01 April 2019

Dinner Me'nate Steak House Bangi

Assalamualaikum dan hai.

Ni cerita awal bulan 3, baru update. :p malas kan sekarang nak update, aku jadi silent reader je. Tapi sesekali tu terasa jugak nak up entry baru kat blog. 

Apaknya la tiba-tiba terkenang, tak pernah makan Me'nate. Selalu lalu tapi tak pernah singgah. Jom. 


Gambar Google

Aku yang sedang mood berdiet ni pon , alahai pantang diajak. Jom aje lah hahahaha. Takut jugak nak masuk, dibantainya harga mahal kang camne? hahaha Gitu ketakutan sebelum makan. 

Masuk, ambik tempat. Waiter datang. Untuk daging, ayam, ikan kena ke kaunter yang ada peti ais. Jangan risau setiap daging ada harganya sekali masak la tu.

Apaknya order steak. Aku order chicken grill, untuk anak-anak aku ambilkan set kids meal. Spaghetti Carbonara free air. 

Tak lama dah pilih-pilih, sekejap je sampai order. 


Adra cakap sedap spaghetti ni. 
Dia memang gemar carbonara.
Tapi memang sedap. Murah pon murah 

Harga RM 10.00 satu set.


Yang ni apak punya. 
Feed Grass meat kot apa tah namanya.
Mula-mula dia ambil medium rare pastu dia pegi suruh staff 
jadikan daging tu medium well . Tak lalu la tu hahaha. 
Harga RM 50++ 
Untuk set steak, air free flow tau.
Pegi je tekan kat sudut hujung kedai.
Macam-macam ado. 

Juicy. Aku tak suka sangat daging2 ni tapi dah rasa okey la not bad.


aku punya Chicken Grill.
RM 19.00++ tapi takde air.

Chic grill ni aku rasa biasa-biasa je.
Kurang menepati selera aku. 
Kalau datang lagi, aku akan order kids menu je kot hihihihihi.

Okey tu aje review kali ni

Kite bagi 3.5 / 5

Thankyouuuuuuuuuuu



19 March 2019

Adra Turns 4 & Alfina Turns 2

Assalamualaikum dan hai semua. Alhamdulillah beberapa minggu lepas genap umur Adra 4 tahun, umur Alfina 2 tahun. Birthday mereka selang 2 hari dalam bulan yang sama. :p

Sambut kecil-kecilan aje di taska anak-anak. Aku goreng bihun, ada buah tembikai dan jugak kek.


Kek tempah dengan bff aku. 
Vanilla dan choc.
Kemain dua-dua pandai nak kek apa.
Adra kalau ditanya harusla kek frozen.
Yang Alfina bila ditanya kek Neyyyyy - merujuk kepada poney 
Hahahaha



Kepada anak-anak mama, 
Adra Safiyya dan Alfina Zuhra
Mama ayah doakan awak berdua moga jadi anak -anak yang solehah.
Amin