08 August 2017

Rindu


Assalamualaikum dan hai semua.

Dah seminggu lebih masuk kerja. Setakat ni semua berjalan lancar. Cuma anak-anak jelah. Setiap hari pagi gelap dah keluar rumah, balik karang dah gelap baru sampai rumah.
Anak-anak baru mula nak membiasakan diri.

Bila dah masuk opis ni alahai rindunya dekat rumah bersama anak-anak. Jadi suri rumah.
Pagi bangun awal, dak apple nak pergi opis. Siapkan sarapan. Kadang-kadang beli kat depan rumah. Main dengan adra, masak makanan kegemaran dia, bergelak ketawa dengan dia,dengan adik dia. Layan dia tengok didi. Seronoknya. Dia paling suka kalau aku nak keluar jemur kain. Berlari cari selipar. Hihihi.

Tengahari dah siap masak lunch, kadang-kadang dak apple balik makan tengahari kat rumah. Hujung minggu jalan-jalan. Balik kampung mak aku, balik kampung dak apple.

Pejam celik pejam celik, dah 5 bulan cuti. Nak masuk keje mak oi bercinta kau. Hahah.

Sekarang keluar rumah 6.45 am. Sampai taska anak dalam 7.10 am. Memang anak-anak hari-hari pergi balik ot. Sebab dak apple dah tukar office ni. Jauh sikit. Bulan depan kita test lagi waktu perjalanan. Sekarang ni kami dua-dua ambik waktu bekerja wp3. Ingatkan balik lewat sikit, okey la sikit jem dekat skve depan ioi tu. Tapi hampeh. Makin teruk jem dia hari-hari.

Lepasni kena keluar lagi awal gamaknya sebab nak tukar wp2 semula.

Semoga anak-anak baik-baik sahaja duduk kat nursery.
Nak update ape lagi ye lepasni. Macam nak throwback pengalaman mengandung pulak heheh.


Kesayangan mama ayah.
Adik makin bijak. Makin suka respon dengan macam-macam benda. 
Masuk kereta melilau mata tengok kiri kanan.
Kakak pulak makin petah berkata-kata.
Boleh jadi kawan mama ayah hihi
Suka menyembang. Tapi kadang-kadang keluar jugak perangai mengada-ngada dia.
Cemburu. 

Jumpa lagi next entry. 
Buibui 






04 August 2017

My AYUMI #GABAG

Assalamualaikum dan hai semua.

Dah masuk kerja ni rajin ler sikit nak menaip sebab duduk depan PC. Laju sikitlah nak menaip sambil-sambil tengah buat kerja ni.

Harini nak cerita pasal bag. Bukan handbag. Hehe. Aku tak ada banyak handbag sangat. Memang jenis pakai satu, pakai lah sampai lunyai. Dah lunyai, beli handbag baru. Sebab apa aku buat macam tu. Sebab aku tak rajin lah nak menukor handbag dengan barang-barang penuh di dalam tu.

Jadinya entry kali ini, mengenai cooler bag. Untuk anak kedua, aku masih lagi memilih untuk BF Alfina. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk menyusukan anak no 2. Walaupun nombor 2, banyak lagi ilmu kena gali. Kuncinya, kena rajin dan tiada jalan singkat untuk bf anak dengan jayanya.

Kat office pam 3 kali. Pagi, 10am. Tengahari , 1pm dan petang 5pm sementara tunggu dak apple sampai.



Cooler bag pilihan hati tentunya dari GABAG. Gabag ni aku suka sebab dia banyak jenis, lawa-lawa dan juga ruang besar. Lepastu tahan lama susu dalam ni. Ikutkan tahan sampai 16 jam. 
Janji icepack masih dalam keadaan sejuk lagi.
Gabag pertama aku adalah jenis bagpack. Posh namanya. Tu yang pepetak tu. 
Bag pack ni ada dua bahagian. Boleh pisahkan bila buka zip dia. 

Dulu pergi opis merempit naik scooter pink ku itew, jadi senangla bawak beg sandang je.
Lama jugak guna. Sampailah Adra stop bf masa pregnant Alfina. 
Sampai dah tercabut zip connecting bag dan cooler bag dia,
sebab aku tersentap kuat masa bukak.

Gabag kedua yang warna hijau tu. Arimbi nama dia. 
Yang ni aku dapat free masa menang contest dekat FB BABYROXX
Sekarang ni Arimbi ni jadi beg susu Alfina untuk ke taska.
Senang letak susu sebab muat 8 biji botol dan 3 ice pack kat dalamnya. 

Gabag ketiga, yang coklat tu. Ayumi nama dia.
Pujuk dak apple belikan :p 
TQ saiyangggg - muntahhhhhhh


Besor. Macam-macam benda boleh kusumbatkan.
Senang nak bawa macam-macam. 



Beg ni macam yang Posh tu jugak. Boleh jadi dua bahagian.
Satu cooler bag, satu lagi tempat letak harta karun yakni corong pam, 
Motor pam, plastic milk storage,sticker,roti,biskut,gincu,bedak,tomato,sawi,kentang,bawang 
:p

Kalau nak keluar, malas nak ada cooler bag tu, bukak zip dia.
bawak je beg atas tu pun cantik kan jadi diaper bag.

Kalau nak beli, boleh ke page 


Akhir kata, posing dulu dengan bag tersebut. 


:)

Happy Breastfeeding week to all mommy.

Thanks for reading.





31 July 2017

Klinik Dr Nadir @ Klinik Wangsa #sedutkahak

Assalamualaikum dan hai semua. 

Semalam kami ke Klinik Wangsa, Dr Nadir. Alfina on off batuknya berkahak. Kejap kang elok, kejap kang berbunyi. Pernah ambil neb sekali 3 minggu lepas. Macam-macam petua, balm aku sapu. Termasuk aku sendiri yang jaga makan, tak ambil makanan yang boleh create mucus. Siap kunyah bawang putih bakar lagi demi anak tersayang. Okey sikit, nampak kurangnya. Alfina aktif je macam biasa. Malam tidur sesekali batuk.

Tapi semalam, berbunyi pulak nafasnya, bunyi kahak banyak. Rasa tak sedap hati la bila anak-anak tak sihat ni kan. Kita ikhtiar lah mana mampu. 

Selepas setel kelas aku, pergi lunch dejat Cibiuk,Kajang. Tengah lunch, dak apple call klinik Wangsa tu. Staff bagitahu petang tu dia ambil 25 nombor sahaja. Kena awal, Lambat dia closed. 

TAK BOLEH BOOKING MELALUI CALL YA.

Petang sesi Dr Halim. Pagi sampai 1.00 pm sesi Dr Nadir. Staff bagitahu Dr Halim pun boleh buat Neb dan sedut kahak. Kitorang okey je Dr mana-mana yang ada asalkan Alfina sembuh. Lepas lunch, Terus kami ke Wangsa Maju. Masa tulah jalam punya jem, siap hujan pulak. Adoiyai. Masa tu doa jugak Ya Allah harap-haraplah sempat lagi ni. Jauh datang ni, dari Kajang ni. Amin,amin.

Alamat Klinik Wangsa

No 46,Jalan 2A/27A,Section 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

No Tel 
0341421614


Sampai-sampai je, dah CLOSED pendaftaran.

Rasa nak nangis. :p Tapi dak apple masuk jugak tanya staff. Boleh lagi tak. Kitorang datang dari jauh, anak dah lama batuk kahak. Kami ada call tadi, cuba datang awal tapi jalan jem, hujan lagi. 

Staff tu tanya, bila last Alfina menyusu. Sebab kena puasa dalam 2 jam sebelum prosedur sedut kahak dilakukan. Nanti sedut-sedut kang susu je keluar. Kebetulan Alfina last menyusu pun dalam pukul 2.30 gitu. Dalam kereta pun dia tidur. Sekali staff tu kata, okey, boleh. Sebab kesian. :)

Ya Allah rezeki, terima kasih kat akak tu. Tak dan nak tanya nama dia. Terima kasih sangat mempermudahkan urusan. Masa tu ada dalam 3 orang lagi. Tak lama lepastu nama Alfina dipanggil. Masuk dalam, ada Doktor Halim. Friendly sangat Doc Halim. Staff pun friendly. Doc Halim cek Alfina, bagi details kelahiran normal ke tak. Cukup bulan ke tak. Berapa lama batuk. Kemudian terus ke bilik sebelah untuk prosedur Neb dulu. Rupanya neb guna air garam @ saline je untuk cairkan kahak supaya senang proses sedut kahak nanti. 

Masa neb tu, biasalah Alfina nangis. Kena kental la makpak pegang anak. Dia meronta gak tapi pegang je dia. Dalam 10 minit neb,Doc Halim sedut kahak pulak. Bedungkan Alfina, aku pegang kaki, dak apple pegang kepala. Proses sedut dalam 15 minit. Banyak sangat kahak Alfina. Doc cakap kental kahak dia warna putih jernih. Tengok dia sedut, nampakla macam susah je kahak tu nak jalan. jahat tauuuuu kahak ni buat anak mama tak sehat! Takde berdarah masa sedut kahak tu. 

Selepas sedut kahak, sedut hingus pulak. Hingus pun sama, kental dan pekat warna putih jernih. Jenuh tengok hingus tu nak keluar. Hingus ni pun sama jugak! Buat anak mama selsema je tau! Masa sedut hingus ni ada darah sikit. Tak banyak. Macam besar semut tu. Selesai tu, Doc tepuk percussion Alfina. cek semula ada lagi tak bunyi. Memang takde dah bunyi kahak krukk krukk tu. Terima kasih Doc Halim dan Staff. Lepasni baby tidur lena ye, kata Doc. Hehe

Bayaran untuk prosedur semalam termasuk ubatan adalah RM 150.00

Alfina masuk je kereta, terus menyusu. Terus tido sampai lah sampai rumah. Tak bangun-bangun. Lega gamaknya, Alhamdulillah. 




Doc Halim tanya kitorang duduk mana. Doc cakap lepasni orang-orang Bangi,Kajang, Putrajaya boleh buat kat Klinik anak Doctor ni kat Kajang. Ada jugak buat rawatan sedut kahak. Doc bagi card anak dia sekali. Boleh try kat sini lepasni jika ada masalah kahak lagi. 



Ini lah bambam mama ni. Hehe Alfina Zuhra.
Cepat baik tau adik.

Okey, bye. Jumpa next entry



30 July 2017

Allergic #LokanBakar

Assalamualaikum dan hai semua. Selamat berhujung minggu.
Aku,dak apple dan Adra adalah peminat seafood. Semua seafood kami bedal especially lala ke kerang ke kepah ke ketam ke udang ke ikan ke. Kami tiada masalah allergic ke apa.
Namun,jangan disangka ya selama-lamanya engkau tak akan kena allergic.

Aku,contohnya.

Selama ni main bedal semua. Diulangi,semua. :p
Kisahnya,minggu lepas kami ke Sg Besar menghadiri perkahwinan classmate merangkap housemate dak apple masa belajar poli dulu. Si Sepet. Aku memang excited kalau nak ke sebelah sungai besar sana sebab terkenal dengan hasil laut macam mentarang,lokan,kijing kot namanya,remis dan bla bla bla.

Dalam kepala macam2 nak makan ni. Padan muka ko,Eka. Hahaha.
Selesai kenduri,kami pon singgah di Sekinchan. Pekena mentarang,lokan bakar. Lokan tu memang fresh lagi. Bila bakar,manis lembut dan juicy :p. Cicah pula sambal belacan. Perghh.
Sepinggan aku hadap. Dak apple makan sikitla sebab dia makan mentarang banyak. Dua jenis masak mentarang iaitu goreng tepung dan masak cili.
Sedap.
Kufobiaaaa melihatmu lokan.

Selepas makan,kami singgah Pantai Redang Sekinchan. Lepastu balik. Sebelum tidur aku siapkan barang anak2,baju dak apple,baju aku memandangkan aku akan mula bekerja. Dah siap,tidur.
Pukul 3.30 pagi,aku terjaga sebab rasa ada kelainan di mata. Gatal pun ya. Rasa bengkak pun ya. Tengok cermin. Kedua dua kelopak mata aku bengkak. Olohh dah kenapa ni. Gatal pulak tu. Merenyam. Dan2 tu rasa nak selsema dan sakit tekak.

Aku bawak bertenang tapi tak boleh! Makin lama makin bengkak. Makin gatal. Makin gatal. Aku kejut dak apple sambil menangis uols. Dak apple ingat takdela serius sangat. Kotnya. Dia cakap bawak tido,kang pagi kita pergi klinik ye.
Aku pon nangis nangis sampai tertidur. Pukul 6 lebih. Dak apple kejut. Masa tu dia terkejut tengok mata aku dah macam kena penumbuk! Hahah.
Memang kecik je mata jadinya. Bengkak gila


Sampai begini jadinya. Hantar Adra ke Taska,kami ke klinik. Aku dapat injection alahan yang eii ngeri rasa haha. Selepas inject tu menjalar satu badan. Terasa panas je. Terus pening dan mengantuk tahap otromen. Mc 2 hari. Balik rumah,aku terus tido. Alfina dak apple uruskan. Sedar2 dia hulur Alfina yang dah siap mandi. Aku susukan dan terus tido.
Bengkaknya tu ambil masa gak nak surut. 4 hari baru dapat muka aku yang sebenar. Kalau tak batang hidung atas tu hilang,terlurut je spek mata aku kebawah.
Kesimpulannya. Aku takut jugakla nak makan seafood yang bercengkerang tu lagi. Bak kata doktor Zafira yang cantik tu. Risau kalau bakar,dia tak cook well. Atau handle tak bersih.
Jadi,stop japlah makan seafood. Hihi. K bye.









26 July 2017

Hello, Office!

Assalamualaikum dan hai semua.
Harini hari pertama aku mula kerja setelah 5 bulan aku cuti bersalin + cuti jaga anak. Sekali masuk office amekaw berabuk segala otak yang penuh lumut ditambah pulak dengan urat-urat yang telah putus semasa bersalin tempoh hari. Makanya hari ini aku perlu refresher segala kerja aku.

Ada yang ingat, ada yang tak ingat. Patutnya aku kena masuk office hari Isnin haritu. Tapi malang yang tidak berbau, aku kena allergic selepas pekena Lokan Bakar kat Sekinchan. Kebetulan Ahad tu pergi kenduri kahwin kawan dak apple kat Sg Besar. Alang-alang singgah la makan mentarang la, lokan la. Gila bengkak bijik mata aku. Menangis-nangis mintak dak apple bawak ke klinik. :p Pertama kali seafood lover terkena begitu.

Ditambah pulak harini hari pertama Alfina kat taska tetiba taknak botol. Jenuh ngajor dekat 1 bulan. Bermula dengan botol Pigeon Slim Neck, pastu tukar pulak puting fiffy, tak nak jugak. Beli pulak puting disney, pon tolak. Kemudian beli botol Pigeon peristaltic plus wide neck yang diperkatakan bagus itu. Okey dia nak setelah berhari-hari cuba walaupun kadang-kadang main-main. Harini kat taska, teacher wasap kata dia macam tak pandai botol. Dia taknak botol. OMG anak oii. Takutnya mama. Mujurlah owner taska, kita panggil Bonda, nak cuba guna puting MAM. Alhamdulillah Alfina nak minum guna MAM. Ya Allah leganyaaaaa hati mama ni nakkkkkk.

Balik karang nak singgah cari puting MAM pulak.

Yang kakak biasa berdrama pagi-pagi buta. Minggu lepas Adra batuk dan demam. Kena neb dua kali. Malam tadi nampak macam ada ulcer pulak kat tekak dia. Tu merengek tak ketahuan hala. Harapla tak merebak2. Lepasni kita kena keluar lagi awal lagi anak-anak oi. Ayah dapat tukar office. Agak bercinta la pepagi nanti.Harap semoga semua dipermudahkan. Amin


Rindu anak-anak mama. 
Semoga awak berdua dilindungi oleh Allah swt

---------------------------------------------




06 July 2017

SHRMZB

Assalamualaikum semua. Selamat hari raya untuk semua pembaca belog cik eka. 
Kejap je dah nak dekat 2 minggu raya. Aku pun hujung bulan ni dah naik kerja. Adoi malas gile. 5 bulan cuti kot. Hehe.

Macam mana ngn raya korang? Aku tahun ni raya berempat. Tahun ni memang kami tak berjalan sangat pun. Balik kampong raya umah nenek opah aku,kawan dak apple,mak mertua adik aku. Balik portdickson pegi melawat atok dak apple,pergi raya umah makcik2 dia. Tu jelah. Lagipun beranak kecik ni kesian anak2 kalau nak berjalan. Raya pertama tu pun,kul 12 diorang dah melalak nak tido.
Raya ke 7,kami ke cameron highland. Abang dak apple booking rumah peranginan persekutuan. 3H2M kat sana. Next time la cite CH hehe. Cerita raya dulu. Berikutan aku pon masih pantang makan,memang takdela semua kusebat. Lagi2 lemang. Tak usik langsung. Rasa macam tak raya la tak makan lemang kan. Haha


Tema kami tahun ni peach pink. Patutnya tema kami warna dusty peach macam baju aku tu. Tapi disebabkan baju Adra tak sempat siap, Preorder minaz maka terpaksa ubah warna. Carikan baju melayu dak apple sama kaler ngan Adra. Dan aku sama kaler ngan baby Alfina. Maka jadilah tema ini semasa raya.

Punah harapan nak berdondon ngan Adra tahun ni ala2 che ta ngan aaisyah huwaaaaa. Mama sorang jela berminaz carnation series.


Adra ngan makcik Afrina. Adra ramai makcik pakcik umur 7-8 tahun. Pakcik Adra paling muda pon sebaya Adra gak hikhik.
Okey tu jelah cerita raya. Minggu ni mak mertua nak datang raya umah kami. Tengah mikio nak masak ape. Kuih raya dah nak habis pulak ni aku makan. Hahahaha.

18 June 2017

Hai

Assalamualaikum dan hai semua. Lama tak update. Maaf la semua ya. Aku agak busy dengan kehidupan sebagi mak anak dua. Eceh. Sebenarnya teringin nak mencorat coret tapi masa tak mengizikan. Ini pun bagai kehilangan rentak untuk menulis. Tak tahu mahu mula dari mana. Tapi tak apalah. Kita cuba perlahan-lahan.

Aku masih lagi sambung cuti, 3 bulan cuti bersalin + 2 bulan cuti menjaga anak. Sengaja aku cuti lama sikit. Nak bersama anak-anak dan bagi ruang pada dak apple untuk habiskan study dia yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Anak-anak Alhamdulillah membesar sempurna. Cuma bulan lepas agak letih sedikit sebab anak-anak kurang sihat ditambah kami pun kurang sihat. Adra demam,batuk sampai kena neb 3 kali. Selepas Adra sihat,Alfina pulak demam. Kelmarin Adra cirit birit pulak. Kondisinya tidak teruk tapi hati emak mana yang tak cemas kalau anak-anak sakit. Petang tadi Alhamdulillah Adra kembali aktif.

Nak tepek gambar tapi tengah mencari butang nak upload. Dah la guna handphone je ni. Hehe.

Kedua kali outing berempat. Kelam kabut jugakla. Memula masuk mall elok tudung terletak. Dah nak balik,rasa macam kena ribut haha. Dengan tantrum kakaknya lagi. Tapi sekarang okey dah hehe.

Adra dah besar dah. Dia pun dah mula tahu dan sayang adik dia. Mula2 memang haru. Kalau dia geram,kadang2 dilepuknya adik. Melompat mama ngan ayah. Kena gigit pun pernah si adik tu. Sabo jelahhhh.
Adra makin petah bercakap. Seronok dah jadi kawan. Dah boleh diharap kalau nak suruh ambilkan apa2 termasuklah barang2 adik macam diapers ke,towel ke. Mulut riuh. Mama tu ape,ayah ni ape, mama ni siapa dan macam2 lagi lah.

Ni pulak alfina. Hehe. Makin debab dia ni. 3 bulan aritu berat dah 6.5kg. Beza ngan kakak,adik ni besar dari kakak. Peel pun lain sikit. Hehe
Okeylah nanti free update lagi. Nak raya dahhhhh hihi

14 June 2017

Kat Von D Review 

Assalamualaikum semua. Harini aku nak share satu brand ni. Pernah dengar tak KatVonD. Aku pun baru tahu pasal brand ni. Kawan-kawan ramai cakap lipstick dia terbaik. Jadi,aku pilih nak cuba lipstick dia dan jugak powder foundation KatVonD.






Kat Von D Lock It Powder Foundation RM189.00


Kat Von D Everlasting Liquid Lipstick Rouge A Levres RM 99.00




Untuk powder foundation aku ambil code Medium 58 dan untuk Everlasting Liquid Lipstik aku ambil Code Mother-Dusty Mauve Pink.





Paling best lipstick dia ni. Sangat rich. Tak comot. The best matte ever i tell you. Ada 27 pilihan warna yang semua cantik-cantik dan menggoda tau. Long Lasting dan high pigmented. Ada vitamin E yang sangat elok untuk bibir kita.




Ni aku guna lipstick ni. Warna memula nampak macam agak pekat,tapi bila dah apply kat bibir,nampak macam soft je. Memang tak pakai yang lain dah hehe. Best sangat!




Yang ni aku hanya guna lock it powder foundation je. Tekstur sangat halus. Bila apply kat muka rasa cover semua. Aku jenis tak pakai make up yang tebal. Semua simple je. Senang. Lagi dah ada dua princess ni. Semua nak cepat. Dap dap siap.


Nak raya ni,haruslah cantik cantik kan. Cepat dapatkan barangan KatVonD  Klik Sini hanya di Sephora. Banyak sangat makeup dari KatVonD ni tau. Ada foundation,primer,eyeshadow dan macam macam lagi lahh.
Jangan lupa hashtag @sephoramy @katvondbeauty #sephoramy

23 March 2017

Berpantang #44hari

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah tinggal suku je lagi pantang hehe. Kejap je hari berlalu. Alfina pun makin bambam.  Rutin berpantang kali ni sama je macam dulu cuma kena lebih kuat sikitla sebab kita ada anak sulung yang perlu diuruskan walaupun ada suami,mak ayah dan adik2 tolong.

Pagi-pagi bangun mandi. Paling bagus mandi sewaktu waktu Dhuha.Antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Awal sangat pun tak boleh takut gigil kang. Dalam pantang ni lain macam sikit. Dah mandi  ,bertungku,berbengkung,ikat rambut ketat-ketat. Baru tahu kebaikan ikat rambut ketat2 ni antaranya untuk elak sakit kepala,dan juga tegangkan muka.  Lepastu sarapan. Pagi biasanya aku makan biskut dengan kopi o panas. Dah cuba minum milo,adoi angin pulak datang menjengah. Minum la kopi sampai sekarang.

Set berpantang pulak aku pilih NR sama macam akaknya jugak. Pagi telan phytonatal 3 biji + air akar herbanika campur madu. Fuhh ringan badan dan Cik D laju je keluar berketul.  #harapbolehkurusbanyak #misikerengga heheheh Membuang pon lawas. Tu penting. Selepas bersalin memang itula paling dirisaukan.

Bab makan pulak,mak yang masakkan.  Kalau mak sibuk siapkan tempahan makanan,aku masak sendiri. Tukar2 kejap ikan bilis,kejap ikan merah,ikan tenggiri. Sayur pulak sawi jela sepanjang berpantang ni.

Tengok jela gambo ye kan.
Nak taip panjang-panjang pun malas haha.

   

Suka bila bertungku. Bau daun mengkudu tu semerbak baunya. Ni kakak pun sibuk nak bertungku. Duduk sebelah mama sambil mama bertungku. Hehe. Adra pon dah pandai dah. Setiap pagi laju je ambilkan tong biskut mama kalau nampak mama bawak mug berisi kopi O. 

 

Antara makanan-makanan aku sepanjang dalam pantang ni. Menu atas kiri tu tengok tray pon tahu kan hospital punya hehe. Hospital skarang pon buat lauk bilis dan lada hitam + sawi rebus. Tapi serius sedap bilis dia. Macam dia bakar dalam oven sebab takde minyak. Masa adra dulu pun lauk ni gak hospital hidang.  Sebelah lauk hospital tu ikan tenggiri asam jawa dan sawi tumis mak aku buat. Bawahnya buah oren sunkist yang satu satunya buah yang aku makan masa dalam pantang ni Sebelahnya bilis masak sahang. Sahang ni masak tradisi orang banjar. Resepinya nanti aku up sebab mak aku yang masak hihihi. Memang sedap sebab lepas makan rasa hangat je badan.

   

Ni aku yang masak. Singgang tenggiri + sawi rebus. Sawiiiiii sawiiii sawiiii everyday dan aku rasa sampai 44 hari atau lebih aku akan mengadap sawi bunga ni hahah. Sampai lebammmm makan sawi tapi nasib sedap.  Alhamdulillah rezeki Alfina pun masih bf. Harap macam kakak Adra. Adra haritu sampai 1 tahun 3 bulan full bf sampailah aku ngandung Alfina. 

 Hokey sekian tu jelah entry harini. Bye.
Jumpa lagi nanti next entry.

Happy Birthday Adra (2y/o)

Assalamualaikum. Haritu birthday Adra jatuh hari Jumaat. Ayah adra cakap boleh tak kalau kita sambut birthday adra. Buat kecik2 je. Aku cakap boleh. Nanti aku orderkan kek dekat kawan aku merangkap akak yang buat kek kawen kami haritu. Sebelum tu Merasa la duduk sehari dalam ward kuning tu masa hari kedua.  Alfina ada kuning sikit 7.3 tapi doc minta jugak masuk ward duduk bawah lampu. Nanti kita cerita yang tu.  Maka hari Jumaat,kami pun celebrate birthday Adra yang kedua. Buat kecik2 panggil onyang Adra,makcik2 aku yang dekat. Ayahnya beli KFC,aku belikan kek Hello Kitty fav dia. Sabo jela mak kamu adra tercium bau kfc,bau kek hahaha.

   

Selamat ulangtahun kelahiran yang kedua untuk anakku sayang Adra Safiyya. Moga kamu membesar jadi anak yang solehah,anak yang bijak,anak yang menghormati orang tua. Mama ayah sayangkan kamu sangat-sangat. Maafkan mama kalau kadang2 mama termarah kamu. Bermula dengan kamu lah mama dan ayah belajar menguruskan anak kecil dan macam2 lagi.  Nanti mama dah habis pantang,dah sihat. Kita pergi jalan2 tauuuuuuuuu dengan adik Alfina. #mamakamunakjalan hahahaha 

09 March 2017

Pengalaman Bersalin #myAlfina

Assalamualaikum semua. Okey sementara tengah free ni Alfina tidor,semua dah tidor tinggal aku je terkebil-kebil. Jadi ada baiknya aku taip pengalaman bersalin kedua aku untuk tatapan pembaca sekalian. Eceh mukadimah tak menahan. :p  Yelah nanti takut lupa. Mak anak dua ni  urat dah banyak sangat putus. Pelupa tahap otomen dah.  Pertamanya aku disahkan mengandung anak kedua semasa lagi sehari aku berpindah dari tempat lama. Dalam bulan Ramadhan yang mulia aku dapat berita mengandung ni. Tapi cerita mengandung lain kali lah cerita. Hehe.

Sepanjang mengandung Alhamdulillah dipermudahkan cuma biasalah aku kalau mengandung je berat naik. Minum air gula sampai dua kali tapi result normal. Masa mengandung jugak aku pernah tertonggeng selepas keluar bilik air. Memang macam nangka gedebuk. Terpana ayah adra ngan adra haha. Nampak nangka gemok tertonggeng. :p  Tapi Alhamdulillah takde apa-apa selepas pegi klinik. Impaknya cuma aku yang sakit lutut sebab menahan perut. Badan pun sengal sikit. Yang lain semua okey.

Aku mula bercuti 14 hari sebelum tarikh EDD. Sebab aku nak balik kampong,nak bersalin kat kampong. Jadi sebelum terbersalin kat sana,baik aku cuti awal sikit. Adra pon cuti awal dari Taska. Sepanjang cuti tu memikir bila la nak bersalin. Dari sehari ke sehari geng-geng yang sama EDD dah selamat bersalin. Aku antara yang belum. Adra dulu memang keluar ikut due date. Adakah adik juga sama??? Hah nebes mak nakkkkk.

 Sepanjang menanti hari tu,dua kali jugak sikecik ni main cak2. Kemaen aku sakit pinggang,sakit ari-ari bagai tapi kejap je lepastu hilang. Bertuah betul. Grrrrrr.

 Hari Isnin, 39 weeks 4 days.aku mula rasa macam tak sedap badan. Letih. Adra pulak buat hal,macam-macam hal merengek,menangis,merajuk. Termarah jugakla dia. Huhu sian anak mama.  Malam tu kami berdua dah siap masuk bilik,kami baring berdua anak beranak,yelah apak dah balik. Kami menyanyi berdua lah,bergurau-gurau. Siap video call ayah Adra lagi. Masa tu macam sakit ari2 tapi light2 je. Selepas tu Adra cakap,mama nak susu. Okey. Jom keluar, mama buatkan susu.  Sampai kat dapur,tengah bancuh susu,rasa macam ada benda keluar. Eh lain macam. Aku pun bergegas buat susu. Bagi Adra. Aku masuk toilet.  Memang betul,tanda bersalin! Darah! Cepat-cepat aku keluar. Panggil adik aku,wei aku keluar darah. Mak abah pon apa lagi. Hah cepatla siap. Jom pegi Hospital. Alamak,apa aku nak buat ni. Adra baru nak minum susu.

Aku pun cepat-cepat tukar baju. Sementara tukar baju,pakai tudung. Adra dengan botol susu kat mulut,selamba bawak keluar beg didi and friends dia tunggu depan pintu. Allah sedihnya hati aku. Dia ingat mama nak bawa pegi keluar sebab aku siap pakai tudung. Yang si Zara pulak siap menangis depan pintu sambil cakap ''maklong,kakak sedih tengok maklong,maklong nak keluarkan baby ke??  " sambil menangis. Eh zara ni kamu pun buat maklong sedih tau dakkkk.. :(  Maka meraung-raunglah deme berdua sambil menyaksikan aku masuk kereta.

 Sampai hospital,cek semua terus nurse cakap dah 3cm. Gulp. Dah nak bersalin rupanya aku ni. Terus call dak apple bagitau suruh balik sebab doc cakap mesti bersalin malam ni jugak.  Aku pon ditolak masuk ward selepas dah monitor CTG semua. Pukul 1.35am. Masa tu contraction tak kuat lagi. Aku bawak tidur dan mengiring. Mengiring tu tips nurse masa bersalin adra. Kalau mengiring sakit,stay je mengiring sebab bukaan akan lagi cepat. Tips ni,cubalah. Masa mengiring tu memang sakit gile. Aku kunyah kurma,minum air mineral sambil zikir nabi yunus.

Pukul 2.00 pagi dak apple sampai depan labour room. Dia nak tunggu sampai aku bersalin katanya. Taknak balik rumah. Dah niat nak sambut anak no 2. Hihi yayy.

 Tengah melayan contraction tu,sambil wasap dak apple. Tapi lama-lama makin kerap. 5 minit sekali. Aku rasa nak terberak. Sama macam Adra dulu. Aku pun apa lagi. Bangun terus mintak nurse cek. Masa tu pukul 4.00 pagi. Bila nurse cek,dah 8cm. Wahhhhh dah nak bersalin. Naik wheelcair ke labour room. Sebab aku dah rasa nak teran sesangat. Tarik napas dalam2.

Kat pintu masuk labour room aku nampak dak apple.  Bila nurse dah standby semua,air ketuban tak pecah lagi. Tapi aku dah rasa nak teran gilerrrrrrr. Nurse pecahkan air ketuban. Panggil dak apple masuk labour room,doc dan dua orang nurse termasuk dak apple jadi pompom girl kat aku. Dengan bismillah aku mula teran. Ya Allah memang teruk gile aku meneran. Bagai nak rak. Nak muntah,penat semua ada. EditDak apple suruh push sambil cium aku kot haha aku pon teran. Lagi sayang lagi. Curi nafas,teran teran. Doc ngan nurse pun cakap tutup mulut,buka mata,pandang perut. Geram puan geram. Lagi puan lagi. Curi nafas puan.  Puan,anak puan dah tertelan najis ni. Cepat push puan. Aku dengar je gitu,lagi kuat teran.  Tetibe plupppppp gedebuk selambak bunyinya. Alhamdulillah fuhh lega. Doc tunjuk girl. Dak apple cakap syg tengok tu,Alfina. Aku angguk. Legaaaaaa sungguh la.

 Lepastu kena jahit. Bab jahit tu la yang aku paling seriau. Tapi tak sesakit masa Adra dulu.  Dah selesai semua,aku ditolak masuk ward. Berehat. Petangnya aku dan Baby boleh keluar.

 Itulah pengalaman bersalin aku yang kedua. Adra dan Alfina. Berkongsi bulan yang sama. Tahun yang berbeza. Tahun depan sambut birthday sama-sama sebab dekat-dekat hehe.

Masa mula-mula Adra cemburu dekat adiknya. Lagi2 bila ayah atau mama pegang. Tapi tak lama,lepastu dah okey semula dah. Tak sabo mama nak sedondonkan kamu berdua. Mesti bff sangat kita kan anak-anak hihi.

Terima kasih semua yang mendoakan. Terima kasih doc,nurse semua.

Terima kasih. Semuanya dipermudahkan. Love uolssss.

 

08 March 2017

Assalamualaikum, Alfina

Assalamualaikum semua. Lama aku menyepi. Menyepi la sangat pon kan haha. Say hello to stalker yang mesti lama masuk belog i tapi takde update :p

Sebenarnya aku busy sikit. Alhamdulillah aku baru je bersalinkan anak kedua kami. Perempuan juga. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Nanti nanti aku cerita pengalaman bersalin anak nombor 2 dan kalau rajin aku update la pengalaman mengandung sekali.

Memperkenalkan puteri kedua aku. Namanya Alfina yang bermaksud Kasih Sayang Kami.
Alfina dilahirkan pada pukul 4.36am dengat berat 3.28kg. Teruk jugaklah nak meneran haha. Rasa nak muntah. Tapi kali ni rezeki dak apple dapat teman aku bersalin. Alhamdulillah dengan adanya dia,aku lebih bersemangat nak push.

Nanti aku cerita lebih lanjut lagi kalau ada masa. Adra pula mula-mula ada adik,dia nangis cemburu. Tapi lama kelamaan dia tahu dia ada adik,dia tetap manja aku. Hehe.

Tak sabar rasa nak sedondon dengan princess2 i tau.

Belanja satu gambo Alfina.

 

Hepp jari tu,jari tuuu. Hehe  
Adra dan Alfina Okey babai jumpa lagi next entry

18 January 2017

Seri Talam Cat Cafe

Assalamualaikum dan hai semua. Korang pernah dengar Seri Talam Cat Cafe? Aku pun sebab dak apple ada meeting kat situ, jadinya sebelum pergi google dulu lah tempatnya sebab aku dengan Adra nak ikut sekali haha. Sementara tunggu dia habis meeting tu boleh la kitorang melepak.

Seri Talam Cat Cafe ni special dia Kuih talam. Selain daripada itu mereka ada Cat Gallery. namanya Seri Talam Cat Gallery. Macam-macam jenis kuih talam dia ada. Disebabkan haritu dah breakfast, aku makan dua jenis talam je. Talam Tokyo dan Talam Serikaya. Sedap jugak. Lepastu bihun sup share dengan Adra. Gambo tiada sebab tak dan nak tangkap la sebab berdua ngan Adra je. Kihkihkih tak mampu den nak snap sebab nak mengawal dia lagi. Sempat selfie je. :p


Hehe kalau bab nyerongen bagilah kat dia. 
Memang suka sangat senyum nampak gigi dia tu. 
Kalau suruh senyum nampak gigi, macam tulah haha.

Dah kenyang makan, kami ke bangunan sebelah.
Masuk ke Seri Talam Cat Gallery


Masuk RM 10.00 sahaja untuk satu jam,
Adra tak kena bayar,aku je kena. 

Masa kami datang tu,takde orang lagi.
Kami pelanggan pertama. 
Seronokla Adra berkejaran kat dalam tu.


Waaaaa ramainya kucing.
Macam-macam baka ada. 
Dah la besar, gemuk-gemuk. Tak garang pon. 
Comel je hehe


Geram betul. Rasa nak kupicit-picit aje kucing-kucing ni semua.
Rasanya ada berpuluh ekor dalam ni. 
Sambil-sambil adra berlari dalam tu, kejap kejap dia pergi kacau kucing sana. 
Kucing sana lari, dia kejar pulak kucing situ.
hahaha seronok tengok.
Adra ni dah jadi catlover macam maksu adik ayah dan uwan seremban. 
Pantang nampak kucing. Kucing takut kat dia. 
Tapi sekali kucing besar ni keluar, terkejut Adra hahahahaha


Memperkenalkan Alexander rasanya nama dia.
Berat cecah 15kg tu ish ish gemok betul. 


Ahaha tau takut dengan kucing gemok ni. 


Kalau kucing kecik gini, dia tak takut langsung.
Boleh main tenung-tenung sentuh-sentuh lagi. :p


Yang berdua ni pulak dari kami datang tidor. 
Bangun kejap main lepastu tidur balik hihi. Comel.

Kemudian, ada peristiwa dimana aku telah dicium!!!!

Tapi bukan ayah adra la cium kat situ hahahaha tapi dia ni 




<




<




<




<




<




<




<




<




<




<




<




<

Hahahahahaha
Bertuah betul dia kiss i tau. 
Sangat manja ini cat. 

Berbaloi la masuk sini sebab kucing dia semua bersih dan friendly
Harga pun murah. 

Kalau korang berminat nak ke sana.
Ni alamatnya

03-4141 8008

Landmark dia sebaris dengan Patin Tempoyak Go'bang Maju.

Bye, jumpa next entry 

05 January 2017

Selamat Datang 2017


Assalamualaikum dan hai semua.
Kejap je kan, dah masuk tahun baru 2017. 5 hari dah. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua pembaca sekalian termasuklah stalker sekalian. 
Hai #lambailambaitangankatawak

Untuk tahun ini, aku harapkan semoga semua urusan kita dipermudahkan. Ada beberapa target untuk dicapai tahun ni antaranya rumah, baby baru hikhik dan juga beberapa perkara lain. InshaAllah moga dipermudahkan semua urusan kita.

Tahun 2016 memberi banyak kenangan pahit manis sedih gembira semua ada bercampur. Terima kasih Allah swt atas segala kurniaannya.