17 May 2018

Aqiqah Alfina Zuhra

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Terajin nak update lagi satu entry hihihi. Update pasal Aqiqah Alfina pula. Beberapa minggu lepas kami buat Aqiqah untuk Alfina. Sekali untuk sambut puasa. Buat di rumah mertua Negeri Sembilan. Buat sederhana sahaja, korban 1 ekor kambing dan lauk pauk semua dimasak sendiri secara gotong royong. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan terima kasih tidak terhingga kami ucapkan buat semua ahli keluarga yang membantu kami sebelum , semasa dan selepas majlis tersebut. Sebenarnya ada cerita selepas kenduri tersebut. 

Takpe, up dulu potret keluarga kecil kami.

Adra sedang tidak sihat.
Alfina baru bangun tidur.
Ayah senyum riang.
Mama tidak lupa hendak silang kaki supaya nampak slim.

:P


Adra,Alfina dan sepupu mereka, Hayfa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beberapa hari sebelum kenduri, Adra demam selepas balik taska. Esoknya kami bawa ke klinik. Doc bagi ubat. Kalau masih demam lagi, bawa semula untuk blood test. Hari Khamis, okey. Jumaat demam balik on off. Kejap lemah,kejap aktif, tapi masih nak minum air mineyel dia tu. Pastu dia asyik nak mama atau ayah depan mata dia. Kami bergilir tolong family buat kerja kenduri kendara. Kejap kang nangis,hilang mama nangis, hilang ayah nangis. Dia memang kuat nangis masa demam ni. Sebiji macam mama. 

Pagi kenduri Adra aktif. Tengahari dia mula demam balik. Tak boleh jadi. Memang kena bawa hospital cepat. Siap-siap selepas Zohor, kenduri pun dah reda, kami minta izin semua untuk keluar ke hospital bawa Adra sebab badan dia panas sangat. Alfina kutinggalkan di rumah, mintak mak aku dan keluarga lain tolong tengokkan Alfina. 

Sampai hospital, terus ke ED. Cek suhu, 40. Huwaaa takut. Terus makan pcm syrup. Terus ke zon kuning. Nadi dia laju sangat. 180+. Aku dengar doc cakap redzone. Doc cakap mama bertenang ya. Doc bagi masa Adra bertenang kejap. Dalam 15 minit. Okey nadi turun sikitlah. tapi terus ke yellow zone. Ambik darah, rehat. Suhu turun sikit. Rasanya dalam 4 jam kat situ.  Doc cakap, suhu dan nadi masih lagi on off. Result darah ada infections. Doc suruh duduk kat wad pemerhatian sementara nak tunggu suhu ok. Malam tu masih sama gak demam on off. Masuk air. Esoknya baru tolak ward. 


Kesian dia. 

Alhamdulillah selepas keluar ward, Adra dah sihat.


Siap minta ice cream minggu lepas.

Okeyla sayang, cheat day tau. Hehehe.

Moga anak-anak mama ayah sihat sihat selalu.
Sekali diorang demam, jemmm mama ayah. 
Melepek sagu kata orang Perak.

Sekian, nanti cerita lagi.
Pasal baju raya tau,tau tau.
Hahahaha





Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 

Bagaimana sahur korang semua pagi ni? Selamat berpuasa ya semua. Baru nak memunculkan diri ni. Hehehe. Setelah sebulan lebih tak update. Pagi tadi aku masak ayam masak kicap fav dak apple. Malam tadi aku tanya dah dia siap-siap.
Abang nak makan apa sahur nanti?
Dia boleh jawab, apa-apa yang sayang nak makan, abang makan je.
Alaaaaa aku tak suka la jawapan apa-apa aje tu. Hahahaha. Aku suruh dia fikir jugak dan bagi jawapan apa dia nak makan. Akhirnya dia sebut ayam masak kicap. Okey cun. Sebelum tidur aku cairkan dulu ayam dalam sinki.  

Dan seperti dijangka, malam tadi tak berapa nak tidur. Excited kali! Nak bangun sahur. Setiap jam aku terjaga tengok handphone. Hadui. Sebab aku risau terlepas ke terlewat ke. Teruknya awak ni Atiqah. Haha. Akhirnya pukul 4 am aku terjaga. Siap-siap goreng ayam. Ayam aku dah siap basuh. Senang. Dah cair, lumur garam kunyit,goreng. Masak kicap taruk buncis sekali. Pekena dengan nasi panas, buah kurma dan pear, teh o panas. Maafla gambar takde. Nanti korang terliur walaupun masak kicapku itu tidaklah seberapa. Hihihi. Sesambil itu aku masakkan juga bekalan Alfina ke taska. Bekalkan dia sup ayam kentang dan nasi putih. 

Habis cerita sahur. 

Life kami sama macam biasa. Dengan anak-anak yang makin membesar. Alfina dah pandai jalan, Alhamdulillah yayyyy. Laju dah dia kehulu kehilir. Adra pula makin petah dan sedang potty train dia. Nak pakai underwear. Tq jugak teacher kat nursery yang beri kerjasama potty train Adra. Rajin bawa Adra ke toilet dan Adra pun happy dia cakap dia taknak pakai pimpisss dah. Dak apple pun main membesar dengan jayanya. Kahkah buncit perut. Aku pun buncit jugak tapi buncitan lelemaks degil la. InshaAllah moga tahun depan tercapai nak buncit ada baby kikikikikikikiki. Doakan tau. 

Dikesempatan ini, kuingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua pembaca blog puan eka ini, termasuklah stalker (jika ada) eleh ada lah. Hahaha. 

Korang, korang punya baju tema warna apa wei tahun ni? Nanti kita sembang pasal baju raya nak? hihihi