27 March 2013

Jawatan Kosong Pelbagai Jawatan SPA Perak 2013

Kepada yang berminat dan berkelayakan,boleh cuba memohon.In sha Allah kalau sudah rezeki,pasti ada. Bolehla kita bekerja di bawah satu Kerajaan Negeri.

Cuba,cuba. Kekosongan sangat banyak.

Gunakan Mozila sahaja ya.

Senarai jawatan : 

1. PEMBANTU AM PEJABAT (Gred N1) - 28 kekosongan

2. PEKERJA AWAM (Gred R1) - 40 kekosongan 

3. PENGAWAS HUTAN (Gred G11) - 26 kekosongan

4. TUKANG K2 (Gred R11) - 37 kekosongan

5. PEMBANTU LAUT (Gred A17) - kekosongan

6. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17) - 70 kekosongan

7. JURUBAHASA (Gred L17) - kekosongan

8. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17) - kekosongan

9. JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17) - 34 kekosongan

10. PENYELIA ASRAMA (Gred N17)  - kekosongan

11. PEMBANTU MUZIUM (Gred S17) - kekosongan

12. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17) - 25 kekosongan

13. PEMBANTU TADBIR (KEW) / PEMBANTU AKAUNTAN (Gred W17) - 52 kekosongan

14. JURUAUDIO VISUAL (Gred N17) - kekosongan

15. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17) - kekosongan

16. RENJER HUTAN (Gred G17) - kekosongan

17. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27) - kekosongan

18. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (Gred G27) - kekosongan

19. PEMANDU KENDERAAN (Gred R3) - 40 kekosongan

20. OPERATOR LOJI (Gred R3) - 10 kekosongan

21. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3) - 22 kekosongan

22. PEKERJA AWAM KHAS (Gred R3) - 14 kekosongan

23. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S41) - 39 kekosongan

24. TUKANG K3 (Gred R9) - 13 kekosongan

25. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (OPSYEN BAHASA ARAB (Gred DG41) - kekosongan

26. PEMBANTU SYARIAH (Gred LS17) - kekosongan

27. PEGAWAI SYARIAH (Gred LS41) - kekosongan


Permohonan Secara ONLINE @ Dalam Talian sahaja. 

KLIK SINI untuk mohon 

tarikh tutup 12 April 2013



cuba la mohon. Mana tahu rezeki kan. Doa banyak-banyak ya. 






21 March 2013

Kacang Pool Haji #JB

Assalamualaikum dan hai semua !! Waaa rindunyer nak menaip. Rindu sesangat. Huh komputer rosak la pulak. Masalah hard disk katenyer. Hmm cepatla baik. Gile pening takde komputer ni. Nak meng Google pun susah. 

Banyak bende nak cite sebenonyer. Dari A-Z la pulak. Pengalaman banyak yang best best ni. Hehehehehe.. Ni pun dah hilang sikit idea nak menaip ni tapi kugagahi jua. 

Nak cite pasal pegi JB. Ini adalah kali pertama dalam hidup menjejakkan kaki ke Johor Bharu. Wiwiwiwi.. eksaited kot. Hahaha. Tapi macam biasa arrrr.. Cite pasal makan-makan dulu. Hahahaha. Bab makan memang selalu jadi keutamaan di dalam ini blog.

Mempersembahkan,

Kacang Pool Haji terbaekkkkkk dari Johor Bharu. Yang ni cawangan kat Bomba tu ha. Tak tahu jalan pun. Kawan seopis punya kawan yang bawak. Kira hilang ar mengidam. Kot nanti masa pregnant,termengidam kacang pool haji pun tak de rasa apa daaaaaaah. Sebab dah rasa. Eceyceyceycey kalau berangan kan main.. hahahahahaha...


Kedainya.


Nah,tunjuk gambo dulu. Wiwiwiwiwiwiwiwiwiwi


Amacam?? terliur tak? hehehehehe

dahla kentin pejabat totop harini. berkeriut muka,perut nyanyi tengok gambo ni. 
hadeyyy tensen betul rasa. Hihihihihihi..

kacang pool ni ada rasa macam daging sikit,pastu ada rasa pedas-pedas sikit,
ada rasa kacang lah yang utamanya.
pastu an ada telur mata kobau,pastu ada hirisan bawang besar,
hirisan cili hijau,ada pulak limau kesturi perah atas tu,kacau-kacau.

Rasa dia,melettttttttttttttttttttttttopppppp 

roti dia gebus gebas calit dengan butter.

Tak lama aih. Lepas je dalam 10 minit gitu, habissssssssssssssss



licin der.. licin.. hahahahahahahahahaha

sedap kot. 

Tauhu bakar ngan cakoi bakar pun sedapppp ooooooooo
Pertama kali jugak makan tauhu bakar,sedap!
ada tauge,timun. Gaul dengan kuah rojak special tu.
nyum nyum rangup gila kot.. 

Cakoi yang biasa kita goreng dan calit ngan kaya tu,
kat sana depa bako.. 
gaul sekali ngan tauhu.


#jatuhcintadenganmakanankatJB.

hahahahahaha.Nanti kite cite stimboat Dataran JB pulak yaaaa.. Tatatatatitititutututu



18 March 2013

Saya di Pangkor

Saya di pangkor menikmati keindahan alam..........dan kerja.

Bunyi deruan ombak.

Pasir memutih

Indah rasa

Tenang dan damai..

Selesa dengan angin dan bau laut.

Esok ada jungle tracking,kayak dan island hoping.. Pastu ada memukat plak.. Layannnnn..

#team building Jps Perak

13 March 2013

Jauh perjalanan Luas pemandangan

Esok,lusa,tulat.

Melaka

Johor

Singapura

Balik sehari,cuma ada Ahad untuk rehat.

Isnin - Rabu
Sambung semula ke Pulau Pangkor untuk team building.

Aktiviti seronok jugak. Ada jungle tracking,kayak,island hoping.

Doakan semoga perjalanan saya dan kawan - kawan sepejabat  selamat pergi dan pulang ya.

Nanti eka share cerita  menarik kat korang semua yer

Dan lagi satu,saya tak dapat nak update banyak-banyak. Pc kat opis rosak. Ni guna hp je. Hehehe

11 March 2013

Gift From Mary Kay

Jap lagi lah cite pasal Rock Oo.. Hahahaha nak cite pasal Mary Kay dulu.

Tadi dapat parcel daripada abg TNT. Kemain beso lagi. Sapa punya. Sekali dia kata ni cik Atiqah punya. kahkahkah.

Yela aku punya la tu. Dah agak dah mesti sampai harini. Sebab minggu lepas pihak Mary Kay ada contact.
Maaf sangat pada pihak Mary Kay sebab saya tak dapat hadir ke
Event One Woman Can / Beauty Contest.
Lepas ni Cik Eka akan publish mengenai contest tu. Boleh menang ke Hong Kong tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !! sapa tak nak kan. Meh tengok apa Mary Kay bagi.. Sayang Mary Kay tau!! TQ Mary Kay


 Hai Cik Atiqah. Ni barang Cik. 
Kelip-kelip mata kat abang TNT.. kihkihkih..
Kelip okay,bukan kenyit.


Buka - buka je,nahhhh.

Perfume sempena ulang tahun ke 50 Mary Kay - EDP Dance to Life. Wangi 
ada lipgloss,mascara,sheer dimensions powder,ada set timewise@trial miracle set.

Memang mascara dah habis. Memang sesuai sangatla datang tepat pada waktunyer. hehe


nanti kite try semua benda ni.
nanti kite cite pasal contest Mary Kay yerr..

tata





Sabtu yang lalu..

Assalamualaikum dan hai semua ! Selamat hari Isnin. Takde dah istilah Monday fever ke Monday Blues ke,tapi Monday yang bertenaga !! Hahahaha . Mengah lagi ni tadi pegi balik umah,handphone tertinggal kat rumah pulak dah ! Chait ! Hadoiiiii.

Ingat dah sumbat dalam bag,rupanya balik tadi,ade bawah bantal. 

Lupakan kisah itu,handphone dah ade ni ha. Ha ha ha. Cam la tunang aku nak mesej waktu opis hour ni. Baik dia pi buat keje lagi baguih ! Aku lain ar,keje tak bape banyak arini. Har har har.

Sambung cite, hari sabtu haritu pegi teman Dak Apple pegi UKM Bangi,amek baucer buku dia tu. Sambil tu  dia nak wakilkan kawan dia sekali,Amir namanya. Amir tu pegi Umrah. Siap bawak kad matrik ni ha. Tapi nanhadoo tak boleh wakil pulak. Hmmmm. Patut kena buat surat sikit kata kak yang bertugas tu.



Dah tu konon-konon lagi lah kan,nak pegi menebus baucer tu lah kat MPH. Ajak pegi Midvalley. Silap percaturan daaaa.. Tahu baik pegi menyopping kat The Mines je. Punya lah ramai orang kat MV tu. Semak lak kepala masuk MPH orang beratur yang amat panjang nak bayar. Tu baru nak membayo,belum lagi nak amek barang,berlaga bontot bahu pulak. Macam biasala Dak Apple muka dah masam. Dia bukan suka ramai orang.

Jom,balik. Hahaha

Eh tapi nak cite lah,sebelum pegi MPH tu,kita sempat nengok wayang. Pun sama jugak beratur yang amat panjang. Aku nak beli on9 je sebelum tu tapi dak apple tak nak. Walk in je katanya. Pastu jangan nak kecoh haa beratur panjang-panjang. hahahaha. Kalau aku beli on9 takpayahnakberaturpanjangpanjangterus pegikaunterjerrrrr

Sambil beratur memikir nak tengok cite apa,jadi kita tengok cite Rock Oo. Dia nak tengok. Katanya ramai orang share kat FB cite tu lawak. Ikut jela. 


Rock Oo. Lama eh tak tengok movie. 

Sambil menanti kita pegi Food Junction MV. Eh ade tempat baru dah. Haritu pegi in progress. Selalu kalau pegi MV,Food Court dia kat tengah-tengah jalan. Open air. Orang nak lalu selalu bertembung ngan orang bawak claypot mee berasap-asap. Ganggu kan. Bagusla pihak MV buat satu Food Court yang cantik,selesa  dan kemas ni. Tak ganggu orang lalu lalang. 

Nak makan kenyang lagi makan kepsi. Lepas tengok wayang baru makan la nampaknya. Nampak stall dessert. Ingat kalo ada sago gula melaka nak la try. Tapi takde. Sago berkuah fruit juice. Tak tahu pe rasanya. Baik amek yang hot order. Nah,amek lak Ice Floss Mango Korean. Nampak orang pegang cam sedap. Rega dalam Rm 9.50 rasanya semangkuk ni. Rasanya,sedap! Halus. Dak apple kata cam bihun. Tapi rasanya dia makan lagi banyak dari aku. Hahahaha


 dap tak nampaknya?? hahahaha

 tetiba rasa meleleh air lior. 
Rasa dia halus,lembut cam eskrem.
Ada lak buah mangga kat tepi. Ada bubble.
Aku tak suka bubble tu.Suka mangga dia je ngan eskrem tu. 

Eh jap lagi ah cite pasal Rock Oo.









07 March 2013

Kata-Kata Hikmat


Terpandang kata-kata hikmat ini di wall rakan facebook.

Bila terbaca,saya sedar dan mengakui bahawasanya kata-kata ini sangat tepat.

Kalau hendak diceritakan,mungkin agak sulit untuk diceritakan. 

Tetapi saya sedar bahawasanya segala dugaan,ujian,nikmat dan kebahagiaan itu datang untuk menguatkan hati saya.

Yang penting,kuat. 





04 March 2013

Tom Yam Noodles yang Sedap !

Assalamualaikum dan hai,selamat pagi ! Jumaat,Sabtu,Ahad,sampailah ke hari ini,gusi masih lagi bengkak akibat gigi bongsu yang kedua nak menumbuhkan dirinya. Sebenarnya gigi bongsu tu dah tumbuh pun. Dah elok je kat hujung tu. Tah napa sakit pulak gusi.

Nantila cite pasal tu. Malas nak fikir sakit. Telan pain killer gak akhirnya. Huuuuuuuuuuu

Harini cita pasal mee segera lah ! hahaha Padahal selalu kena marah sebab makan mee segera. Nak buat camne. Kekadang je makan. Sedap kot ! Lagi-lagi masa hujan,sejuk je kan. Hihihi.

Dari minggu lepas cari mee Sedaap goreng perisa Asli. Stok dah habis. Tapi jenuh mencari idak berjumpa. Habis di kedai kedai berhampiran ! huuuuuu. Memang ramai sangat peminat mee goreng sedaap tu kan.

Balik rumah mak ayah minggu baru ni,nampak la Mamee My Chef - Creamy Tom Yam. Yang resepi daripada Chef Ismail tu. Tengok cam sedap. Mee kenyal ala-ala Jepun,siap ada dried vegetable yang mempunyai campuran udang kering,kubis kering,cili kering,daun limau purut kering dan juga daun sup kering. 

Eka pun masak lah. Siap letak sebiji bawang. Kalau makan mee segera,mesti nak letak bawang. Tu memang kemestian tau dak. Hehehehehe.

Bila masak je,bau dia nyegat wei. Wangi jer rasa.

Ni dia,dah siap. 


hirup tengah panas.
sedap ! 

rasa pedas sedap
rasa kuah sedap
memang nampak sangat creamy
lagi sedap daripada kebanyakan mee segera tomyam yang ada kat market sekarang.

mee dia sangat kenyal dan besar.
sayur dia sedap.
hehehe
bagi yang allergic udang,tak yah masukkan udang koghing tu.
Harga dalam RM 5.00 + + 
(tak tahu sebab ayah yg beli.theeeeeeee)


 10 minit berlalu.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
licin,habis

tandanya? 
Lapar atau sedap?

hehehehe

p/s: Korang suka mee segera? Jenama apa? Perisa apa? hehehehe