eka nak siapkan apa yang patut, nanti rajin eka update lagi. Tapi lepas kahwen kot. :p 
Ni pun menaip cam ape je. Takde idea. Heheheheh...

p/s : Office eka menang tempat ketiga Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan yang berlangsung kat Borneo Convention Centre, Kuching hari Rabu haritu. Geng KIK banyak bawak ole2. Makan kuih lapis je harini. Eka dapat terubuk masin ngan pashmina lagi. Hihihih i loike.





27 November 2013

Wordless Wednesday sangat...


Kalu eka, toksah caye la nak buat entry Wordless Wednesdaynyer. Nanhadooo. 
Koman-koman, taip jugaklah 4,5, 18 patah perkataan. 

Semalam benda ni sampai. Order dari seorang blogger gak. Blogger yang sangat kreatif uols. Teka lah sendiri. Hahaha. Nanti lepas eka selesai majlis, eka akan review benda ni. 

Benda ni, sangat cantik. Menepati tema, pastu semalam balik kije, sibuk tergedik-gedik berangan depan cermin. Hahahahaha. 

Pendek kata, puas hati sangat. 



Cer teka, amenda benda alah ni? 



Pelbagai Cerita #2

Assalamualaikum dan hai. Rasa macam dah lama tak update. Last update pasal iklan tudung je. Tapi eka hari-hari bukak blogspotnyer pun. Jalan-jalan, gugel-gugel kehkehkeh. Tapi nak menaipnya malas.

Majlis tinggal lagi 16 hari. Ya Allah kekadang rasa macam tak sangka sangat dah nak kahwin. 
Ni tengah tampo-tampo muke ni. Hahahahah.

Minggu depan eka last keje. Pastu cuti, yippieee. Eka cuti 14 hari je. Itulah cuti yang eka simpan dari awal tahun. Gigih nau nyimpan coti. Cuti 14 hari tu, boleh berehat2, jalan2 ke, pastu ngemas umah lepas kenduri. Kira kendara la. Nak berjalan-jalan ke umah sedara mara. Macam-macam ni ehehehe


16 days to go.
Selalu guna Bitstips? Comic dia comel kan. Hehehehe

Persiapan ada lagi yang tak siap. Goodies pun belum siap lagi. Yang lain ada dah siap. Eka ada buat button badge untuk family. Ingat nak tempah, tapi tak jadi, Buat sendiri. Ramai boleh dapat. Hehehe. Eka buat Ribbon badges. Dari kertas dan ribbon je. Simple. Pastu gam pin kat blakang.


Camnila lebih kurang rupanyer ribbon badges ni.
Tapi ni yang tak siap lagi. Nanti eka tunjuk cara2 nak buatnyer.
Disebabkan keluarga eka kan besar dan ramai,
 saje seronok2 bagi semua makcik-pakcik pakai hehehe.

Borang nikah semua dah submit. Hehehe. Gambar je ika punya tak tangkap lagi. Sebab lepasni kan nak buat Kad Nikah Pintar @ N-Kad. Saje nak tangkap gambar masa tengah bujang. Hehehehehehe. Tapi dak apple dah siap dah bergambar. Cam Mr Arrogant katanya. Bluerkkk :p Hahahah


My Mr Arrogant
Hahahaha

Boleh tahan Hensem gak bakal suami saye ni. Opssssss
Hahaha ni kalu dia baca,
maunye kembang2 hidong dia. ahahaha

Persiapan yang lain-lain tu, mak ayah uruskan. Termasuklah bab lauk pauk, semua mak ayah & family uruskan. Minggu ni balik kampung lagi, nak setelkan ape yang patut. Tunggu sepupu-sepupu pmpuan eka datang umah, nak mintak tolong diorang skit. Nak mintak dorang tumbuk dan pakaikan inai hahaha. 

Semalam dapat hadiah kawen lagi dari kawan blogger. 


Terharu sangat!
TQ tau. Nanti akak bukak ngan pengantin lelaki 
hehehehehe

Giler tak terharu, pembaca blog antar adiah.
Sekali abg pos laju datang, bawak kotak tersengih2,
dia dah memang abang poslaju kawasan Teluk Intan ni,
asal naik opis, berkotak2 dia bawak. Tapi bukanlah eka punya sorang,
hehehehe. Semalam eka punya dua kotak jewwww...



Begitulah serba sedikit entry eka pada hari ni. Sikit ke? cam banyak jer! Hahahahaha. Lepasni eka janji, eka akan review satu-satu persiapan eka. Tapi lepas majlis lah yer. Hehehehe.

Pasni nak buat entry Wordless Wednesday lah. Jap lagi eka publish wuhuuuuuuuuuu..






25 November 2013

Baucer Diskaun Tudung2U untuk Pembaca Belog Cik Eka

Hai semua, ni eka ada berita gembira untuk pembaca belog eka. Ada diskaun untuk korang semua kalau beli tudung di Tudung2u.



Website : Tudung2u.com.my

Facebook : Tudung2U.com

Kalau korang nak tau, tudung2u ni adalah kedai tudung on9 terbesar tau. Dengan harga yang berpatutan, ditambah dengan pelbagai jenis tudung, material, corak yang menarik, memang best lah.

Antaranya 


Ada shawl labuh.


Contohnya cam shawl awan pink ni.
Ni rega baru RM 20.00 tauuu.






Ada half moon jugak.


Yang ni shawl halfmoon, ada lace kat atas.
Yang camni harga dia baru RM 65.00



Ada tudung bawal jugak.
Bawal dia pun cantik-cantik.


Bawal camni harga RM 48.00

Ada juagk bawal kangaroo, harga RM 6.00 je



Istimewa untuk pembaca belog Cik Eka,
korang akan dapat diskaun sebanyak 

15%

Jangan lupa masukkan kod

AKD2013 

(sah sehingga 30 November, 2013)

Happy shopping uols. Hehehehe.




18 November 2013

Lagi Persiapan.

Okey, kita masih lagi bercerita tentang persiapan perkahwinan. Rupanya banyak gila benda-benda kecik yang kita kena buat. 

Minggu lepas eka balik umah mak, eka siapkan buat bubble talk. 


Siap dah. hehehe pasni korang datang, boleh la nak geletik-geletik bergambo
ngan props2 ni bagai.Terutamanya sepupu2 pompuan i yang baru nak up tu hahaha.
Kompem pakai bende ni sume kalu bergambar nanti.
tak caye tengoklah eka update nanti hahahaha.


Pastu siapkan lagi goodies bag. Guna brown paper, doily paper, sticker, riben
Simple kan. Hehehe.

Eka ade pembantu. Siap tak berbaju menolong bukakkan sticker
Yang sorang lagi tukang tampal,
eka plak tukang gam riben.

tara


<




<




<




<




<




<




<




<




<


hahahahaha kegigihan dua orang sepupu kecik saya.
Sonok gak ade yang tolong, diorang nampak enjoy je tolong.

Siap tanye, lame lagi tak nak kenduri, kami tak sabo nak tolong,
gitulah kate yang tak berbaju tu, Nabil namanya.


Skang ni eka tengah nak buat button badge, Ingat nak DIY jer.
Guna ribbon dan kertas. Nanti eka tunjukkan tau. 
Jadi ke tidok entahhh hahahaha

Kalau tak post tu, tak jadi letew. Hahah




BE yang banyak. TQ Nuffnang

Hai semua, selamat pagi. Lagi 24 hari je sebelum melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hati. Ecehcehceh ayat kemahen hahahaha. Kejap je kan masa berlalu. Tapi eka jarang kira hari-hari. Kira smeinggu sekali je baru rasa cepat hehehe. Orang yang kira hari-hari takde ke rasa cam lambat? hehe

Sebenarnya dah lama nak cerita pasal Buffered earning @ be / pendapatan terumpuk.

Banyak gak yang eka dapat. Ada satu BE dari RHB yang paling banyak, dan paling lama. Yang tu sume dah dicreditkan pada akaun. Yang baru eka dapat chipsmore. 

Ni ingat nak cash out ni. Tapi ingat nak bagi banyak sikit.

Walaupun eka bukan retis blogger nuffnang. Tak selalu pegi event pun. Tak dijemput pun. Hahahahah. Blogger picisan. Ade sekali je kot pegi. Tu event DIGI. Best gak. Tapi eka suka gak la tengok iklan nuffnang ni. Semua iklan dia latest, menarik.



Semoga lepas ni lagi banyaklah BE, walaupun eka jarang update.
Hehehehe. TQ Nuffnang dan pihak2 yang mengiklan

Sibuk skit. Nanti 9/12/2013 eka dah start cuti dah yippiee. Rasanya cuti kawen dalam 4 minggu. Hahahaha. Lama tak? Tapi tak taula lagi camne, sebab dak apple cam kena keje,kalau dia keje, eka duk umah jela nampaknya. 

p/s : Bilanye nak plan pegi honeymoon? Main redahh jela nanti. Hahaha.



15 November 2013

Bunting kahwin yang ...................

Pagi ni sebenarnya rasa macam tak nak marah-marah, nak rileks je.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Panjang tak tapi kite?

Macam panjang jewww. Macam marah jewww.

Yes, memang saya marah sangat pagi ni. Marah sesangat. Tapi saya boleh control la marah ni. Ingat tuhan memang boleh control marah ni.

Citenyer camni. Eka tempah kad kahwin. Dari satu syarikat ni lah. Tengok cam okey je. Lagipun kad jer pun. Bukan ape sangat. Eka nak yang simple je. Okey kad dah siap, bayar pun dah. Buat banyak gak. 1500 keping atas permintaan dak apple. 

Setel cite kad.

Masa eka order kad tu, dia kata, nanti kita bagi awak free bunting dua unit sebab awak dah order banyak kad. Saiz dia brape kaki eka tak ingat. tapi kecik jugaklah. Eka pun kata, okeylah. Dah nak bagi kan.

Eka pun bagilah gambar kami. Dalam hati tanggapan mesti cantik. 

Hari Isnin eka call, dia kata bunting dah siap. nanti boleh la amek. Katanya. Lepastu tadi mintak opismet ambikkan. 

Pastu, bukak-bukak je, adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Buruk gila.

BURUK GILA

BUUUUUURUKKKK GILA

Gambar pecah-pecah, tak jelas punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. 
Pastu font selamat pengantin baru dia, kaler kuning. Font pulak jenis yang meleweh buruk gila. Buruk gila lah pendek kata.

Eka sms dia tadi, kata, kenapa gambar langsung tak jelas, pecah2. Owner kedai balas, senang je.

Gambarnya tak betul2 sharp bila dibesarkan akan pecah2 

ttp banting dipasang dan dilihat dari jauh nampak ok..

cuba lihat banting lain pun sama. Krn banting di lihat dari jauh..


Huhuhuhu memang la benda free, tapi kalau free pun, kenapa tak bagi elok2 aje. kan senang. Kalau tak nak bagi free pun tak pe. Eka boleh pegi tempah kedai lain. Ni dah jadi satu keje nak pi buat bunting lain plak. Hadoiii sabo jelah hati.

Bila nak kawen ni, macam-macam hal plak ha. Tapi takpela, eka positifkan hati. Eka anggap ni bukan rezeki eka. Eka pun malas nak bertekak ke memalukan kedai tu ke apa. Takpe. Biarlah dia buat camni. Berkat ke tidokkkk meniaga camni? 

Semoga perniagaan dia berjaya lah hendaknya nanti.

p/s: Sapa nak designkan bunting untuk saya? Please. Huhuhuhuhu. Nak pegi tempah lain lah.



14 November 2013

Mangsa Keadaan

Rasa nak meluahkan perasaan kat sini. Tentang kawan. Semalam, satu hari duk fikir. Apa salah saya sebenarnya. 

Korang penah jadi mangsa keadaan? 

Penat kan jadi mangsa keadaan ni. Tak pasal-pasal orang pandang serong pada kita. 
Pandang macam tak puas hati je. 

Susahlah nak cakap. Jauh disudut hati saya, saya tak suka nak cari pasal dengan orang lain. Apatah lagi dengan kawan-kawan saya. Serius tak suka.

Kalau boleh, bila kita berkawan. Seronok rasa hati. Dapat buat macam-macam benda bersama, dapat tolong menolong. 

Indah kan.

Situasi yang saya hadap ni plak macam misunderstanding. 

Maafla, saya tak terhegeh-hegeh kalau nak buat sesuatu benda melainkan ia adalah perlu untuk dibuat. 

Tolong sahaja.

Tolong bukan bermakna nak conquer semua. Tak.

Buat, salah. Tak buat, pun salah. 

Saya tahu siapa saya, apa yang perlu saya buat.

Haishh susahlah. Saya bukan nak perasan bagus ke apa. tak terlintas pun. 

Tapi kalau dah sampai block mem block, rasa macam something pulak. 

Macam mana saya tahu saya diblock? Sebenarnya saya ada dua FB. Satu FB lagi tu saya bukak jugak. Sebab ada ramai kawan2 dari opis lama saya kat situ. Itu FB pertama saya. Saya sayang nak deactivated. So, biar je. Sekali keluar suggest friends. Opkosla saya nampak. Uhu. 

Rasa macam nak menangis bila jadi macam ni. Dalam hati tertanya, apalah salah saya pada kawan saya itu. 

Tapi takpelah, dah orang tak nak kawan dengan kita dah. Kita buat biasa jelah. 


Eka dah nak kahwin, kalau boleh eka nak semua kawan-kawan eka datang memeriahkan majlis eka nanti. Eka tak suka ada gaduh, tarik muka, ke apa ke. Kalau boleh, eka nak jaga hati semua orang, tak nak sakitkan hati orang. Tapi dah nak buat camne. Sebagai manusia biasa, kita terimalah segalanya.

p/s : Orang buat kita, tak apa. Diam, senyum. Kata dalam hati, Allah SWT kan ada. Itu pesan mak. 






13 November 2013

Review Savon De Bali

Haritu menang GA dari blog Pinky Momma dan Savon De Bali. TQ 

Alhamdulillah. Makin sonok plak join GA bila dah menang hehehehe. 

Masa abang poslaju bawak kotak besar ada gambo wau kat opis, dia terus kata, ni awak punya. Eka pun cam pepelik. Eh, rasa macam takde beli barang. Pastu dia kata, kosmetik ni. Eh kosmetik. Bila aku beli ni. Hahahaha. Rupanya lupa ada bagi alamat kat owner Savon De Bali masa kak pinky umum pemenang GA.

Pastu eksaited nak bukok, yelah sebab tak tahu sapa yang bagi. Hahaha. Boleh cenggitu yer.

Bukak-bukak je, taraaaaa.. OOoo Savon de bali punya.  Eksaited tengoknya heheh.


Seraga sabun-sabunan dan scrub.
Balik umah baru bukak sume ni.


Ini yang eka dapat. 
Ada 5 item.


Scrub cofffee
Charchoal soap
Honey soap
Coffee soap
Rice soap

Yang sabun semua eka tak try lagi. Tapi scrub dia eka try dah


Coffee Scrub : RM 39.80

Nih dia scrub coffee yang memang best!
Mula-mula eka pakai, bau dia mak oi, wangi gila.
Bau kopi susu. Macam bau coffee milk dutch lady.

Feeling macam mandi kopi susu.
Eka sental, tenyeh lah semua. Memang best.
Tapi yang syoknya, baru pertama kali pakai, lepas mandi tu rasa cam bersih gila

Sebelum ni ade gak pakai scrub. Macam2 jenis, tapi rasa dia 
tak sama yang camni. Bau kopi dia sangat wangi. 
Satu bilik bau kopi. Pergh.. 
Lepas tu kulit rasa macam licin je. Tak de rasa berminyak
walopon ada minyak zaitun dalam ramuan scrub ni.

Bagi sesapa yang berminat nak dapatkan produk sabun2 ni
dan scrub yang best ni. Boleh lah ke facebook :


Ada contest tau, boleh menang RM 1000.00 


Boleh lah join ni. Hehehe.
RM 1k kot. Banyak tuuuuuu..






08 November 2013

Love You Mr Arrogant Dah Habis

Semalam, dah habis dah cite Love you mr arrogant. #LYMA tu.  Berakhir dah. Happy ending. Riso gak Zara ke Irham ke kene tembak. Sadis. Hahahaha. Nasib si psiko tu kene tembak. 

Cam tak best jeww dah habis. Petang-petang dah takde cite tu. Cite yang berganti tu ape ke tah tajuknya, macam tak menarik hati plak. Hati eka lah, hati engkorang tak tahu la plak kan. Hahaha. Macam cite-cite sebelum ni, eka bukan tengok sangat lagi-lagi kalau drama petang-petang tu. Yang eka penah ikut, cite setia hujung nyawa, pastu teduhan kasih tak tengok, pastu ada cite ape tah yang emma maembong berlakon tu, tu ade gak aa tengok sikit. Tujelah gamaknya.

Memang tak aa nak tengok. Balik opis, rehat-rehat pastu perut nak makan, misti nak masak ye dok? Sebagai bakal housewife hujung minggu je, mesti la kene rajin. Mesti. *muntah. Haha Lagipun dak apple tu, dia suka kalau makan kat rumah. Dia plak makan senang je. Asal pedas, berkuah, nasi banjir, makan. Itu jelah setakat ni yang eka belajar dan perhati. Kalu pegi kedai tomyam, asal order mesti ada sup daging, tomyam, telur dadar, kailan ikan masin. Hah tu misti. Eka pun terikut gak. Tapi kalau eka kat umah sewa, biasa masak simple je. Sambal telur ke, udang goreng kunyit ke, ayam goreng ke, sayur2 sikit. Ade poyok ke, ada sambal kicap ke, cicah ngan ikan goreng. Peh menanges makan. Hahaha.

Eh ape bab masak ni. Hahah.

Semalam tengah menanti nak tengok mr arrogant episod akhir tu, masuk wasap dak apple. 
Ayat dia, simple je.

' hensem tak?' 

amenda yang hensemnye tah,takde ape pun.

rupenye sebab gambo dia bagi tengah loading. 

Sekalikkkkkkkkkk, masuk gambo dak apple siap bersongkok (sebab nak buat N-Kad nanti) Gigih dia amek gambo, aku sekeping pun tak amek lagi. hahahah. 

Ayat dia tak menahan.


Macam mr arrogant katanya.

Nak gelak guling2. Hahahahahahahah.

tapi sekali tengok, takdela rupe mr arrogant pun.

Macam muka dia lah.  Dia ni memang suka melawak,
walaupun kekadang lawak dia kasar, tapi tak kisah pun,
sebab i pun kadang lawak kasar jugekkk. hahahaha

p/s : Dia nengok mr arrogant gak rupenye. Hahahahah. 






28 October 2013

Guest Book #DIY

Assalamualaikum semua. Harini kita cite lagi pasal preparations kahwin ea. Hehehe. Kali ni nak bagi idea untuk buat 'Guest Book' sendiri. Eka memang cadang nak hias sendiri guest book yang simple. Khusus untuk tetamu yang datang nanti. Saja nak buat lagi meriah, ada ucapan-ucapan yang boleh djadikan kenangan nanti. 

Untuk guest book eka ni, eka buat 80 muka surat. Tapi ada 3 design yang berlainan kat isi dalam tu. Eka buat sekaligus dengan belah lelaki. Kira nanti guna 1 buku je untuk dua-dua belah pihak. Untuk meja tu nanti, eka guna meja bulat yang ada kat rumah. Lapik sikit, letak buku, frame gambar, hiasan sikit. Tu je. 

Kos untuk buat guest book ni, memang tak mahal. Eka kira secara kasar rasanya dalam RM 45.00 + + la. Murah kan. Hehe.


Yang eka gunakan.

Eka buat dalam microsoft word je, eka print 3 design, photostat 80 helai.

Lepastu eka mintak tolong kawan eka. Aqilah. Bride to be gak ni. Hehehe. 
Kitorang selalu bertukar2 idea, bertukar2 cerita,
lagipun kitorang punya tarikh sama, nikah sama, kenduri sama.
bakal suami pun dari negeri yang sama. Hehehe.

Binding kan, macam binding thesis tu. 
Mula-mula nak comb binding je. Tapi kalau buat buku gini,
lagi kemas kan.


Kos dia.

1. Photostat RM 8.00

2. Binding RM 20.00

3. Pembalut buku (beli kat kedai alat pengantin) RM 1.00/helai

4. Bunga (sebenarnya pin baju.) 6 kuntum@RM 10.00

5. Riben RM 1.00/Meter

Tu je. 
Untuk gam, eka guna glue gun sebab dia punya gam kuat sikit lekat.
Pistol gam tu pinjam Aqilah punya. Hehehe tq Qil


Ni ha hasilnya. Simple je. 
Nanti orang akan bukak2 buku ni kan, bunga tu semua dari kain chiffon, 
so tak yah risau dia penyek ke apa. Setel satu. Hehehe.

Pasni eka nak DIY bubble talk. 
Dak apple tanye, nanti ade props ke tak macam bertunang haritu.

Ada eka buat sikit nanti. Nak suruh dia pakai mustache lah nanti hahaha.

Kalau sesapa nak buat, kalau pandai buat sendiri, boleh buat sendiri. Lagi puas kan. 
Eka ritu memula nak beli je. Tapi nampak ramai Bride to be buat, 
hasil pun simple dan menarik,
eka pun ingat nak buat jugaklah untuk hari bahagia nanti.



21 October 2013

Throwback E-Day

#Throwback

Tengok gambar ni, rasa macam kejap sangat masa berlalu. Daripada tarikh 5/5/2012. Sampailah sekarang. Dah nak kahwin dah pun. Dalam sebulan lebih lagi, title bertukar. Dari Cik kepada Puan. Nama blog ni nak tuko ke tidak??? ahaha. Cik Puan Eka lah nampaknya.

Macam-macam dah dilalui bersama. Orang kata bertunang ni seronok. Tapi eka rasa, biasa je. Maksima punya tahap. Orang tua-tua kata, jangan seronok sangat bila bertunang. Biasa-biasa jer. Orang tua-tua kata, bertunang banyak dugaan. Ni memang eka iyakan. Masa ni lah kesetiaan dan kejujuran kita diuji dan juga teruji dan juga menguji. Kesimpulannya UJI. Hehe.

Masa ini jugaklah nak tengok sejauh mana keserasian, kesefahaman. Eka rasa dulu-dulu tak fikir sangat pasal benda ni. Tapi bila dah nak kawen, baru nampak perubahan. Perubahan dimana, sama-sama nak faham masing-masing. Walaupun ada sedikit percanggahan. Hahaha canggah sangat.

Tapi betul. Kan masa kita nak buat persiapan kahwin kan. Kat mata kita, dah okey cun cantek dah benda ni, tapi kat mata dia, ada je tak kena. Haha. Masa tulah bertegang urat. Masam muka. Huh! hahaha. Tapi bila dah okay, mengalah jelah. Malas panjang cite.



Bakal mak mertua sarungkan cincin.

Lepasni ada orang pakaikan gelang pulak. :p





14 October 2013

Persiapan 50%

Assalamualaikum semua. Harini eka masih kerja lagi, petang karang baru balik rumah mak ayah yippieee. Padahal baru je balik dari sana semalam. Kehkehkeh. Eka kena simpan cuti ni, untuk majlis nanti. Cuti tinggal lagi 15 hari. Tapi amek cuti raye aji untuk rabu ni, tinggal 14 hari. 14 hari tulah eka nak ready siap-siap untuk cuti kahwin.

Persiapan sekarang ni sedang giat dijalankan. Sabtu lepas dah siap dah beli bag untuk door gift. Untuk tetamu eka DIY brown paper. Setel beli barang semua. Simple. Dalam taruk makanan termasuk telur.

Tak jadi plak nak DIY bunga untuk khatam Al- Quran sebab mak dah belanja bunga telor. Hikhik. Pastu mak belanja sekali bunga pahar untuk dibawa ke rumah dak apple nanti. Tq mak. Hehehe.

Untuk cenderahati belah dak apple pun dah siap beli. Kahwin ngan orang Perak, kompem lah bercirikan negeri perak. Hint dia, banyak kat Kuala Kangsar. Opsss. Hahahaha.

Untuk guest book, eka DIY jugak. Sekarang ni tengah binding buku tu. TQ Aqilah sebab tolong kita bindingkan buku tu.

Untuk kad kahwin. Minggu ni siap.

Borang nikah, dak apple pegi setel lagi petang ni untuk dapatkan borang 5 itu.

Baju nikah pun dah setel. Eka beli siap je baju kurung moden. Baju melayu dak apple pun beli sekali kat tempat yang sama. Warna dia  lebih kurang warna nie.



Light Purple

Warna dia sangat soft. Ada beads yang minima. Sekarang ni nak cari tudung ngan veil je.Eka pakai shawl jelah. Untuk majlis nikah ngan sanding. Veil ingat nak sewa. Sebab nak pakai untuk nikah je ni. Nak cari warna sedondon.

Sekarang ni kasut je belum cari. Hehehehe kasut kena beli sendiri kerana kasut kat butik saiz standard 7-8. Eka punya kaki saiz 9. Sebab kaki jenis panjang punya. Hahahahaha. Memang tak muat aaa kat butik. 

Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Tinggal sikit je lagi ni. Nak cari hiasan untuk bilik pengantin. Hewhew. Nak yang soft2 jer kalernya. Maybe cream. Pastu tabur rose petals. Buat bentuk LOVE. Romantik tak? hahahahahaha.

Pastu ape lagi ea. adeh banyak gak. Hehehehe


p/s: Tinggal 1 bulan 4 minggu. Berdebar rasa hati. :)









11 October 2013

Kenapa Post Lambat Keluar di Dashboard?

Sebenarnya kita dah perasan dalam bulan lepas dah ni.

Asal kita post entry, dia tak automatik terus appear di dashboard. 

Kadang, hari ni update pukul 4 petang, pukul 2 pagi berikutnya baru dia keluar di dashboard. 

Impaknya, orang tak perasan kita update. 

Yelah, kalau kita punya link blog ada di list blog kawan-kawan kita, sah-sah lah memang tak nampak apa pun. Nampak post lama je.

Kalau ada blogger yang perasan pun bila kita ping link blog dekat facebook dan fan page je. 

Kenapa ea? ada pape ke?

03 October 2013

Percubaan Pertama - Bunga Tisu

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah jarang updated blog. Uhu.. Lagi plak nak exam jpa ni. Selak belek-belek buku. Tapi takdela baca sangat. Hehe sekali imbas.
Persiapan kahwin slow skit ni. Lepas exam baru bole fikir balik. Belah dak apple bertungkus lumus. Siap dah meeting family ! Eka punya family hari raya haji ni baru nak meeting.
Tadi eka post satu gambo bunga telur kt setegrem ngn fb. Dah lama nak buat bunga camtu untuk majlis khatam Quran nanti. Lagipun tak banyak. Dalam 30pcs. Minat la plak. Hihi. Gigih menanya keroteh ape deme guna. Rupanya crepe paper. Pastu ada yang komen. Buat guna tisu.
Eka cuba guna tisu tadi. Jadi. Pasni bole la buat sendiri.. Wiwiwiwi..
Bunga pahar je eka tempah sebab tak larat nak buat banyak2..
Ni lah hasil gegodek guna tisu. Tutorial nanti masa eka wat bebetul eka post ea..

01 October 2013

GA Savon De Bali With Pinky Momma.Com

Setelah sekian lama tak update, pc kat opis dah ghosak dan sedang masuk 'spital'. Hua hua hua. Harini nak join GA. Sebab dah lama tak join GA. Hadiah dahla best. Rugi la plak tak masuk. Cam best je GA ni. Dapat satu hamper . Hahahaha. GA kali ini ditaja oleh Savon De Bali. Produknya semua natural tau. Takde chemical. So, boleh guna tanpa rasa takut.


Kite penah tengok iklan Savon De Bali ni kat Harian Metro. Masa tu ade gak rase nak try. Tapi tak tau la nak beli kat mana kan. Sekali nampak ni dalam Blog Pinky Momma. Apa lagi, laju-laju join. Hehehe Mana tau rezeki nak berumah tangga. Hekhekhek. AMIN.

Ni hadiah dia.


Best best 

Cara-cara nak masuk GA ni


1. Followers Blog Pinky Momma dot Com 
(dah follow sejak sekian lama, wiwitttt. Hehehe)

(Pun telah diLIKE. Hehehehe)

(dah LIKE juga, yayyy hehehe)

3. Tag 5 orang kawan untuk join dan memeriahkan Give away ni,
Eka nak tagg kengkawan eka ni:-



4. Lengkapkan slogan seperti di bawah:
"Saya ingin pengalaman berspa di rumah dengan Savon de Bali kerana..."
Saya ingin kulit saya sentiasa halus,mulus,wangi dan berseri.
Sebagai bakal pengantin yang bakal berkahwin pada Disember 2013 ini,saya amat menitikberatkan penjagaan diri untuk kelihatan cantik,segar dan menarik semasa hari persandingan nanti.

Apabila berkahwin juga, kita harus kelihatan cantik di depan suami.
Sesuai dengan produk Savon de Bali yang boleh dilakukan dirumah, ia mungkin boleh menjimatkan masa kerana sebagai wanita bekerjaya yang tidak punya banyak masa ke Spa. 

Antara produk Savon De Bali

Kopi Scrub. Ni mesti bau kopi wangi ni.
Sental ni mesti rasa halus je.
Kopi kan memang bagus untuk kulit



Charcoal Soap. 
Ni dengar cite best ni. Hehehehe


Ni sabun susu kambing.Dengan Bali red rice.
Ni cam sabun susu beras.
Untuk body.




Jom join cepat. 

p/s : Rasa cam malu baca slogan sendiri, tang perenggan kedua.Hahahahahahahaha :p









23 September 2013

Tema Menyalang @ Bertandang

Sebelum balik Perak semalam, eka ngan dak apple singgah jap kat butik pengantin untuk majlis menyalang @ menyambut kat sana. Ceh, dah pandai guna perkataan menyalang. Padahal baru je tahu perkataan menyalang tu masa menulis detail dalam borang pakej andaman tersebut. Hiuhiuhiu.

Den tak sangko, den pandai dah cakap nogoghi smilan. Hahahahaha.

Tapi dalam pade pandai cakap nismilan tu, kekadang terkeluo le gaya Pah Bedah dari Perak gak. Hehehe.

Pilih punya pilih, tak sangka lak dak apple amik warna Royal Green. Memang nice la warna dia. 

Memula dak apple kata, dia cadang beberapa warna. 

1. Ungu Kuat
2. Merah Tomato
3. Hijau
4. Peach 


Eka memang tak membantah apa pun warna yang dia pilih. Ikut suka dia. Sebab nak kawen sekali, biarlah dia sendiri buat pilihan kat belah dia. I is tak kisah.

Pastu dia ingat nak amek turqois. Tapi tak jadi sebab lebih kurang ngan majlis umah eka je. 

Pastu cari merah tomato, takdo.

Tengok songket. Dio cam tak bokonan lak. Cancel songket.

Pastu nampak peach. Eh cam cantik lak ai kaler eh. 

Cek date, alamakkkkkkkkkkk, Ado orang pakai, tarikh samo lak. Adehhh.

Pastu nampak lak satu baju. Kaler Royal Green. Nak kata hijo pucuk pisang tak, hijo zamrud @ emerald green pun tak. Kira sedang2. Tapi memang cantik kalernyer. Baju ni baju baru, adik owner butik tu punya kenduri dua minggu lepas.

Dak apple terus tanya kat pekerja butik, Kato eh. ' Ni baju lelaki mano kak? den nak tengok.'

Terus ahkak tu pi amik. Bagi kat dak apple. Dak apple terus bokonan design dio. Terus bukak butang, dio cakap polan. Boleh ko den torai ni. Hahaha. 

Terus je eka cakap, kak, nak try. Kak tu pun kata, try try.

Po laie, bokonan toruih la dak apple. Den pun nak torai gak aaa baju pmpuan ropol2 engko. Hahaha. Cun gak. Testing memang ngam2 ngan badan kitorang berdua. Macam tak payah nak alter rasanya. Tapi tetap gak nak alter seminggu lepas kahwin. Lagipun dak apple cerewet skit. (same je ngan org yg menulis ni) hehe. Happy je dak apple lepas dapat apa yang dia nak. 


Nice colour



p/s : Semoga dipermudahkan. Mula dah bayo deposit sana-sini.









Coconut Shake Klebang @ Melaka

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tak sempat nak update dah beberapa hari ni. Hehehe. Sibuk sikit. Sibuk jalan-jalan. Sambil sibuk makan-makan. Hahaha makan sesaje.

Hari Sabtu haritu, eka ngan dak apple pegi Melaka. Kat Taman Krubong Jaya. Nak pegi kenduri kawan opis dak apple. Namanya Wani. Nak pegi, biasa ar. Mesti makan langsat 2,3 kilo baru jumpa destinasi. Hahhaha. Dak apple ni macam-macam betul, boleh pulak dia tertinggal kad kahwin dak wani kat opis. Menggelabah la whatsapp dak opis dia, suruh send peta. Pastu guna plak Gps henpon eka. Sampai lah kat area Krubong tu. Pastu lost. Hahahaha. Meluat la plak kejap turn right,turn left. Akhirnya berpandukan peta, gps,call2 jumpa gak. 


Nilah dia kawan opismet dak apple.
Kawan eka gakla. Hehehe kawan kat fb.
Selalu ngusik2 ngan wani ni. Peramah orangnya.

Masa tengah sanding, eka tangkap gambar dia,
sekali dia lambai-lambai. Perasan jugak eka kat situ. ehehe

Tahniah Wani. Lama gak kat kenduri tu. 
Tunggu member2 opis dak apple yang lain datang.


Macam biasa, kalu pegi umah orang kahwin, mesti ada budak2 comel.
Sambil mak ayah dia makan, mintak pinjam jap anaknya. 
Tolong pegang aaa senang cite. Hahahaha. Damia nama dak kecik ni.
Comel, tak nangis langsung. Mengikut cerita emak Damia, 
dia nangis kalu kembung perut je. Perghhh baik Damia.
Nak anak cam Damia. Hahahahahaha

Selepas je kenduri, kami ke Paya Rumput plak.
Nak melawat kawan eka, Muher. Baru lepas bersalin sebulan
dan masih berpantang kat rumah neneknya di Melaka.
Alang-alang ke Melaka kan.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni namanya Aisya Humaira.
Aisya tido je sepanjang eka datang.
Sekali imbas cam muka Copi anak Atita Haris lah.
Memang sama kalau tengok dedepan.

Pastu kat kat umah Muher, Nenek Muher memang layan tip top giler.
Hidang kami macam-macam makanan. Siap cedukkan lagi kuih udang.
Termasuklah kuih udang alor gajah,
pastu kuih bahulu kemboja, karipap. 
Buah berangan goreng,buah dukung dan rambutan pulak dari Kelantan.
Suami Muher orang Kelantan. Memang sedap la. Manis gile.


Ni ha, suami Muher siap bungkuskan kami buah-buah ni.
Sedap. Manis. Tq Muher and family.
Memang best.

Lepas je ke Paya Rumput, kami ke Klebang plak.
Tetiba lak teringin nak coconut shake yang terbaekkk kat Klebang tu.
Jalan memang tak tau, guna gps je. Seb bek jumpe.




Ni la kedainya. Dak apple interprem lak kat situ. 
Hahaha. Kalau nak pegi Coconut Shake Klebang ni,
kedai dia tepi jalan besar, sebelah Caltex.
Tapi, yang tepi jalan tu kalo korang nak take away.

Kalau nak makan situ.Parking kat dalam. 
Kedai dia kat sebelah rumah dia je. Memang ramai gila.
Full house. Macam-macam kuih muih ada.
Nasik lemak dia memang best. Nyesal beli satu. Hahahahahaha

Rega RM 1.20 je



Ni aaa paling sodap skali.
Coconut Shake Special Original Klebang.
Ada aiskrim vanilla jenama walls yang memang sedap.
Bila sedut je air ni, gigit-gigit, terasa chunky isi kelapa tu.
Dengan lemak manisnya cukup rasa. 
Perghhh ni terliur la plak sewaktu menaip ni. Hahahaha

Rega RM 2.20 je tau.

Mula-mula, pegi kat kaunter, bayar berapa gelas nak.
Kemudian dapat resit. Lepastu pegi duduk. Baru je duduk,
datang pekerja kedai, terus je cop resit. terus dapat coconut shake.
servis terbaek. Cepat walaupun ramai orang.
Balik tu tapau lagi. Hahaha

Ingat pas je kat Klebang, nak jalan-jalan lagi,
tapi dak apple plak dah nak nengok bola. 
Negeri Sembilan vs Terengganu. 

Adehhhhh. Habis cancel nak jalan. Sampai stadium Paroi. ade member dak apple.
Masuk sekali ngan dorang.


Kemaen dia nyerongen. Half time.
Masa ni, Negeri Sembilan dah dapek duo bijik goal.Suko aa.

Tapi akhirnya, kalah. Hihihihihihi. 
Kuciwa je dia dan kengkawan dia. Punya la somangat masa goal sebelum tu,
sekali alamak. 2-2 tapi n9 tak layak dah. 

Hehehehehe

Okey tu je nak cite. Kesimpulannya kalau pegi Melaka, trylah coconut shake Klebang ni.
Terbaek sodap meletop2.Hehehehehhee